Pages

Friday, November 19, 2010

Kunjungan Pertama

Peristiwa di suatu petang yg indah setelah penantian beberapa ketika utk mengumpul kekuatan



Sekarang Mama akan cerita ttg kunjugan pertama Mama ke rumah kecil Damia yg indah dan tenang.Suatu ptg pada 16 Nov 2010, Mama tlh kesana,pertama kali bg Mama krn Mama sblm ini tdk dpt kesana krn masalah kesihatan Mama.Fizikal dan emosi.Mama minta maaf sygku,bkn Mama tk ingin melawat Damia.Mama sgt2 teringin,tp Mama tk mahu airmata Mama jatuh membasahi rumah kecil Damia,Mama tk mahu Damia tgk Mama sedih krn apa yg terjd bukan suatu perkara utk Mama ratapi ttp ia suatu perkara yg telah ditakdirkan utk Mama terima kehilangan Damia utk membuatkan Mama lbh dkt kpd Yg Maha Esa,Yg Maha Pengasih dan Pencipta.Spy Mama lbh tabah,kuat dan tidak lalai lagi selepas ini krn bidadari kecil Mama sdg menunggu disana.

Dan ketika Mama dtg melawat itu,Papa temankan Mama.Sepertimana Papa janji semasa Mama tgh sedih2 nangis dihospital hrtu...Papa ckp,jgn sdh krn Damia dh menunggu Papa dan Mama di syurga.Damia dh tenang disana.Nant Papa bawa Mama lawat Damia.

Masa Mama melangkah dari suatu tpt persemadian ke suatu tpt yg lain sampailah jumpa tpt Damia,Mama ada terpandang suatu tpt yg mempunyai 4 tanda batu besar.ohh ini bermakna yg pergi adalah mungkin si ibu dan anaknya.Mama teringat ttg keadaan Mama dan Damia semasa kita bertarung nyawa utk pastikan kita hidup.Mama ingat lg masa Mama baru terima berita ttg Damia dh tkdpt bertahan,Mama nk bg darah Mama utk Damia,spy Damia kuat.Mama nk share dgn Damia sbb kita berkongsi segala2nya selama 9 bulan.Mama harap Mama dpt temankan Damia,Mama taknk Damia tinggalkan Mama.Tp takdir menentukan yg Damia ttp tinggalkan Mama.Hikmahnya adalah spy Mama yg msh ada ini ttp teruskan hdp Mama utk temankan Papa dan kami mesti usaha sekuat2nya harungi hdp ini spy layak bersama Damia di syurga.Kerana tpt kami belum pasti lg dimana nanti kelak,jd kami mesti berusaha kuat.Dan Mama tahu apa yg ditentukan ini pasti ada hikmah2 yg lain,Mama yakin pada ketentuanNYA.

Mama bacakan Damia ayat2 suci,Mama ucapkan kalimah2 suci sbg doa kpd Damia.Mama tk menitiskan setitikpun airmata krn Mama nk Damia tgk dr jauh yg Papa dan Mama Damia mmg kuat,kami nk bg byk2 doa utk Damia,setinggi2 gunung doa kami.Mama hrp semua doa kami diterima oleh ALLAH SWT yg Maha Mengetahui.Aminnn

Sebelum pulang,Mama usap sebuah batu kaku yg diletakkan sbg tanda ini dibahagian kepala anakanda Mama Papa.Mama bygkan Mama sdg usap kepala Damia,dgn penuh rasa kasih syg seorang ibu,Mama bygkan bagaimana lebatnya rambut Damia masa Mama tgk hrtu,Mama bygkan alangkah indahnya mengusapi rambut si kecil utk mendodoikannya,alangkah indahnya mencium kepala si kecil ketika dia sdg tidur,alangkah indahnya sang ibu yg mendapat peluang spt ini....
Dlm hati Mama janji akan lawat Damia lagi...dan kami pun melangkah pulang ke rumah dgn langkah yg berat dan hati yg masih tertinggal kejap di rumah kecil Damia....


0 comments:

Post a Comment