Pages

Friday, November 19, 2010

Sehari Sebelum Hari Raya Qurban

Mama nk bercerita ttg apa aktiviti sehari sebelum Hari Raya Qurban.Yg lg tepatnya ttg apa Papa buat sehari sblm Hari Raya Qurban atau Aidiladha ini.



Hari yg Papa plan nk pasang rumah kecil yg cantik utk Damia...cantik bg kami,hanya ini yg terbaik utk kami bg kpd Damia...sebenarnya ini merupakan hadiah semua orang utk Damia.Mama kata semua org kerana semua yg dtg melawat Mama ada yg bg sumbangan,semua Mama simpan sbb itu utk Damia.Syukur mrh rezeki Damia. Sememangnya betul apa Mama selalu ckp masa Damia dlm prt Mama yg nanti bila Damia lahir,semua org akan dtg tgk Damia.Semua org akan sygkan Damia dan tgk betapa cantiknya,pthnya dan tulusnya anak mama. Walaupun mereka tgk Damia masa tu dah pejam mata,tkpe Damia rehat utk selamanya yer.Mama terkilan sgt tkdpt tgk Damia masa tu utk kali terakhir,tp akhirnya Mama faham kenapa.Kerana telah ditakdirkan yg Mama akan nampak Damia dlm keadaan yg plg cantik,paling ceria paling comel iaitu saat selepas Damia lahir dan masa itu pun Damia tgk-tgk muka Mama kan.Mama nmpak Damia pusing-pusing kepala tgk Mama..agaknya Damia terkejut tgk muka Mama yg cun...hehehe....pertemuan pertama & terakhir kita sygku.Sesaat pun Mama takkan lupa.

Mama dan Papa tunggu lama utk tempahan rumah kecil Damia ni siap.Sampaikan bertukar pembuat seramai 2 org.Mama kesal dgn sikap org yg sambil lewa krn sepatutnya siap seminggu shj tp bila Papa call tkdpt2.Terpaksa cari tpt lain utk tempah yg lain.Tapi tkpe,akhirnya siap juga walaupun agak jauh tpt nk buat tu.Sbb itu penghantaran hanya sampai lwt,dlm selepas Maghrib.Tapi Papa dan Atuk tunggu wlaupun dh malam.So tkdptlah pasang hr itu juga,kena tgu keesokan hari,iaitu sehari seblm hari raya.

Keesokannya selepas selesai urusan tunggu lembu akikah dihantar, Papa pun bersiap utk pasang rumah kecil Damia.Papa ditemani Atuk,Pakcik,PakNgah dan Cik Di.Ramai yg nak tlg Papa Damia walaupun masa tu tengahari,matahari panas memancar.Mama tk pergi sbb Papa janji nk amikkan gambar rumah kecil Damia,lgpun masa tu tengahari.Papa nk bawa Mama pergi setelah semua siap nanti,setelah dh cantik2 Papa hias rumah kecil Damia.Then dah selesai,Papa blik dgn tksbr nk tjuk gambar2 yg Papa ambil.Mama senang tgk Papa gembira dan lega.Sbb Papa ssh hati selagi tk siap rmh kecil Damia.Thanks Papa krn wlaupun berkejar kesana sini,pnt kerja,uruskan lembu akikah,bwa Mama ke klinik tp Papa msh sempat pasang rmh kecil Damia.

Ptg tu Mama dan Papa melawat rumah kecil Damia yg sgt indah dan dijaga dgn elok oleh Papa,nant Mama cerita yer ttg perkara ini.Mama nk hbskan dulu entry ini.

Malam tu,tiba2 Papa demam.Panas sgt bdn Papa,sampai tkblh bangun.Sedih Mama tgk.Mama tahu Papa demam sbb pnt sgt,byk kerja dan berpanas berhujan nk siap2kan kerja seharian td.Mama ssh hati dan sdh krn esoknya kami ada buat akikah.Mama kesana kemari dr dapur dr bilik dr ruang tamu,pk ttg Papa.Sambil2 tgk Papa dlm bilik,bg ubat,selimut dll.Hrp2 Papa cpt sembuh sementara esok.Damia doakan Papa yer,sbb Papa demam mungkin krn pnt dan mungkin krn rindukan Damia...mesti Papa thn sdh dan sebak semasa siapkan rumah kecil Damia krn sepatutnya rumah yg Papa impikan adalah yg kita duduk bersama-Papa,Mama dan Damia.Tp sekarang hanya Damia shj,krn itu rumah kecil yg abadi.Mama & Papa tkdpt temankan Damia sygku.Mama faham apa Papa rasa,sedih sebak terharu bercampur2.

Tp Papa mmg kuat, Papa kembali pulih dan sembuh menjelang Subuh.Mama bersyukur..lega.untukmu,anakanda kami yg dikasihi walaupun kelukaan dan kedukaan tlh memisahkan kami dgn permata hati kami ini,ttp kasihsyg kami tkpnh luntur dan kami ingin juga spt ibubapa lain yg sgup berkorban apa shj utk anak yg dikasihi.Apa yg Papa dan Mama buat walaupun tk sekelumit mana atau sebesar kuman tetapi kami tetap dpt merasai secebis kenangan dan tanggungjawab utk ditunaikan kpd anakanda kami yg tenang disana,Al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment