Pages

Wednesday, June 1, 2011

Jadi suami dan papa yang terbaek

Sekarang semuanya berpusing-pusing dalam kepala. Idea nak buat tu tetiba datang idea nak buat ni. fuhh pening.Time macam ni semua ada je idea nak buat tapi last-last semuanya tak jadi. harapan tinggal harapan.Pastu bukak blog trus tulis ni...

Sekarang tengah belajar menjadi ayah semula. selepas peristiwa lalu, buku semua dah tutup tapi sekarang dengan penuh kesyukuran semua buku tu dibuka kembali. Macam-macam baca dan surf pasal tajuk ni.

How to become the best father in the world ?


Ada satu movie yang memang best tonton : Father of the bride 1. yang nombor 2 macam tak berapa best sangat. ni pendapat je. Bila tengok cite tue, rasanya macam sedih jugak sebab baru kita tahu macamana berat dan besar tanggungjawab yang dipikul oleh seorang yang bernama papa. Betullah bila orang cakap bila dah berkeluarga semuanya tanggungjawab menjadi besar dan berat. Time anak dah besar, semuanya mula berubah. Tanggungjawab sebagai ayah mula berubah.

Menjadi ayah yang paling baik dan terbaik adalah dengan jadi dirinya sendiri. Bila dia jadi diri dia sendiri, dia akan tahu tahap kemampuan yang mampu dia pikul. Begitulah dengan papa sendiri. Kepada anak yang bakal melihat dunia, papa akan laksanakan tanggungjawab papa sebagai papa dengan sebaik mungkin. Dengan kemampuan papa, tak mungkin papa dapat bagi kereta harga RM300..400 ribu untuk anak papa ke sekolah tapi cukup dengan meghantar anak papa ke sekolah dan balik dengan selamat. Itu yang papa akan pastikan. Kemampuan papa sekarang ini cukup untuk menceriakan dan membahagiakan mama dan keluarga. Mungkin lepas ni papa dapat naik pangkat, sape tahu kan. Mungkin boleh lah papa belikan kereta RM300 ribu untuk papa pakai.hahah
saje je tulis..

Papa akan pastikan anak papa akan dapat didikan agama yang cukup. Sekarang papa sedar papa pun tak berapa lengkap dan penuh ilmu agama di dada, tetapi dengan ilmu yang papa ada, papa akan bagi untuk anak papa dan mama sekali. Kita akan sama-sama belajar dan mempelajari antara kita. Kalo papa tak tahu, mama akan bagitau sebab papa tahu mama confirm tahu sebab mama memang banyak belajar dan rajin belajar melalui internet dan pengalaman. Cayalah mama, mama memang terbaik.

Lepas tu papa akan pastikan anak papa dan mama dapat kelengkapan yang cukup. Papa dan mama akan pastikan anak papa dan mama akan sentiasa gembira dan hanya menitiskan air mata gembira. Biarlah air mata sedih tu anak papa dan mama simpan untuk hari tua kami berdua.

Papa dan mama akan pastikan yang anak papa dan mama ni tahu dan hormat atok dan nenek, mak long, pak long, pak ngah, mak ngah, pak cik dan makcik, pak su dan mak su dan semua sekali. Biarlah kita belajar merendah diri dari hidup tinggi tapi lupa semua asal usul.

Ada banyak lagi harapan papa agar papa akan jadi ayah yang terbaik untuk anak papa yang akan lahir ini tetapi semua ni hanyalah harapan papa. Mungkin kita tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni, tapi biarlah harapan dan peringatan ini sentiasa terpahat dalam ingatan papa agar papa dapat lihat dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak papa nanti, nama papa menjadi tajuk utama bagi tajuk karangan : Siapakah bapa yang terbaik dalam dunia ? dan Who is the best father in the world ?

Seorang ayah dapat menjadi yang terbaik untuk anak-anak dengan menyayangi isterinya

0 comments:

Post a Comment