Pages

Friday, November 19, 2010

Hari Raya Qurban 2010

Catatan tentang Hari Raya Aidiladha 2010 yang disambut pada 17 November 2010 yg lalu



Hari Raya Haji,Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha tahun ini sememangnya membawa banyak erti kpd Mama & Papa.Kami telah merancang utk melaksanakan ibadah aqiqah utk bidadari kecil Mama Papa--Hannah Damia.

Sahaja aku akikahkan 1 bahagian ke atas Hannah Damia bt Mohd Faisal tanggungjawab keatas ku krn Allah Taala...beginilah niat yg dibacakan oleh Papa semasa diminta berniat oleh AJK Surau.Dibuat di surau krn sng utk membahagi2kan daging.

Syukur,Alhamdulillah..semuanya telah selesai walaupun aqiqah lebih afdal dibuat majlis dan memberi makan kpd orglain tp dlm keadaan skrg hanya dpt wat aqiqah shj tanpa jamuan mkn,tanpa majlis cukur jambul,berzanji,marhaban spt lain2.

Tidak mengapalah,Mama & Papa rasa dah bersyukur juga krn kami diberi kesempatan merasai sptmana ibubapa lain melaksanakan tanggungjawab ini.Mama & Papa berdoa agar aqiqah ini diterima dan doa kami spy roh anakanda kami sentiasa dirahmatiNYA,aminnn.

Besar ertinya Hari Raya Qurban kali ini,kami telah melalui fasa utk bekorban perasaan agar menjd lbh kuat menghadapi hdp yg diharapkan dpt dilalui bertiga bersama Damia,tetapi hanya berdua shj.Bekorban utk melupakan kepahitan lalu dan memaafkan serta meminta maaf jika ada sebarang kekhilafan yg terjd yg menyebabkan kami kehilangan.Untuk kami memandang dan melangkah kehadapan dgn lbh tenang

Semoga di masa akan dtg,Mama & Papa dpt lagi merasai indahnya dan gembiranya melaksanakan ibadah Aqiqah utk anak tersyg dan yg pasti berharap selepas ini disambut dan dilaksanakan bersama2 dgn si kecil--adik2 Damia...Insyaallah,aminnnnn.

0 comments:

Post a Comment