Pages

Saturday, June 25, 2011

Mereka Yg Mengagumkan

Suatu perkara yg kecil ttp Mama rasa kagum & bersyukur



Semalam petang ada kawan baik Mak Tuk dtg ke rumah, Mama pun kenal dan rapat jugak
Sahabat semasa Mak Tuk bersekolah muda2 dahulu
Auntie ni baru pencen dan setiap ptg dia selalu berjoging dgn anaknya
Anak Auntie ni ada 2 orang sahaja..semua lelaki
Yg Abg sdh bekerja..adiknya masih sekolah.Jarak usia mereka jauh..belas2 tahun
Auntie ini cerita anak bongsu dia ni istimewa krn ada autisme

Tetapi berkat jagaan elok ibu bapa dan keluarganya
Anak Auntie ni Mama rasa cerdik dan tdk nampak kekurangan pun kecuali 1 2 perkara
Selalu dia dtg rmh, nak balik pakai selipar terbalik
Selalu dia cakap direct jer..org kata cakap lepas sbb kanak2 spt ni jujur

Ok lah, petang semalam Mama kagum dgn anak Auntie ni..Abang ni
Kami tgh berborak2...Mak TUk dan Auntie serta Mama
Auntie nasihatkan Mama sabar, jgn lupa jumpa Doctor selalu
Biar mcmanapun cara melahirkan Adik Damia nanti, Mama sabar dan yg ptg biarlah semua selamat dan Adik sihat2, sejahtera semua

Dengan tidak semena2...Abang pun mencelah :-
" Biar elok semua dan tidak mati lagi".

Semua terdiam. Mama senyum sahaja
Auntie tu tegur anak dia sbb laser sgt...hehehe
Mama tak terasa sbb dia kanak2 dan ucapan itu jujur dan adalah DOA utk Adik Damia

Sebelum balik setelah salam2...
Abang tu bercakap lagi :-

"Yang sebelum ni baby perempuan. Kali ni baby apa yer?".

Mak dia pun saja test Abang :- "Baby siapa yg Abg ckpkan?'

Dia pun jawab :- " Ala Mak, baby kakak ni lah (sambil senyum & tjuk prt Mama)"

Semua orang ketawa. Mama pun terkejut, tak sangka dia masih ingat ttg Damia. Dan tk sngka dia excited dan perasan dgn prt Mama ni...hehehe

Kami tanya dia apa yg dia expect dan dia jawab nak BOY...hehehe

Insyaallah dgn doa tulus Abang..seorang kanak2 yg kita tak jangka kebolehan dia mampu ingat dan bg SETULUS DOA DLM UCAPAN kata2 dia. Sedangkan utk mengira dan mengenal huruf pun dia masih blm mahir wpun sdh usia 11 thn..siapa sangka? Kuasa ILAHI

Dan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Kanak-kanak istimewa yang kita tak tahu apa di minda mereka, yg sering tidak dpt fokus apa kita ajar sbb mereka cpt bosan..ttp dlm hati mereka, sgt suci dan jujur.

Terima kasih ABang kerana masih ingat ttg Damia dan tlg doakan Adik Damia. Semoga Abang rajin2 belajar dan mengira sptmana ptgsemalam Abang minta plastik dgn Mama utk kutip batu buat latihan mengira Abang..teruskan usaha menjadi yg terbaik & buktikan kejayaan Abang...Aminnnnnn


1 comments:

Mamanurin said...

kanak-kanak jujur..moga abang tu senantiasa di lindungi Allah, begitu juga dgn mama damia

Post a Comment