Pages

Friday, December 16, 2011

Dugaan Hidup II

Sambungan entry seblm ini....



Sesguhnya stiap ujian itu pasti ada sebab musababnya dan stiap ksakitan ada ubatnya..Mama yakin ttg kenyataan ini

Seblm ini Mama tk duga yg bergelar ibu bapa ini penuh dgn dugaan..benarlah kata nasihat mak ayah dan lain2---bukan senang nak membesarkan anak

Ayat nasihat itu menjd pendorong kpd Mama dan Papa

Ok lah, skrg citer ttg kenapa Adik admit ward

Sememangnya sejak lahir, Adik kerap dan cpt menangis..tkblh lmbt sikit,samada tkr lampin...mandi or menyusu...Mama Papa assume itu benda normal

Adik juga akan kerap jeluak dan muntah slps isap susu dan sgt kerap menyusu..kekdg malam berbotol2

Then kemuncaknya..setelah peristiwa ada 'gangguan' tu, kami ingat Adik dh elok dan ok, dpt tdo dgn lena dan tenteram

Namun pada Isnin malam yg lalu 12hb, slps jam 8.30 mlm Adik terjga dr tido dan lpstu Mama check Adik buang air besar.Selalunya lps buang air, Adik akan tk meragam dan tido dgn lena sbb perut dh lega

Tp Adik tk tido, sblm Mama bsuh berak Adik..Adik dh isap sebotol susu..then lpstu sebotol lg. Tepat jam 12mlm Adik mula menangis tdk berhenti2,,hbs segala usaha Mak Atuk..Mama Papa buat utk pujuk Adik namun Adik ttp nangis

Bayangkanlah budak sekecil 2bulan menangis2 selama berjam2 tanpa henti..bagaimana rawannya hati Mama mendgrnya

Kemudian Papa call ustaz, tkt2 maybe ada gannguan lg..ustaz kata cuba sapu air bacaan ayat2 Quran yg diberi..Papa buat, then Papa azan, Papa keliling dlm rmh baca ayat2 Quran..namun Adik ttp nangis..kemudian kami mandikan juga Adik dgn air tersebut...ttp juga menangis

Slps tu dgn bantuan Adik Papa, dia tlg bawakkan Pakcik yg duduk di kg Papa yg pandai ubat2 kena gangguan utk dtg tgk apa mslah Adik..jam waktu tu pkul 2pg

Kami sekadar berusaha mana tahu berhasil.Slps Pakcik itu dtg, beliau bacakan ayat2 Quran dan tgk keadaan Adik..Pakcik ckp Adik tiada mslh, tkde apapun gangguan.

So Mama dan Papa decide Adik ada mslh kesihatan, tnpa berlengah kami berkejar ke hospital pakar, jam 4 pagi..smpai di hospital Adik msh juga menangis, mata dh bengkak dan nmpak sgt penat sbb tktdo semalaman

Doktor check dan bgtau maybe Adik kembung perut..hairan juga sbb Adik dh minum berbotl2 susu sepjg mlm tu.Papa dan Mama request utk Adik dimsukkan ke dlm wad, utk fully check by Doc Pakar Kanak2...kami nk tahu punca2 detail

Then slps azan Subuh, DOc pakar dtg dan check Adik. Doc pangku Adik dan telangkupkan then tepuk2 blkng Adik..dia check semua bdan Adik,semasa Doc pangku tu byk air susu kuar dr mlt Adik dan kena lantai

Doc pun bgtau ini adalah kerana OVER feeding..sbbtu Adik meragam dan nangis. DOc kata Adik ada masalah di saluran esofagus yg salurkan susu ke perut,saluran tu longgar then sbbkan susu yg diminum naik smula ke dada, paru2 dll.Susu tdk masuk ke prut so Adik sntiasa lapar, sbbtu over feeding. Skrg saluran tu dh luka, sbbtu Adik menangis jer dan tdk dpt tido

Ya ALLAH, bila dgr explaination dr Doc tu..Mama rsa sdhnya, kesian Adik...saluran tu longgar sejak lahir lg.So Adik tkblh tido baring, kena tido menegak then kena ht2 semasa bg Adik susu sbb Adik akan cpt tersedak..

Selama ini Mama Papa tktahu yg Adik sbnrnya dlm kesakitan dan Adik sbanrnya lapar wpun dh isap susu...

Slps diberi antiobiotik dan dipantau sehari semlm, Adik dibenarkan keluar dgn nasihat spy dijga dgn teliti, 24jam diperhatikan..tdk dibenarkan tido dlm buaian dan tdk blh pkai barut utk mudahkan pernafasan Adik..jgn sapu apa2pun minyak or bedak di tubuh Adik, utk elakkan kesan alergi sbb sbrg sakit lpsni akan lbh sakitkan Adik

Then lpstu Adik dh blhkuar wad...mlm pertama lps kuar wad, di rmh...Adik still nangis lagi sedangkan mlm sblm tu di spital, Adik elok jer tido dgn nurse dan dipantau oleh Doc Pakar.Mama dan Papa bingung lg..terus kejarkan pula Adik sekali lg ke Doc

Doc periksa lg Adik..Doc kata tiada apa, maybe sbb ada persekitaran yg Adik alergi or take time utk Adik recover sbb skrg Adik dh tk jeluak or muntah so itu petanda utk sembuh dgn elok.Doc check ubat yg diberi semasa discaj,,rupanya ubat ada kurang..huhu, marah btul Doc dan mtk maaf then ckp patutlah Adik skt lg..rupanya ada kurang ubat

Slps bertekak dgn org farmasi yg cuai silap label ubat then kami pun pulang. Ptg semlm Mama Papa, Mak Tuk dan ABah TUk bawa Adik jumpa Atuk Saudara yg pandai ubatkan sawan tangis utk bayi.Atuk ckp Adik tkde sawan tangis tp Adik mdh terkejut sbbtu menangis tetiba

Mlm td utk akhirnya Adik tido dgn lena dan hanya bgun 2x utk isap susu...tk menangis dh.Syukur tdk terhingga, Mama dan Papa sdh blh mengukir senyuman kelegaan

Segala yg berlaku hanya secebis ujian utk Mama dan Papa harungi dgn sabar dan tabah utk membesarkan Adik. Juga memberi sejuta kesedaran dan keinsafan kpd kami utk lbh mengenal PENCIPTA, lbh BERSYUKUR serta tdk lagha dgn duniawi sbb sakit itu pelbagai...ada yg blh diubati dgn cara moden ada yg diubati dgn kekuatan iman dan zikrullah

Juga mengajar Mama dan Papa spy lbh teliti menjga Adik kerana keadaan kshtn Adik hanya akan pulih spnhnya bila semakin membesar iaitu DOc jangka shngga menjangkau umur 8 bulan, Insyaaallah Adik akan makin sht

Semoga Hannah Farhana membesar dgn sihat dan sejahtera dan menjd anak solehah, aminnnn




Read more...

Wednesday, December 14, 2011

Dugaan Hidup

Catatan Mama utk hari ini genap 60 hari usia Hannah Farhana



Alhamdulillah hrni sdh 60 hr Hannah Farhana dilahirkan...syukur tdk terhingga

Banyak yg berlaku....perit getir pahit manis...asam garam tlh terjd sepjg 60 hr ni...tdk diduga..terduga utk dipkkan nya ttp smua itu adalah DUGAAN dan UJIAN utk Mama dan Papa

Segalanya adalah utk Hannah dan demi Hannah...

Tghr td baru Hannah discaj ward, semoga Hannah cpt sembuh dan sht sejahtera

Minggu lps sepjg mgu jugak Hannah sakit...meraung menangis tgk Mama..taknk dgn Mama...enggan dipegang oleh Mama...nangis jer bila Mama ada dkt

Sdhnya ht Mama...then bila bwa berubat, rupanya ada 'benda' menumpang dkt Mama...huuhu...sguh seram

Kita tkblh percaya sgt...tp benda2 mcmni mmg wujud dan kita kena akui jua kewujudan makhluk lain selain manusia di muka bumi Allah ini..cuma kita kena kuat dan ikhtiar spy tidak lemah

Mama meracau dan tdk sedar diri semalaman..Ya ALLAH,sguh tidk terduga ujian ini. Mama alami sendiri sampaikn nk mengucap pun lidah kelu kaku..tersekat

Then setlh berubat..dibacakan ayat2 Quran, Mama kembali pulih dan kesannya bdan sakit lemah tdk terkata...tempat bekas operation pun skt kembali

Namun tkpelah, Mama lawan ...Mama bykkan ibadat dan zikir..Mama kuatkan semangat semuanya spy Hannah Farhana juga kembali pulih dan tdk menangis2 lg

Syukur semangat Mama kembali pulih....Mama semakin dkt dgn Yang Maha Esa

Namun mgu ini ada lg dugaan baru...kelmarin Hannah nangis tanpa henti bermula jam 12 tgh mlm..tdk berhenti2...smpai hlg suara

Setelah puas ikhtiar dan buat itu ini, pilihan last Mama dan Papa kejarkan Hannah ke hospital, jam 4pg..msh nangis2 juga

Syukur hrni dh discaj..nant Mama smbg kisah kenapa Hannah warded, sbb Hannah dh bgn tido skrg




Read more...

Wednesday, November 23, 2011

Catatan Perjalanan Seorg Cahayamata..Part 2

Sambungan catatan sebelum ini...




16 Okt 2011


Selepas Mama dh siap sedia di atas katil utk disorong ke bilik pembedahan...Mama pun ditolak oleh dua org nurse.Syukur bila salah seorg adalah jiran sekampung yg pnh kenal Mama ketika Mama kecil dahulu, tidaklah Mama rasa takut sgt.Bila kuar je dr wad dan menuju ke lif..Mak ABah, Papa...Atuk Nenek semua ada.

Wad pembedahan di Tingkat 1 sebelah wad kelas satu...Mama rasa tenang jer, entah mengapa hilang semua rasa bimbang dan takut.Sebaliknya rasa tk sbr2 pula.

Kemudian dh smpai di dewan bedah.Mama lihat Doktor pakar yg akan bedah Mama dh sampai,Doc tegur Mama dgn senyum dan ceria.Semua nurse dkt situ hairan kenapa DOc pakar yg buat pembedahan, then kes pertama pula.Kemudian bila tgk rekod Mama baru mereka tahu. Tp bgs jugak sbb semua nurse yg membantu termasuk Doc bius adalah mereka yg berpengalaman sbb DOc Pakar ada, so kena prepare pasukan bedah yg senior2lah...rezeki Mama dan Adik, legaaaa...dan syukur

Seperti biasa, Mama kena pindah ke katil khas, semua pakaian dah dibuka, tinggal baju khas utk pembedahan shj. Kemudian Mama kena bgn sekejap, duduk. Then Doc bius kenalkan diri dan bgtahu nk mulakan proses bius. Mama angguk tanda faham, jam ketika itu menginjak ke pkul 7.45 pg

Then Mama tundukkan badan sikit, kena bongkokkan bdn spy sng Doc bius nk cari tmpt utk injectkan ubat epidural. Dalam hati Mama dh berdebar2 sbb kalo tk brjaya bius, Mama kena bius penuh. SO hrp2 bius separa ni berjaya. THen zuppppp rsa menyusup dlm tulang belakang Mama...nk kata sakit, tdk jugak, tp tk jugak rasa biasa...sengal skit.Then injection kedua, lpstu Mama disuruh baring semula

THen kaki Mama start dh rasa kebas, so bius trsebut berjaya.Beg kencing dipasang dan kedengaran suara DOc Rozi yg akan membedah Mama. Legaaa Mama, sbb Mama kan tiap2 bulan jupe DOc ROzi, so atleast dgr suara dia , tenangkan sikit debaran.Tp mulut dan hati tk henti2 Mama baca segala doa or surah2 yg Mama ingat.

Setelah itu, tepat jam 8.00 pg...dgn lafas Bismillah drpd DOc, pembedahan pun bermula. Kali ini Mama tk rsa apa2 spt tahun lps...sblm ni Mama rasa mcm pisau or laser menhiris perut, tp kali ni tk rsa apa2. Sedar2 jer Mama dh bau hangit , maybe time tu tgh hiris perut Mama selapis demi selapis.

Selepas itu Mama tunggu dan tertanya2 apa Doc tgh buat, sesekali bergegar jugak perut.Maybe Doc tgh usaha nk cari jalan utk kuarkan Adik. Kedudukan Adik adalah posisi kepala dibwh, so agak sukar utk DOc ambil bila lahir secara pembedahan, kena hati2 skit. Doc kata kalo kaki Adik dibwh, sng skit...Doc grab jer kaki Adik.

Mama dpt rasakan kedudukan Adik adalah diatas, iaitu hampir dgn rusuk kiri Mama...atsnya Adik duduk. Then 2x Doc yg membantu Doc Rozi cuba kuarkan Adik tp tk berjaya...Mama tahu sbb Mama dgr Doc Rozi ckp nanti dlu, kejap2...kemudian Mama rasa ringan ...maybe Adik dh berjaya dikeluarkan.

Tak lama lps tu...kedengaranlah suara tangisan yg sgt nyaring dan kuat.Subhanallah, syukur.Kemudian nurse bwa Adik utk tjukkan kpd Mama dan Mama cium Adik dgn rsa gembira, terharu dan syukur.

Ya ALLAH syukur padaMU, inilah anak yg kukandungkan dan anugerah ini sgt berharga dan bermakna bgku.

Namun airmata Mama ttp bergenang jua mengenangkan kenangan lalu dgn Arwah Kakak Damia, yg pasti seorg IBU tkkan pnh lupakan anaknya walau dimanapun dan apa keadaanpun

Waktu kelahiran Adik adalah jam 8.30 pg. Kemudian Mama disiapkan utk diletakkan dibilik recovery, sejuknya badan Mama ketika itu, smpai ketulang dan bergegar seluruh badan. Agak lama Mama di blk recovery sbb heartbeat Mama tkdpt dikesan sedangkan mata Mama terjaga, nurse dh panik.Tapi rupa2nya nurse pelatih silap pasang alat monitor, wayar biru dan merah bertukar....huhuhu. Mmg mendebarkan sbb nurse tanya nape Mama tk bgtahu,,hbstu mulut Mama ada oksigen nk bgtau mcmana then Mama pun panik sbb Mama sht segar jer mata, tp heartbeat sendiri tkde kat monitor, lawak2

Selepas tu Mama dibawa ke wad semula utk berehat dan tidur. Semuanya ok sehinggalah apabila menjelang petang apabila Mama tiba2 mula muntah2...banyak kali muntah smpai Mama rsa tkthn sgt sakit di prt sbb urat perut akan tertarik stiap kali Mama termuntah. Mama tahan drpd muntah tp ttp juga keluar..semuanya segala isi prt wpun prt kosong, so yg kuar hanyalah air shj..payau perit pahit ditmbh skt di prt..saat itu air mata mengalir bkn krn Mama cengeng nk nangis, tp otomatik kuar stiap kali Mama uweeek uweeek. Nk mengiring utk lapkan mlt pun Mama skt sgt apatah lg nk muntah....huhuhuh...tkdpt Mama bygkan utk ingat kembali detik itu

Sehinggalah ke malam, Mama masih muntah2 lagi. Habis sekotak tisu ditmbh tisu hospital lg, then 2 beg bertukar utk ltk muntah..still muntah jugak. Ahli keluarga tk dibenarkan tgu pesakit, so Mama sorang2 jer atas katil. Mama pgil nurse utk bgtau Mama dhtk tahan skt dan lemah krn muntah2 ni...nurse kata itu normal sbb kesan ubat bius.

Mama msg Papa dan minta Papa belikan air ribena kotak sbb Mama nk ilangkan rsa payau dan perit tekak, maybe nant dpt stopkan muntah. Papa kata ok, wpun jam dh hmpir kul 11 mlm. Then lpstu guard wad dtg bwakan air kotak, Papa pass kpd guard sbb tkdpt masuk. Mama tawakal shj, dan minum air tu wpun sdr Mama dlm pantang and tkt juga jd apa2 plak...lpstu lega, muntah dh stop.Syukur dptlah Mama rhtkan bdn

17 Okt 2011

Hari kedua slps pembedahan, Mama gagahkan diri utk bgn dan ke toilet bg membersihkan badan. Dgn beg kencing masih tk dicabut wpun Mama request, nurse kata DOc nk tgk.So dlm slow2 Mama gghkan diri sbb kalo Mama rht jer, nant tkdpt jumpa Adik coz selagi Mama tk bgn nurse tkbg jumpa anak.Sisa sakit dan letih akibat muntah semalaman masih terasa namun perasaan naluri seorg ibu dan keinginan bersama cahayamata Mama lg ptg dr segala kesakitan.

Then Mama dpt jumpa Adik, nurse minta Mama susukan Adik. RUpanya mlmtd yg kuat sgt menangis dan nyaring suara adalah Adik. Kesian Adik semalaman lapar dan trpaksa minum susu yg nurse bg....maafkan Mama sygku,,,Mama tk berdaya semlm

Namun cabaran baru brmula apabila Adik dlm kepayahan nk mnum direct dr susu bdn Mama sbb susu tk byk...huhu,kerap kali Adik menangis dan menolak utk disusukan.Sedihnya hati Mama.....namun Mama cuba juga dan cuba lg

Malam tu, Mama dpt pindah wad ke kelas satu...nurse suruh pindah sbb rugi kalo tk pindah.So Mama ikutkan shj.Mama disorong dgn kerusi roda dan pangku Adik di riba. Mama tahu nurse bimbang Doc akan trnampak kami sbb mana logik sorg IBU yg bru caesar kena pangku anak naik kerusi roda then disorong ke lif dgn bergegar2 lg...mesti haru biru kalo bleeding. Tp nurse tu wat jugak mcmtu. Again peristiwa hampir2 pintu lif terkatup sendiri dan menyepit Mama terjd sbb nurse cuai, tp sbb Mama naik kerusi roda so kerusi tu tersekat di pintu...huhuhu

Tujuan Mama taip ni bkn nk kondem nurse tp sekadar bercerita. Ada juga yg baikht dan prihatin tp selalunya yg ada hanyalah yg lps tgn kecuali time DOc ada, biasalah resam manusia sebegitu

18 Okt 2011

Hari pertama di wad dan bilik baru..selesa sedikit wad ni dan sgt sejuk. Dan ibu dpt berehat spnhnya coz baby di jga oleh nurse , bila time baby dh sepnhnya tidur shj baru dibwa kpd ibu. Pg2 lagi Adik dh bgn, dlm pkul 8 lbh then nangis nk susu. So Mama angkat Adik dan susukan smbil duduk atas katil then beralih ke atas kerusi..drpd pkul 9 pg sampailah ke 1 ptg Adik menyusu...lama sgt sbb Adik tk puas susu. Usah ceritalah bdn , bahu dan perut Mama rasa mcmana...kejang berdenyut2 semua ada tp sbb nk juga Adik menyusu, Mama tahan jer.

Ptg itu Adik dan Mama sdh dibenarkan keluar wad...Mama trs rsa lega dan bersemangat sbb dpt berehat di rumah. Begitulah ceritanya sebuah perjalanan kelahiran seorg cahayamata ke dunia...

Hannah Farhana

Kasih Sayang Kegembiraan




Read more...

Sunday, November 20, 2011

Catatan Perjalanan Seorg Cahayamata..Part 1

Entry yg kerap tertguh..catatan perjalanan seorg cahayamata lahir ke dunia ini



Mama nk catatkan ttg coretan semasa melahirkan Adik..anakanda Mama --Hannah Farhana

14 Okt 2011

Mama admit ward, mula2 ditempatkan di ward kelas 3 sbb katil penuh. Yer kami memilih utk sepnhnya gunakan khidmat di hospital kerajaan wpun sdh seringkali soalan kenapa? dan sayang duit ker?

Sebab utama adalah krn kepakaran dan rasa percaya kpd seorg doktor...doktor yg sejak thn 2009 Mama kenal dan sering dptkan rawatan.Mama yakin dgn kata2 doktor bhw kita mesti positif

Wad kelas 3 katil byk,sempit sikit jarak...mcm dorm.Tp Mama rasa selesa dan bagus, layanan semua ok.Apalah yg ada dgn keselesaan jika di minda kita tgh bersarang dgn kerisauan utk menjalani pembedahan caesar kali ke dua..semua tu tk penting

Malam tu Papa tk stay kat spital sbb Papa balik rht rumah,Mama minta Papa balik sbb Mama tkde rasa contraction dan lgpun plan caesar lg 2hr.Sblm balik, Papa tapaukan Mama burger zinger dan cheezy wedges.Tetiba Mama rasa nk makan, so Papa belikan.

Malam tu tgh mlm, Mama kena pindah wad kelas 2,ada kekosongan so Mama pack brg2 bersedia utk pindah wad.Kami iaitu Mama dan bbrp pesakit lain diiringi 2 org jururawat ke wad kelas 2...sbnrnya Mama mls nk pindah sbb nk angkat2 beg lg dan tahu wad tu dulu tahun lps adalah wad yg dihuni semasa Mama melahirkan Kakak Damia...penuh kenangan dan kepiluan

Semasa berjalan ke lif, kerana cuai or ntah dimana silap..hampir2 kepala or bdn Mama tersepit pintu lif...mujurlah masih pjg umur Mama dan Adik.Jururawat jalan didpn, pesakit di belakang then lif pulak jns cpt terttp..isy isy

15 Okt 2011

Hari kedua di wad, tgh merehatkan diri.Pg2 Papa dtg bwakan bubur utk Mama, sbb Mama nk mkn makanan yg tk keras, konon nk bersedia utk pembedahan esoknya.Harini Mama letih lesu sikit sbb malam td tk tido, Mama menggigil trauma sbb Mama stay di wad sama..bahkan the same bed yg Mama duduk tahun lps..bercelaru minda dan fikiran Mama...tiada org tahu apa Mama rasa, sbb Mama tkmampu nk ucapkan

16 Okt 2011

Hari yg dinanti2kan, pg2 Mama sdh bgun dan bersiap..mandi solat dll.Malam sblm tu Mama dh berpuasa,wpun puasa utk operate namun Mama ttp juga sahur..mkn sikit utk bekalan nanti, makan kurma 3 biji

Kemudian nurse bg Mama baju khas utk dipakai..Mama tgk jam pkul 7pg...Mama cpt2 pakai.Kemudian Mama tgk Papa..Mak Abah...mak mertua ayah mertua dan adik serta adik ipar ada dtg, mereka melht Mama dr tingkap wad sbb bkn waktu melawat.Mama asyik tgk jam dan berdebar2 jer...

Rasa risau, takut...semua bercampur2 dlm ht Mama
Kemudian pkul 7.30 pg ..nurse pgil Mama...Mama bersiap2 di katil khas utk disorong ke bilik pembedahan

....Mama kena sambung semula mencoret sbb Adik dh mula sdr dr tido...lgpun perasaan Mama still bercampur2 lg skrg utk ingati kembali stiap detik Mama dibedah, sgt2 lain dr pngalaman pertama

to be continue


Read more...

Catatan Mama.....Hari Ke-37

Coretan seorg Mama dlm mengharungi tempoh berpantang




ALhamdulillah...hari ini sudah memasuki hari ke 37 Mama berpantang dan selama itulah usia Adik..Hannah Farhana

Hari ini spt biasa...Mama skrg ada dirumah Nenek dan Atuk Hannah..iaitu rmh mertua, Mama sambung berpantang di sini slps Raya Haji lps

Syukur Mama jenis tk kisah...tk pemalu so tk de hal nk berpantang di rumah mertua...lgpun Atuk dan Nenek coolll...jga Mama dan Hannah dgn baik.Lgpun skrg musim cuti sekolah, Papa pun cuti, so dptlah tlg2 sekali

Malam td entah mengapa Hannah Farhana tidak mahu tido dan asyik merengek..uuuhh uhhh bunyi..semua serba tk kena.SUsu dan minum , pampers dah tukar.Tp mata masih segar wpun jam sdh menganjak ke pkul 11 malam.Resah gelisah tk tahu bgaimana Mama nk buat,sdh didukung ditepuk2...huhu.

Kemudian bila ditepuk2 rupanya perut Adik kembung.Atuk dan Nenek bgun dr tido utk tlg tuam prt Adik dgn kain panas,lps tu bru Adik diam dan tk nangis or merengek2 dah.Kemudian Nenek masukkan Adik dlm buai...lps Nenek ayunkan, Atuk pula tlg ayun buai tu sampai lah sama2 tertido,Adik pun lena. Mama dan Papa mmg dh pnt...kalo Atuk dan Nenek tkde, tktahu lah kami nk handle mcmana Adik nangis tgh2 malam. Nant Adik dh besar jgn lupa jasa Atuk dan Nenek yer

Kemudian tgh mlm Adik trjaga 2x, pkul 3 pg dan hampir 4pg..Papa bgn buatkan susu.Kalo Mama mmg lambat sbb Mama nk bgn pyh,sbb blm betul2 sihat dan pulih dr luka pembedahan lg... so amik masa dan kalo mcmtu mmg Adik akan menangis kuat smpai rumah sberang jln pun dgr suara Adik.So selalunya mmg Papa yg pakar buatkan susu Adik dgn cpt, pantas dan sedap.

Then Mama akan tgu Adik, susukan Adik.Lepas tu tepuk2 sampai Adik sendawa.Malam td sbb lama sgt dh tepuk, Adik dh tertido...so Mama ltk je atas tilam sblh Mama.Sgt lena Mama tgk Adik tidur...

Mata yg kecil itu terpejam rapat
Mulut yg mungil itu terkatup kemas
Adik tidur dgn penuh lena mungkin krn sgt mengantuk

Dan ibunya....iaitu Mama tidak pun mengantuk wpun jam dh 4pg lbh sbb Mama ralit menatap wajah indah anak Mama tidur dan ketika ini mulutku tidak pnh lps ucapkan syukur...mataku tdk akan pnh kering dgn airmata terharu dan doa yg tdk pts2 diucapkan..segalanya krn perjalanan ini...semoga Mama menjd lbh baik dan sentiasa memperbaiki diri menjd ibu terbaik utkmu, anakku

Sekarang Mama sdh mula bimbang memikirkan bgaimana nanti bila Mama sdh mula bekerja, siapa yg jga Adik..mcmana penjaga akan melayani kerenah or memahami Adik nanti

Adik akan cpt menangis jika lambat disediakan susu
Adik susah nak sendawa selepas menyusu, kena tepuk or pangku lama baru sendawa
Adik mudah muntah/terjeluak, kena selalu perhatikan Adik
Adik menyusu lama krn kadang2 Adik tertidur sambil isap susu...makan masa 1jam baru hbs sebotol, kena tgu dgn sabar dan tgk utk elakkan Adik tersedak
Adik cpt terjga kalo dgr bunyi yg jarang or tk pnh Adik dgr
Adik sukar buang air besar, kalo muka Adik merah maknanya kena buka sedikit pampers Adik spy tdk ketat dan dpt bantu Adik membuang dgn mudah
Adik tk suka or pyh nk isap kalo susu sdh mula sejuk, kena rendam dlm air pns

Mama berdoa agar semuanya dipermudahkan dan Adik membesar dgn sihat dan sempurna...akan Mama sambung coretan ini sbg suatu catatan dlm perjuangan dan perjalanan utk membesarkan Adik...utk kenangan Mama dan Papa


Read more...

Friday, November 11, 2011

Perkembangan Terbaru

Catatan Mama stlh berkurun lama tk update...



Skrg jarang pula Mama update blog sbb kekangan masa tdk jugak..selalu jugak online tp kekangan idea or tk tahu nk coret apa...

Sekarang dunia Mama Papa sgt lain...semua benda baru kami belajar...semua ttg menjd ibu bapa, ttg Adik Damia---Hannah Farhana

oHhh yaaa,Mama citer skit yer ttg Adik...skrg Adik dh 27 hr,sekejap jer.Pipi Adik pun dh tembam2 skit, semakin bertambah brt kut, syukurrr.Setiap hr Adik siang kuat tidur, berjaga sesekali jer...boleh dikatakan siang, masa Mama byk hbs utk pam susu bg Adik..bila terjaga je Adik nk minum susu

Mama sedih dan tertekan jugak minggu2 awal sblm ni sbb bru 3 4 hr, Adik tknk menyusu badan..sgt sdh.Mama terpaksa pam dan bg susu perah, bru Adik minum.Ini cabaran yg sgt mencabar, sgt meruntun hati.Hanya seseorg bergelar ibu shj faham sdhnya...huhuhu.

Tp bila mlm,Adik kerap terjaga dan nk minum susu kerap..so susu perah tk ckup.Dlm terpaksa, Mama Papa terpaksa bg susu formula----sedih lg, dan buat Mama stress.Namun tdk sampai ht Mama lihat Adik nangis kuat2 sampai merah padam muka krn tdk puas isap susu, so trpaksa bg susu formula.

Ttp cbrnnya adalah sukarnya utk dptkan susu yg sesuai dgn Adik.Setakat ni sudah 4jenama susu Adik brtkr semuanya krn Adik sukar nk buang air besar (sembelit). Setiap 2 0r 3 hr sekali bru Adik membuang smpai terpaksa buka pampers dan tlg angkatkan kaki Adik, bru dpt Adik melabur.Kesian sgt Mama tgk, merah muka &nangis itu usah digambarkan.Kadang2 Adik nangis spjg mlm, esoknya bru membuang.Tdk sgup Mama lht Adik menangis sebegitu...sdh Mama...namun inilah cbrn dan dugaannya

Org kata susu ibu adalah plg terbaik...nurse marah Mama bg susu formula..sana sini org promote ttg penyusuan susu ibu...tp betapa tertekannya Mama dgn semua ini, Mama rasa gagal ...Mama rsa sgt sdh sbb susu Mama tk ckup utk Adik...Mama kadang2 paksa Adik isap susu bdn Mama, namun serumah akan berjaga or terkejut dgr betapa kuat dan nyaringnya suara Adik menangis...org yg mendgr tidak sgup apatah lg Mama...ibunya sendiri...huhuhuhu

Sehingga kini siang dan mlm Mama ttp pam susu...Mama bgn pg2 ikut waktu terjaga, tdk kira waktu asalkan sntiasa ada stok susu utk Adik..wpun sebotol cuma sbb selalunya lepas pam trs slps tu Adik akan minum..pam sejam or lbh, Adik akan hbskan susu tu dlm masa 5 - 10 mnt jer..lpstu kalo tk ckup,trs Adik buat 'konsert'...

Makan pil penambah susu..pil penggalak susu..mkn byk sayur...makan lobak putih...makan itu ini..minum susu byk2...segalanya Mama dh buat...Mama akan ttp buat dan tdk akan pts asa...selagi susu bdn Mama sesuai dan terbaik utk Adik

Mama bkn condemn or tk support penyusuan susu ibu secara ekslusif sbb Mama pun pam, perah susu...bg Adik susu bdn.Tp Mama rasa kempen2 yg ada skrg ni jgn hanya suruh bg susu ibu..tp didik or bg kesedaran dr awal ibu2 dan bakal2 ibu bersedia mcmana nk maksimakan susu spy ckup utk baby dan masalah2 penyusuanlain. Dan mmg akan wujud kondisi dimana segala usaha ibu tlh buat, itu ini..segalanya tp ttp tk dpt bg 100% susu ibu shj, so bantulah...tlglah bg penyelesaian.Kami sgup bergadai nyawa utk lahirkan zuriat kami, so takkanlah kami taknk bg yg terbaik utk permata hati kami.

Semoga segala dugaan dan cabaran ini dpt Mama atasi dgn sebaik2nya.Aminnnn.

MAma plan nk coretkan ttg pengalaman melahirkan Adik, sbg catatan dan ingatan utk Mama nant. Tp blm sempat, Kekdg Mama tkdpt jugak nk update blog sbb Mama skt prt, sometimes bisanya menyucuk2 sbb maybe krg rht dan byk bergrk.

Nanti Mama smbg lg coretan ...sbb Mama kena get ready nk tido utk siapkan diri nanti kena bgn awal or berjaga utk pam susu.



Read more...

Saturday, October 29, 2011

Tentang Hari Ini

Catatan Mama utk hari ini....



Hari ini 29 hb Oktober 2011...sememangnya stiap bulan tarikh 29hb sntiasa diht Mama
Tarikh pemergian Anakanda sulung Mama...29 Sep 2010....pd tarikh ini genap setahun sebulan Kakak Damia pergi

Hari ini juga sdh 2 minggu usia Adik...Adik Hannah Farhana
Alhamdulillah, tdk terkata Mama Papa panjatkan kesyukuran kami atas anugerah ini

Damia sygku,
Pemergianmu meninggalkan parut luka yg amat dalam
Membuatkan Mama belajar byk perkara dan harus melangkah dgn pnh kuat

Kehadiran Adik Hannah..merupakan suatu tanda bhw Mama Papa mesti kuat
Kuat utk membina keluarga kita

Sekarang dunia Mama Papa sdh berubah...
Dulu kami berdua ke sana ke mari...apa shj dilakukan bersama,tdk kira waktu dan ke mana shj...kadangkala rasa rinduuu pd Damia, kami sekadar mampu memandang sayu kanak-kanak kecil lain

Sekarang dunia Mama Papa sdh berubah...
Sekarang celik shj mata, yg Mama Papa lihat adalah Adik Hannah
Adakah dia sdh bangun? Lenakah tidurnya? Ada nyamuk tk dlm kelambunya?
Setiap detik dan ketika kami memikirkan ttg Adik..spy Adik sht2 shj

Sekarang dunia Mama Papa sdh berubah...
Mimpi kami skrg bkn lg mimpi yg dahulu
Skrg kami sdh tdk sempat bermimpi lagi
Skrg kami sdh tdk sempat melelapkan mata lg
Sekarang yg kami tahu...kami terjaga 5 6kali semalaman dgn tangisan merdu Adik yg dahagakan susu....ttg lampin Adik yg bocor perlu ditukar...ttg Adik terjga dr tidur krn bnyi bising

Sekarang dunia Mama Papa sdh berubah...
Kami sdh tdk hiraukanlah ttg pakaian baru
Menu apa yg sdg promosi di restaurant fast food skrg
Sbb yg kami pk..cukup tk baju Adik? Muat lg ker baju tu?
Susu yg Adik minum ckp tk? blh ker mngenyangkan dia?
Berapa kali Adik buang air besar? kembung kah prt Adik?

Sekarang Mama tahu kenapa seorg ibu sgup berbuat apa shj utk anaknya
Sekarang Mama tahu kenapa seorg ibu sgup berkorban utk anaknya
Sekarang Mama tahu kenapa IBU ADALAH ORG YG PLG HEBAT DI MATA ANAKNYA

Segalanya Mama Papa lalui, harungi dgn pnh syukur dan sgt2 hargai stiap detik dan ketika ini...
Segala pengalaman ini adalah pengalaman terindah bg kami

Namun Mama msh pnya kekurangan , msh byk perlu dipelajari utk jd IBU yg TERBAIK
Mama akan usaha sedaya upaya dgn segenap tenaga dan kemampuan Mama
Insyaallah...Aminnn

Mama sgt2 menyanyangi Hannah Damia & Hannah Farhana

(kerana anugerah ini adalah yg plg berharga yg dikurniakan kpd Mama Papa)



Read more...

Saturday, October 22, 2011

Dunia Kami Berubah

Catatan Mama setelah bbrp hari...hampir seminggu tdk mencoret



Seminggu kadangkala bg kita terlalu pantas berlalu..kadangkala lambat
Namun seminggu itu kadang2 merubah segalanya....

Syukur dipanjatkan kpd ILAHI
Setelah berbulan2...setelah rawan hati kami, kini terubat kembali

Berkat doa semua...dgn izin Yang Maha Kuasa
Mama telah selamat melahirkan permata hati kedua kami..Adik Damia

Tarikh Lahir : 16 Oktober 2011
Waktu : 8.30 pagi
Cara Kelahiran : Pembedahan Caesarean (Elektif)
Berat Bayi : 3.18 kg
Jantina : Perempuan



Hannah Farhana - Kasih Sayang, Kegembiraan Riang Gembira

Mama Papa sgt bersyukur atas anugerah ini...ingin dikongsikan dgn semua di sini yg tlh mendoakan kami dan bayi kami

Menatap Indahnya senyuman di wajahmu buatku terdiam dan terpaku
Mengerti hadirmu adalah saat terindahku..saat kau peluk erat tubuhku

Banyak yg Mama nk share ttg kelahiran Adik Damia...spy blh dikongsi bersama
Namun tk terdaya krn pembedahan kali ini lbh besar drpd seblmnya...pjg jahitan Mama
Dan slps pembedahan pula Mama hampir lembik gara2 muntah dan demam
Takpelah, demi anakanda Mama semua ini Mama lalui

Semoga anugerah ini kami jaga, kami pelihara dgn sebaik2nya
Didoakan jua sahabat2 lain turut sama merasai apa yg kami rasa, nikmat anugerah ini
Subhanallah, segalanya dtg drpd ALLAH dan kami sgt bersyukur

Semoga Adik membesar dgn sht dan menjadi anak solehah...aminnnnnn


Read more...

Friday, October 14, 2011

Catatan 14 Oktober 2011

Catatan terakhir Mama sebelum masuk ward ptgni



Sekarang tibalah harinya...Mama akan kena admit ward hrni utk persediaan pembedahan pd 16 hb , Ahad ni
Jika tiada aral,Insyaallah pkul 7.30pg turn Mama

Mama tiada apa nk dicoretkan selain drpd titipan kata2 utk sesiapa jua yg membaca blog dan entry ini

Mama mohon dikirimkan doa utk kesejahteraan Mama & Adik Damia, agar selamat semuanya
Mama mohon agar didoakan spy segala harapan, impian dan cita2 Mama Papa utk melihat Adik membesar dgn sht, sempurna dan mendidik Adik akan tercapai
Mama mohon ampun maaf jika ada silap salah Mama dlm mencoret di blog selama ini

Itu sahaja harapan dan permintaan Mama
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kekuatan dan kegembiraan utk seterusnya Mama mencoret lagi dan berkongsi kegembiraan..Insyaallah, aminnnnnn

(Saya sangat2 memerlukan dan menghargai segala doa drpd rakan2 semua, aminnnnn)


Read more...

Thursday, October 13, 2011

37 Weeks

Catatan utk 37 minggu mengandungkan Adik Damia



Anakanda Mama & Papa Yg Kedua....

Semalam Mama dan Papa ke klinik pakar..ada appointment terakhir sblm Mama admit ward & caesar
Mama rasa sgt teruja wpun setiap bulan ke klinik, checkup & scan
Ttp bg Mama setiap scan itu adalah berbeza..rasa yg sgt indah melihat anakku bergerak2 didalam rahim Mama


Anakanda Mama & Papa Yg Kedua....

Saat Doktor mengkhabarkan bahawa Adik tlh mencapai berat lbh 2.90 kg...Mama tersenyum
Mama lihat Papa pun tersenyum bangga dan gembira
Mendengarkan khabar ttg berat mu shj sdh menggembirakan hati ayahanda dan bondamu ini
Apatah lagi saat melihat gambar scan Adik..kedudukan kepala , tgn , kaki dll
Semuanya dh makin besar dan sptnya Adik tk bergerak byk sbb prt Mama dh sendat

Doktor memberitahu..kedudukan bayi, air ketuban dll semua ok & bagus
Alhamdulillah kami panjatkan syukur di dalam hati dan mengukir senyum ke telinga
BEtapa besarnya harapan kami..betapa berbunganya hati kami

Anakanda Mama & Papa Yg Kedua....

Sepjg malam Mama gembira...usai solat pula Mama menitiskan airmata terharu
Sungguh cpt masa berlalu...Adik kini memasuki usia 37 minggu 2 hari didlm rahim Mama

Anakanda Mama & Papa Yg Kedua....

Mama bertanyakan kpd Doktor mcm2 soalan sbg persediaan utk Mama jalani pembedahan melahirkan Adik pada 16hb ini
Insyaallah, Doktor memberitahu akan dijalankan pagi.giliran pertama
Juga Doktor tunaikan permintaan Mama supaya disediakan juga seorg Doktor Pakar kanak2 semasa di dewan bedah utk pantau perkembangan Adik
Doktor minta Mama tenang2 shj...jgn terlalu pk, kena tenangkan hati dan minda
Jika Doktor check Adik nanti...Mama jgn panik, sbb itu normal
Yg ptg Mama byk2 berdoa, semyg hajat dan bertawakal
Doktor bgtahu dia tlh prepare, uruskan dan sediakan yg terbaik
Selebihnya kena bertawakal...Insyaaallah semua selamat

Anakanda Mama & Papa Yg Kedua....

Malamnya pula...Mama tdk blh tido, hampir 2/3 malam dihbskan dgn mengusap2 perut yg mengeras
Dgn melihat2 perut bergegar ditendang Adik krn Adik akan bgn pkul 3 4 pg dan beriadah
Kemudian dgn perlahan2...dgn menahan berat & sakit, Mama kerap ke tandas
Namun hati Mama ttp gembira, jiwa Mama ttp riang..sbb ini pengalaman berharga yg hanya Mama perolehi saat2 Mama mengandungkan si kecil anugerah ILAHI ini di dlm rahim Mama...biarlah sesukar mana pun, krn itu adalah saat terindah bg Mama

Itulah shj catatan Mama utk anakanda kedua ku
Hanya tinggal 3 hr shj lg...sedangkan apa yg berlaku sejam slps ini pun kita tk duga, tak tahu...apatah lg yg berlaku di masa akandtg
Tidak terjangkau utk Mama fikirkannya
Namun Mama ttg percaya..Adik dengar doa Mama, Adik faham tangisan Mama....Adik turut aminkan doa2 Mama Papa....Adik akan kuat utk Mama & Papa

Semoga segalanya dipermudahkan dan perjuangan ini mendpt rahmat dan keberkatanNYA...aminnnnn



Read more...

Wednesday, October 12, 2011

Penantian Dalam Debaran

Sudah beberapa hari Mama tak mencoret....luangkan sedikit masa utk mencoret



Minggu ni Mama dh rest kat rumah, the whole week...
Plannya mmg nk update blog, nk coret mcm2...tp badan asyik letih tk lrt
Kepala dan mata tk usah ckplah..selalu png dan ngantuk jer
Sebab skrg Mama tk mmg tkleh tido mlm...asyik terjga2 jer..terkelip2 sorang diri sambil adik bermain tendang2 dlm perut or mengeras2

Hari ini 12hb Okt...tk lama lg, tk sampai seminggu shj lg
Sememangnya Mama sgt berdebar2 skrg...menghitung hari
Mama harap semoga semua dipermudahkan...aminnn

Setiap mlm pun sometimes Mama asyik mengigau jer..maybe rsa bimbang terbawa2 dlm tido

Sekarang perkembangan Adik..36 minggu dah nk hampir msuk 37 minggu..Insyaallah, Adik boleh bertahan dan kuat...aminnnn

Mama blur sbnrnya nk update apa, sbb otak Mama tgh serabut..kena tenang2
Mama pun dh rsa ala2 nk tido...ptgni nk jupe Doc Pakar, nk scan Adik dan checkup utk last time..nant Mama tls perkembangan Adik yer...hrp2 Adik cergas, sihat dan kuat

TO be Continue




Read more...

Thursday, October 6, 2011

Dugaan Yg Ada RahmatNYa

Catatan Mama utk sepanjang minggu ini...dr 3 Okt sampai hrni



Lama Mama tk mencoret...bkn sbb Mama bz tp mgu ni Mama kena admit ward, emergency...huhu. Sgt2 mendebarkan

Ahad 2hb, Mama keje mcm biasa, then Mama dah submit borang cuti..bos dh lulus..so Mama bercuti awal seminggu drpd tarikh dijangka caesar..bermula 9 Okt Mama cuti

Mak Tuk, Abah Tuk, Papa dan semua dh suruh Mama cuti awal lg...tkpyh msuk keje sepjg Oktober ni sbb Mama dh sarat sgt, nk panjat tangga lg ke tingkat 2 then nant nk trn naik g mkn lg...tp Mama pk2 keje byk,blm backup lg keje2 Mama..so Mama amik seminggu jer

Tp perancangan ILAHI, kita tk tahu...semasa Mama ada checkup AHad tu, Mama dikesan kurang darah..kepekatan drh Mama rendah sgt, bwh 10..aduhhhh,Mama dh hairan dah sbb Mama tk skip mkn ubat, mkn sayur bayam...ikan bilis...mcm2 dah, still rendah lg

Then esoknya kena jumpa DOc dan repeat ujian darah...bila amik drh esok tu, Isnin 3 Okt...lg rendah, makin drop just 8.7 shj..then Mama rasa pening, lemah..so Doc apalagi trs wat surat suh Mama admit hospital hrtu juga.

So tghr tu Mama masuk spital, Papa amik cuti emergency htr Mama...then repeat lg ujian darah. Doc hairan jugak kenapa makin drop kadar hemoglobin darah Mama, sbb kalo nk caesar perlukan bacaan HB 10 ke atas.So Mama kena admit utk bersedia bg blood transfusion...huhuh, tktnyer dgr

Mama dah risau dah..sbb org kata pemindahan darah ni ada risiko.So Mama mtk dgn Doc kalo betul2 kena tambah darah, Mama nk darah ahli keluarga.DOc benarkan dan minta Mama bgtau family member utk standby derma darah

Tp Alhamdulillah, mlm tu dpt kptsn ujian darah yg diambil di hospital, bacaan HB Mama meningkat...so tk perlu tambah darah...syukurrrr

Keesokan hari, Mama dh dpt kuar wad...syukur sgt2 legaaaa

Then Doc bg Mama mc sepjg minggu + Mama dh bercuti awal...so Mama rehat di rumah sehingga tarikh msuk hospital 14 hb ni dan caesar 16 hb.,.DOc suruh rehat dan jga makan spy tmbh darah dan HB naik...Syukurrrr

Walaupun Mama dilanda risau dan bimbang, tp pk2 balik ada hikmah semua ini..spy Mama berehat. Sempat Doc scan sblm kuar wad, Adik skrg dah berat 2.7kg, kedudukan Adik kepala di bwh, muka mengadap bwh dan pgung di atas..pttlah asyik goyang2 berbonjol2 jer..seksi btul Adik ni...hehehe.Harap2 Adik makin sht dan sht, serta bersedia utk melihat dunia tk smpai seminggu lbh lg...aminnnnnn

Dan smoga Mama pun kuat dan sht, skrg pun dh terkedek2 Mama berjalan, sgt2 tk larat...sbb rasa dh mcm kepala Adik di bwh jer...hehe. Adik skrg suka wat aktiviti mengeras2, tendang2 Mama smpai rasa nk terbuang air kecil sgt...then nk bgn pg mmg Mama akan rasa sakit pgang sgt, sampai berjalan kena pegang dinding atau Papa tlg.

Papa pun tk ckup tido, sbb malam2 kalo Mama tejga mesti Mama tgk mata Papa dh terbuka, Papa tgh mengawasi Mama & Adik yer...hehe.Thanks Papa...Adik kena kuat2, sihat2 dan cergas2 yer..nant nk jumpa Mama Papa, kami semua menanti kehadiran Adik dgn pnuh syukur dan doa

Skrg Atuk n Nenek tgh tlg msakkan pulut kuning utk htr ke surau mlm nant, then nk semyg hajat sikit utk doakan Mama dan Adik...semua org bertungkus lumus memberikan yg terbaik utk Adik...Alhamdulillah dan Insyaallah, semoga segalanya dipermudahkan

Aminnnnnnnn

Read more...

Saturday, October 1, 2011

Tentang Hari Dia Pergi

Catatan setelah setahun pemergian dia yg dicintai... Hannah Damia



29 September 2010
Tarikh Damia pergi selamanya meninggalkan Mama & Papa yg masih dlm kebingungan krn sehari sblm itu kami dipanjatkan kegembiraan menerima kehadiran mu didunia ini

Tarikh ini bg Mama sgt2 perit dan pedih utk Mama kenang
Terbayang2 lg betapa Mama sdh tdk mampu berfikir sdh tiada airmata utk dikeluarkan pd hr itu
Mama mampu kuatkan diri utk hadapi apa shj sblm ini...Mama mampu utk yakinkan diri agar bertenang hadapi apa shj....

Namun setelah kehilanganmu, Mama tewas..Mama lemah, Mama rembeskan airmata tersedu sedan mendakap tubuh kakumu...Mama peluk erat dan tatap matamu yg terpejam dgn harapan ada keajaiban berlaku & dikau membuka mata...Mama marah kpd nurse Mama salah doktor krn tidak menyelamatkan mu...Mama rasa kejamnya dunia ini, Mama rasa semasa didlm rahim Mama...Mama tlh jaga sebaik mungkin

Sedangkan sehari semlm anak Mama bertarung,perjuanganmu sguh perit dikelilingi mesin2 dan wayar berselirat, dimasukkan darah org lain utk menyelamatkan Damia...namun itu takdirmu, anak Mama pergi jua....

Mama belajar utk menerima hakikat kehilangan dan setiap apa yg Mama ada adalah pinjaman seketika shj

Kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya dan tidak terjangkau utk Mama fikir kenapa dan mengapa..kenapa Mama & Papa? Tidak mereka2 yg membuang anak2 di tepi jalan mahupun mereka yg tdk menjd amanah ini dgn sebaiknya...

Namun kami sedar, kami redha bhw inilah ketika DIA sdg berbicara dgn kami
Utk menguji kami..utk menginsafkan kami..buat kami lebih dkt kepadaNYA

Semoga kami ttp kuat dan tabah...sekarang kami dlm debaran lg menantikan cahayamata kedua...bukan krn kami tdk yakin kpd JANJINYA namun kami takut akan kelemahan diri kami sendiri sbg HAMBANYA yg belum ckup kuat dan rapuh IMAN kami utk hadapi dugaan2NYA

Yang mampu dilakukan adalah kami gantungkan doa dan harapan, semoga segalanya dipermudahkan buat kami...seandainya ini takdir kami, kami redha merelakan pemergian anakanda sulung kami...kami berdoa dan berharap agar diberikan kami peluang mendidik, menjaga dan membesarkan zuriat2 kami utk bekalan akhirat kami dan peneman kami..Insyaallah

Utk Hannah Damia, walaupun seketika cuma menghirup udara dunia..namun Mama Papa tetap sentiasa mengingati Damia dimana shj kami berada, apa shj kami perolehi ataupun apajua yg kami berusaha dptkan..tidak pernah kami lupakan mu.

Catatan FB Papa tulis sempena pemergian Damia setahun :--

Buat anakanda kami Hannah Damia, Al-Fatihah dan semoga sentiasa dilindungi Allah SWT..29 September 2010, 6.15am. Kami sentiasa menyayangimu..




Read more...

Selamat Ulang Tahun Sayang

Catatan utk Anakanda Tercinta kami,Hannah Damia...yg ttp diht kami selamanya



28 September 2011

Hari ini hari ulang tahun Damia yg pertama
Dulu suatu ketika dlu, Mama pernah berangan2 mcmana sambutan hari lahir pertama anak Mama...kek apa yg Mama nk tempah, siapa yg nk dijemput...baju apa utk Damia

Tp skrg hanya disambut dgn ucapan Mama & Papa saling wish sesama kami, sbg suatu tanda kami bergelar ibu bapa. Dalam hati, hanya kami yg tahu

Mama tk beli kek tp Mama belikan makan pg utk ofis Mama..saja sbg suatu sedekah utk pahalanya disampaikan kpd Damia nant,,Insyaallah

Sptbiasa, Mama sorg ibu spt ibu2 lain pastinya tidak lepas dr membayangkan jika Damia ada...apa dan bagaimana rupa Damia..dh pandai apa skrg

Takpe lah, Mama dan Papa redha. Mama tk de idea nk coret panjang2 lgpun Mama nk elakkan sedih, nanti Adik sedih jugak.

Sekadar catatan ini, coreta FB Mama sempena ulang tahun Damia hrtu :--

Selamat Ulang Tahun Sayanggg....drpd Mama & Papa.We are proud of u, always pray for u because other parents teach their children bout life but YOU teach us how to LIFE...Papa, Mama & Becoming Adik LOVE U Sooo Much ---Hannah Damia Binti Mohd Faisal (7.10 pg : 28 Sep 2010)

(Mama menangis sedih & teresak2 seorg diri jam 5 pg 2 3 hr lepas, tak tahulah kerana Mama rindukan Damia atau hati Mama belum ckup kuat merelakan pemergian Damia...Ya ALLAH, kuatkan hati hambaMU ini....)


Read more...

Friday, September 23, 2011

Erti September

Catatan Mama ttg bulan September



Hari ini 23 Sep 2011...entah mengapa sehari dua Mama asyik teringat2kan anak Mama yg tlh menjd Bidadari Syurga..Damia lahir pada 28 September 2010 dan Damia pergi pada 29 September 2010

Seandainya ditakdirkan Damia panjang umur..pasti saat ini Mama tgh excited nk sambut Hari Lahir Damia yg Pertama..Anak, walau mcmanapun ttp menggembirakan...biarpun kepergiannya menyayat hati

Bukannya Mama sesuka hati nk sedih2 tp naluri ibu, mmg akan tersentap jua...Mama tahu Damia tenang di sana...sedangkan nasib Mama dan Papa belum tahu lg nanti di sana, Mama hrp kami diberikan kesempatan membawa bekalan akhirat dgn secukupnya, aminnn

Mama tahu Mama kena tenangkan diri, tk fikir bukan2 sbb taklama lagi Mama akan melahirkan Adik Damia, Insyaallah....tapi tanyalah mana2 ibu yg kehilangan, di hati mereka ttp ada ruang kosong yg septtnya diisi oleh SI Kecil yg tlh pergi itu...Mama tetap ingat, sayang dan rinduuu Damia

Cepat benar rasanya mata Mama sekarang menitiskan airmata...ntahlah Damia, hanya di ruangan ini mampu Mama luahkan selebihnya Mama mengadu kpd Yang Maha Kuasa

Tp Mama dh kuat dan bersedia utk Adik Damia...ini adalah perjuangan baru Mama, akan Mama didik Adik dgn sebaik2nya, nanti kami akan jumpa Damia di syurga yer...Mama, Papa dan Adik2, kami akan menjd org2 yang berjaya dunia akhirat, Insyaallah

Ulangtahun Damia dan pemergian Damia akan Mama Papa iringi dgn majlis doa utk Damia di sana dan juga Doa utk kesejahteraan perjuangan Mama dan Adik kelak...Damia di sana, doakan juga Mama dan Adik yer...

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Read more: Lirik Lagu Hazama Cinta Teragung | melvister.com

Read more: Lirik Lagu Hazama Cinta Teragung | melvister.com

Untuk Adik Damia ---- Mama akan cuba yg terbaik dan sehabis daya Mama...Papa juga begitu yg tdk pernah jemu membantu dan menyokong Mama....Semoga Keluarga Kita Mendpt Rahmat dan KeberkatanNYA....aminnnn


Read more...

Wednesday, September 21, 2011

Mendebarkan

Pengalaman yg mendebarkan , malam tadi



Malam tadi selepas solat Maghrib..Mama sakit prt, mengeras2. Mama pegi dinner jap kat dapur. Mama ingat baby lapar..tp mengeras jugak, sekejap berhenti kemudian jd balik.Then pinggang Mama sakit, bdn Mama semua skt2...prt senak semcm & memulas2

Mama dh berkerut2 muka menahan sakitnyer...Mama risau betul sbb ni mcm tanda2 ada contraction..huhu.Mama usap2 perut dan ckp dgn baby sbb skrg baru 33 minggu, Mama trauma nanti kalo kena paksa bersalin awal2 ni

Kemudian Mama gagahkan diri bangun dan duduk bersandar di katil..Mama rehat2kan diri & tinggikan kedudukan kaki..Papa tlg Mama time tu

Kemudian tak lama lps tu...dupppp duppppp Adik Damia bergerak dan tendang2...kemudian duppppp lagi kuat sampat rasa senak pundi kencing dan rasa spt nk kencing sgt2...Aduhhh Adik main2 yer...then barulah skt prt, memulas2 itu hilang...maybe Adik mengeras2 tu suh Mama rehat2kan diri sbb seharian Mama keje kesana ke mari tk duduk2 tk rht kot

Kemudian Mama tertidur..tgh mlm tu Mama mimpi sst yg Mama rasa serammm sgt...masa tu Mama terjaga kemudian antara sedar dan tak sedar...Mama rasa mcm nampak seseorng duduk di tepi katil Mama...dgn berkopiah putih, muka Mama tk cam...org tu pun cakap--- Saya nk tumpangkan sesuatu di perut awak? Nak tak, ada pendamping ni

Mama pun apalagi lah..terus tepis2 dan buang..Mama cakap TAK NAK TAK NAK, Mama sebut Ya ALLLAH, SUbhanallah..ALLAHu AKBAR..Mama sebut kuat2...then org tu pun hilang...tp tetiba Papa kejutkan Mama..rupanya Mama mengigau..tp Mama yakin Mama tktido lg time tu...huhuhu

Mama sambung tido tp dgn perasaan sgt2 risau..mulut Mama kumat kamit baca apa shj yg Mama ingat...kesian kat Papa, pg2 esok kena bgn nk g keje

Then Mama tertido..kemudian Mama mimpi lagi --- kali ni Mama mimpi Mama melompat melintasi 2 mayat..huhuh, lagi seram dr citer Karak ni..then Mama lari2 kemudian Papa dtg amik Mama..huhuhu..terus terjaga & tkdpt tido...prt Mama lapar dan kembung, Mama ke dapur makan sebiji pisang & segelas air masak

Kemudian nak masuk tido semula, pinggang Mama skt sgt2...bisa rasanya dan berdenyut2..terpaksa lah duduk2 jap, mengesot2 sikit..sktnya smpai nk baring berdenyut2, Mama tk sedar mulut Mama mengerang sakit..Papa pun cpt2 bangun tnya kenapa, mesti Papa risau tkt Mama skt nk bersalin..Mama ckp skt belakang, then Papa tlg urut2kan....then tertido dlm kepenatan, mengantuk sgt2

Kemudian terjaga lg jam 5 pg sbb kaki Mama kejang yg sgt2 sakit, sempat Mama kejutkan Papa...Papa pun tlg picit kaki pulak...then trs tk blh tido sbb dh nk azan Subuh...

Beginilah pengalaman ibu mengandung yg dh sarat ni..tp takpe ini pengalaman berharga dan sgt2 bernilai..Semoga anak Mama sentiasa sihat2 shj



Read more...

Monday, September 19, 2011

Kepenatan

Catatan seorang Mama yg kepenatan..sekadar melepaskan sebuah kepenatan utk tenangkan otak



Hari ini Mama mmg sgt bz rasanya,kuar rmh ke kerja jam 7pg balik rmh jam 7.30mlm...mcmbiasa jer bg sesentgh org tp sepjg2 tu Mama almost 9jam tk mkn apa2, sbb nk cpt2 siapkan keje dan mlt pun tawar nk mkn apa2 ...huhuh

Alhamdulillah, dlm terkedek2 bergerak dan semput2 Mama dpt juga siapkan kerja2 tu dan submit..hrp2 ada rezeki utk kami semua, aminnn

Namun yg buat Mama lg penat dan angin ialah bila tghr jer, Mama nk ke toilet,ada smthg yg buat Mama tensen. Yer lah dlm keadaaan 33 mgu skrg ni mmg selalu nk rasa ke toilet sbb pundi kencing Mama ditekan2 oleh si comel kecil didlm ni, normal lah tu

Tp yg berapi berasap Mama ni bila tgk satu2nyer tandas yg sesuai utk pregnant women dh tk blh guna..adoilah dah lah satu tu jer ada...tandas2 lain tk sesuai, tgi sgt dan gayat...Mama faham org kita tk suka tandas duduk sbb geli, kotor dan jijik tp kadangkala utk kes2 tertentu spt org sarat mcm Mama ni or mcm hrtu masa baru2 lps caesar,mmg sgt memerlukan tandas sebegini

Kalo mereka2 tu tak suka tandas duduk, biarlah jgn diusik..jgn mengada2 nk rosakkan pulak sbb mereka tk guna..itu yg Mama geram sgt tu.Lgpun Mama guna pandai2lah Mama cuci, steril dgn air panas ker apa ker..yg ptg Mama tk rosakkan harta awam/sykt ni....sengal betul sape yg buat tu

Terpaksalah Mama jalan slow2 pegang dinding2 utk ke toilet hrni...risau jugak,tp legaaaa selamat...esok2 nanti Mama nk ajak2 staff2 utk ejas semula bg elok tandas tu..lgpun bkn Mama sorang guna, mana tahu orglain urgent or ada sakit ker baru lps bersalin ker dh msk kerja...warga tua ker nk guna...atleast utk kebaikan semua

Ehhh berciter ttg tandas pulak Mama ni,yer lah benda ni ptg jugak sbb bila trimester terakhir ni mmg menjadi suatu tpt penting dan kerap dikunjungi oleh ibu2 mengandung...lgpun mmg mentaliti org kita yg sgt2 pemalas nk jga kebersihan tandas..sampaikan setiap saat kena ltk cleaner dlm tu agak2nya

Mama nk jln2 ke mana2pun dh tak larat sgt skrg dan prt rasanya bergegar dan bergoyang lbh dr badan Mama...letihnya rasa, tp takpe Mama enjoy moment2 indah ini sbb pengalaman ini hanya dialami oleh wanita mengandung..segalanya indah apabila melibatkan si jantung hati

Ok lah, Mama dh penat wpun jam baru pkul 9 ..sbb prt Mama semakin sendat so Mama cpt mengah dan penat..maybe Adik Damia dh ajak berehat...Mama pun tgh lapar skrg wpun kul 8 dh mkn nasi+buah, rasanya nk cover yg siang td tk mkn2...nk mencari sst utk dimakan ni asalkan tk mkn org....hehe...Selamat Malam Anak2 Mama Papa




Read more...

Saturday, September 17, 2011

33 Weeks

Catatan perjalanan 33 minggu Mama mengandungkan Adik Damia...sebuah perjalanan Mama



Minggu ni Mama dh masuk 33 minggu mengandungkan Adik Damia...rasa sgt2 teruja dan tak sabar nk menantikan sebulan shj lagi tarikh yg dijangkakan Mama akan melahirkan Adik..Insyaallah semua berjalan lancar

Mgu lps segalanya agak pantas sebab setelah bertahun2 akhirnya Mama berjaya juga memiliki apa yg dlu Mama berkenan sgt nak...hehe, besar sguh mengidam Mama ni sbb Mama nk sst yg beroda empat...hahaha

Dulu byk kali dh tempah siap dh byr booking fees tp ada sahaja halangan dan aral melintang..tp skrg tk sampai seminggu semua dh beres..syukur, maybe rezeki Adik Damia

Benarlah spt yg dikatakan org, apabila kita menjadi ibubapa kita akan rasa byk plan dan perancangan yg nak dibuat..mcm2 yg difikirkan dan direncanakan, Mama dan Papa hrp semua berjalan lancar

Nombor pun Mama Papa dh tempah dan bayar, dan semua aggreement dh sign...mgu dpn akandpt lah merasa naiknya...hehe.

Tahun ni Mama Papa rasa mcm terlalu byk yg kami spend, tp bila congak2 semua tu utk masa depan. Utk bekalan dan sbg persediaan kehidupan kami kelak...bersama Adik2 Damia...Insyaallah. Setiap org ada perancangan berbeza mengikut keadaaan dan situasi mereka.

Tp bila difikirkan alamakkk Mama ni ada lesen dh hampir 7 thn tp blm bwak2 lg ni...hehe.Takpe nanti demi anakanda tercinta, Mama akan beranikan diri..takpun junjung jer kereta tu...hahaha.Adalagi org dlm dunia ni penakut yer, bkn Mama takut tauuu...tp Mama lemah betul bab parking & berhenti, so Mama kena bwak jer tanpa henti..sampai KL kot....hahaha

Kesihatan Mama pun semakin ok, Mama jaga btul2 perut Mama yg fragile dan senang meragam ni, dan mgu ni semua ok dan tdk buat hal.Time Mama kerja pun ok, Mama blh bekerja dgn tenang dan masih larat turun naik ofis Mama

Berat Adik pula dh cecah 2.0kg kata Doktor..wahhh kagum Mama.heheh..pttlah Mama rasa semakin sarat jerr.Malam2 pula asyik lapar jer pkul 2 3 pagi, mula2 prt kembung lpstu kalo Mama buat2 tknk bgun,mulalah Adik mengeras...Mama kena bgn,mkn kurma+air utk alas perut.

Oklah itu shj catatan Mama, hrni ada majlis taman terbuka di area rumah Atuk & Nenek..masing2 buat menu berbeza dan combine--- ada nasi myk, mee singapore, mee kari, tapai, laksa..wah2 mcm2 ada...kecur liur Mama, hehehe.Rezeki Adik..tp Ibunya yg tumpang dua kaki.Syukur atas rezeki. Then mgu dpn pulak Mak Tuk nk msak2 nasi beriani, mkn lg...aminnnnn




Read more...

Monday, September 12, 2011

Akan Tetap Bertahan

Catatan Mama untuk hari ini, 12 September 2011



Hari ini Mama ada checkup di klinik pakar hospital...sptbiasa sbb Mama tahu orgramai so Mama plan dtg awal...pkul 6.45pg Mama dh terpacak dpn pus. rawatan harian tu

Masa tu ada 3 4 org shj...so Mama masuk dlm duduk bwh lampu, Mama baca paper...hbs jer baca paper Mama tgk org dh mula beratur...so Mama tgk jam, baru pkul 7 pg..erm Mama kena beratur jugaklah wpun awal lg, ada setengah jam lg sblm kaunter pendaftaran dibuka...turn Mama org ke-lima

Hampir setengah jam berdiri..utk elak rasa lenguh Mama pusing kanan pusing kiri, goyang kanan kiri tp bukan berdangdut pulak yer....gerak2kan kaki jer biar tk kejang/lenguh

Mama dpt nombor trs ke kaunter O&G, ltk kad merah dan tanya nurse sempat tk g mkn dlu? Nurse suh mkn dlu, lambat lg nk pgil nama & Doc check

Mama ke kafeteria...Mama mkn nasi lemak dan milo dgn sng hati..kenyang betul

Then kembali semula ke ruang menunggu utk dipgil nama, Mama tnya nurse tp nurse tu mcm nk marah jer..dia ckp tanya nurse dlm bilik.Nurse situ ok jer, senyum dan bgtahu td dh pgil nama Mama tp Mama tiada, so Mama mtk maaf sbb Mama pegi mkn jap td

Then tgu turn utk check..dlm kul 9.10pg baru dipgil...Mama masuk bilik jer duduk tepi Doktor, lama Doktor tu senyap...belek2 kad Mama...tgk due date Mama dll

Doktor tanya kenapa tk buat test utk masukkan antibiotik dlm rahim Mama? Aduhhh lg sekali tanya, visit yg lps Doc sorang tu dh tanya & dah take note kat situ

Mama jwb sbb -- sy akan dicaesar, nk operate so tk perlu masuk2 ubat kat rahim

Doc pun angguk...sbb ni kandungan berharga ker, sambil senyum

Mama pun angguk dan senyum jer....(semua kandungan berharga Doc, mana ada kandungan 50% discount less, kandungan free , kandungan rebat ker dll...semua berharga)

Kemudian Mama kena baring utk Doc check perut & Nurse nk tgk heartbeat Adik Damia..alhamdulillah semua ok...perut Mama ok, Adik ok..parut caesar lama ok,tk sakit

Sebelum bangun dr katil, Mama dgr Doc ckp dgn Nurse :--- Dia ni nk caesar, kalo sy taknak sebab takboleh dpt ramai anak

Nurse jwb--- Aaah, sy pun tknk. Sy nk beranak ramai

Mama dlm hati ---- Terdiam & terguris

Mama tak tahulah Mama emosi ker apa...tp kalo ditanyakan kpd Mama...yesss mmg kalo blh Mama nk anak berbelas2 orang , nak ramai...kalo blh nk senang jer melahirkan, push push trs keluar...mcm selalu org cerita...teran jer mesti baby keluar nanti

Tp tahukah mereka yg Mama dh alami itu semua sampai kering air ketuban sampai kering airmata sampai kering hati Mama utk ditangisi suatu kehilangan? Bukan Mama menyalahkan takdir or bersalin normal tu punca kehilangan Damia, tp hakikatnya mmg Mama sukar bersalin normal....tiada bukaan rahim...hina sgt ke kalo mcmni?

Mama redha dan terima semua ini, yg ptg bg Mama disaat2 ramai org sgt berhrp dikurniakan cahayamata, Mama yg diberi nikmat ini harus bersyukur..takkanlah Mama minta 10 benda semua dpt?..mesti ada sst yg dikurangkan or diduga, maka terima dgn seadanya....

Jangan terlalu ingin menggapai bintang dilangit tinggi sedangkan butiran2 halus tanah di bumi ini blm mampu kita jejaki...jgn tamak sedangkan kita tdk memiliki apapun lagi....

Tp dah ketentuan takdir mcmni, lgpun Mama or Doc or nurse tu pun tk tahu berapa bilangan anak yg Mama akan dpt, mereka akan dpt or sesape shj krn itu semua kuasa YANG MAHA ESA

Mama tk memilih utk diduga begini...Mama dh merasa cukup tertekan dan sedih bila melihat rakan2 lain..org kiri kanan katil di hospital melahirkan anak dgn normal, nmpak ceria dan cergas....suami mereka tersenyum bangga di sisi mereka...sgt2 menghiris hati Mama & stiap kali itu juga Mama akan minta ampun & maaf dr Papa

Biarlah apapun, Mama ttp memilih utk dibedah lg...Mama dan Papa dh bincang dan ini yg terbaik...namun jika takdir menentukan dpt melahirkan secara normal, Mama terima sbg suatu keajaiban ILAHI..wallahualam..yg ptg seminima mungkin Mama tknk ada sbrg risiko , kami akan usaha yg terbaik menjaga dan memelihara anak ini spy dia sht dan pjg umur..selebihnya terserah kpd takdir

Sblm balik Doc sempat pesan kalo ada rasa tanda nk terbersalin normal or contraction, cpt2 admit ward..mana tahu blh normal..Mama angguk dan diam shj sbb Mama tahu dr pndangan Doc tu dia prejudis dgn plhn Mama...huhu, takpelah. Ilmu dia lg tgi sbb dia kan DOc, apapun dia ckp Mama kena terima sbb Mama ni tak tahu apapun....

I dont like to hear negative comment/feedback when I'm expect something positive...I still believe in myself, my pray & DOA....I Believe one day I will smile AGAIN & People I really love also will SMILE again with ME. --- status FB Mama sebaik shj balik dr klinik

Mama kena positifkan diri dan emosi..Insyaallah semuanya dipermudahkan dan diberkati, aminnnnnn


Read more...

Sunday, September 11, 2011

Segala Perancangan

Catatan ttg apa plan terbaru Mama & Papa



Minggu ini or lbh tepat mgulps amat memenatkan Mama rasa wpun Mama still mc, sbb pnt adalah ada bbrp perkara dtg serentak kena urus...then Mama tenang2kan hati dan tarik nafas, settle satu persatu...Alhamdulillah dh nampak jalan penyelesaiannya

Kami dlm kesibukan membuat persediaan utk menyambut Adik Damia,Insyaallah tak lama lagi dalam sebulan lbh shj..Mama hrp semua berjalan baik

Wpun ini cahayamata kedua kami...bg kami ttp byk perkara perlu dipelajari krn kami juga masih tiada pengalaman..takpe, menjadi ibu bapa adalah suatu perjalanan utk mengutip sejuta pengalaman

Fokus kepada hasil apa yang kita inginkan dibandingkan fokus kepada apa yang kita tak mahu berlaku - Anonymous


Mama sgt suka ayat di atas...Mama amik drpd blog mana ntah lupa pulak..dan pemilik blog ambil drpd majalah...

Bermula sebulan dua yg lalu..kami tlh mengorak langkah memulakan langkah pertama membeli aset utk masa depan, syukur segalanya dipermudahkan

Kemudian utk bulan ini, dlm tk terduga....Mama & Papa kena fikir utk tukarkan transport kami pula...mcm2 yg difikir nk jenis mcmana..kaler apa, kapasiti enjin lah....luas dan jarak seat dll...harga semestinya juga dinilai sbb takkan lah muatan skit nk beli lori kot..

Kemudian Mama & Papa dpt idea memilih sst yg praktikal dan menjimatkan sbb tpt kerja Papa jauh utk ulang alik..biarlah kami downgrade skit asalkan akandtg ada byk simpanan utk Adik Damia dan Adik2 lain....aminnnnn

Lagipun kereta adalah liabiliti, susut nilai...yg sentiasa nilai bertambah dan elok dibeli adalah aset..spt tanah, rumah dan yg seerti dgnnya spt gelang emas ker...hahaha....(iklan jer ni)...Mama bukan Mami Jarum

Jika segalanya berjalan lancar, Mama hrp semua urusan selesai sblm Mama bersalin/jalani pembedahan sbb nanti kesian Papa nk uruskan sorang2 or sebetulnya Mama nk rasmi dlu ....hehehe.....

Lagi satu Mama rasa happy jugak sbb dh tkpyh pening2 utk pikir ttg urusan tertunggak hrtu yg Mama jd guarantor, pembeli tk byr...keta kena tarik & lelong, ada hutang tk setel..bank tuntut hutang..pembeli tkdpt dikesan, guarantor yg png..huhuhu....

urusan ni akan selesai tk lama lagi dan Mama akan bebas drpd surat2 bank...rasa mcm kaya betul Mama Papa ni sbb ada dlm 4 buah kereta nama ktrg..samada pemilik or penjamin..tp yg betul2 guna adalah 1 buah jer...dunia oh dunia...


Kami sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki kami,dijauhkan drpd belenggu hutang & dicukupkan segalanya bg kami utk kami memberi yg terbaik bg zuriat2 kami..Insyaallah aminnnnn



Read more...

Friday, September 9, 2011

Rawan Hati Kami

Secebis catatan untuk hari ini, Jumaat 9 Sep 2011..penghulu segala hari



Hari ini Mama & Papa mengemas...mencari balik segala barang2 baby utk kegunaan Adik Damia nanti...barang2 Damia yg dibeli dgn penuh semangat dan keterujaan namun tdk sempat diguna oleh Damia...hanya sehelai dua sempat

Dalam mengemas itu terselit sesuatu yg sangat menyentap hati...cebisan kapas dan kain-kain lebih yg digunakan utk 'menyimpan' dan 'memakaikan' pakaian terakhir Damia
Mama mengira2 membelek2 segala selimut2....baju2 kecil..yg sehingga ke KL ke Johor kami shoping beli baju tahun lepas
Sudah ada yg kekuningan sikit sebab lama tersimpan rapi dlm kotak / beg
Segala sarung kaki dan sarung tangan

Setiap anak adalah berbeza....
Setiap rasa adalah berbeza....
Mama dan Papa sayangggg Damia ttp akan ingat Damia

Tidak putus2 mulut, hati dan tgn Mama usap perut sambil berdoa biarlah biarlah slps ini Adik Damia akan diberi kesempatan memakai semua itu
Insyaallah...aminnnnnn

(Mama dah tk blh mencoret panjang....rasa pilu dgn kesedihan silam bercampur2 dgn rasa terharu dan bimbang dgn masa akan dtg)



Read more...

Tuesday, September 6, 2011

Pengalaman Sehari,Erti Seumur Hidup

Catatan Mama sepanjang sehari di wad



Alhamdulillah setelah sehari semlm di hospital, Mama dibenarkan kuar wad dan sambung rehat di rumah. Terima kasih kpd Papa yg susah payah usahakan spy Mama dpt kuar wad awal dan rht di rumah. Sepanjang 2 hari ulang alik hospital sampai Papa lupa makan minum..semuanya demi utk kesihatan Mama dan Adik Damia.

Walaupun Mama kat wad sehari tp Mama rasa byk benda Mama lihat dan Mama insaf...ada juga menitiskan airmata Mama. Mama rasa pilu dan tersentuh hati bila melalui di tepi2 katil ibu2 yg sudah selamat melahirkan anak...betapa indahnya melihat si ibu menyusukan bayi yg masih kecil dan merah itu...yg kecil tulus, mungil pipi dan mulutnya...di depan pula, ada si ibu sedang menukarkan lampin anak. Walaupun ibu masih pucat, penat dan kelayuan namun utk si kecil segalanya tdk menjadi halangan.

Mama sedih...Mama nangis sbb Mama teringatkan Damia..betapa sesaat pun tdk berkesempatan utk Mama lalui semua itu dgn Damia...namun Mama yakin doa Mama akan dimakbulkan dan Insyaallah, Mama akan diberi peluang itu dgn Adik Damia...Insyaallah. Ya ALLAH, kasihanilah hambaMU ini, makbulkanlah impian ku ...aminnn

Namun di keliling katil Mama pula ada ibu2 yg sedang menunggu waktu utk bersalin..ada yg berjalan mundar mandir pegang pinggang , ada yg mengiring di katil...ada yg mengerang kesakitan...ada yg menahan sakitnya setelah dimasukkan ubat induce..semuanya tgh tgu waktu utk bukaan rahim terbuka yg secukupnya sblm dimasukkan ke dlm labour room...keluh kesah mereka tdk tergambarkan bgaimana sakitnya sehinggakan ada yg berhari2 sakit...ada yg berjam2 perut mengeras mengembung memulas2...semua rasa ada...Mama hanya mampu memandang dgn simpati dan sesekali mengajak berbual2 utk hilangkan sakit rakan2 baru Mama itu

SIapa yg mahu bertukar tempat kesakitan dgn ibu2 tadi? siapa yg sanggup? pasti tiada..kelihatan jua sang suami masing2 melakukan yg terdaya membantu si isteri..menolong mengusap2 belakang...menyapu air di didahi..menyuapkan sedikit makanan utk bekalan tenaga ibu yg krg makan dan tidur..ada yg bergegas2 keluar wad mencarikan apa jua makanan atau apa shj permintaan isteri...segala jenis air selusuh, minyak, air zam2 diberi kpd isteri.Walaupun tdk dpt mengurangkan kesakitan namun kehadiran suami di sisi, mampu menenangkan si isteri..usah ditanya di mana bapa itu tidur, rehat atau makan...sbb semua itu tdk ada lg dlm fikiran mereka...yg ptg isteri cpt2 bersalin dan sakit itu reda

Bagi yg bersalin secara pembedahan pula...siapa yg kata mereka tdk sakit, Mama nk mereka toreh perut mereka dpn Mama...sbb sama shj erti pengorbanan samada bersalin normal atau bersalin pembedahan, segalanya memerlukan pengorbanan dan kekuatan...Mama lihat di ruang2 katil ibu-ibu bersalin secara pembedahan, kelihatan kiri kanan penuh mesin utk monitor degupan jantung, tekanan darah dll. Si ibu sedang tidur dlm keletihan...bayi masing2 dijaga di wad khas utk bayi...sebaik shj mencelikkan mata, bukan air bkn makanan diminta oleh ibu namun utk melihat dan menyusukan anaknya..dlm kepayahan keperitan sakit luka pembedahan masih mampu si ibu melakukan semua itu utk anak tercinta ....indahnya menjadi seorang ibu

Namun di suatu sudut lain kelihatan wajah kebingungan si ibu melihat buku merah rawatan sepjg mengandung...duduk terdiam melihat kosong di buku itu....Mama tahu kenapa sbb Mama pernah alami. Ibu itu kehilangan bayinya yg baru berumur 33 minggu dlm kandungan kerana bbrp mslah, Mama tk tahu sbb apa...kami sama2 mendaftar masuk.Ibu mengadu tdk dapat mengesan degupan jantung bayi....sedihnya, Mama rasa ingin sekali memeluk si ibu itu..namun hanya mampu memandang dr jauh dan melihat sayu....anugerah, pemberian, nikmat segalanya sementara namun ckp membahagiakan, semoga ibu tadi kekal tabah

Mama skrg dah memasuki minggu ke 32, Mama ada lagi lbh krg 4 minggu lebih...Mama harap Mama dpt bertahan dan kesihatan Mama semakin baik dan pulih...Mama juga harap Adik Damia kekal sihat di dalam rahim Mama...Mama tak mampu menahan pilunya sayunya bila mengenangkan detik2 nanti akan bertemu Adik...Mama nk menatap wajah Adik dgn sepuas2 hati Mama...

Mama masuk wad sbb Mama rasa simptom biasa dihjg kehamilan dimana pembuluh darah Mama akan berkerja lbh keras utk pam segala keperluan drh dlm bdn dan kadangkala akan akibatkan diarhea, kurang darah (anemia)...penat, letih...lpsni Mama akan bykkan rehat dan jaga makan

Allah SWT duga Mama dgn sedikit kesakitan, duga Mama dgn kesabaran menanti...namun disebalik semua ini Mama di ajar erti bagaimana melihat suasana ibu2 lain berjuang, ibu2 lain berjaya juga yg kehilangan wpun hanya sehari dlm wad..segalanya menginsafkan Mama...wpun tdk sebyk mana pengorbanan Mama lakukan utk anakanda Mama, Mama harap suatu masa nanti Adik akan hargai segala usaha Mama dan Papa kerana kami telah melakukan, akan melakukan dan sentiasa melakukan yg terbaik utk zuriat2 kami

Mama & Papa sayanggggg semua anak2 kami
Mama bersyukur atas segala kurniaan yg tlh diberi dan bakal diberi
Mama bersyukur Papa sentiasa di sisi
Semoga keluarga kita akan semakin bahagia dan ceria dgn kehadiran Adik kelak...aminnnnn



Read more...

Sunday, September 4, 2011

Mama kena masuk hospital

Hari ni hari Ahad, so macam biasa, mama kena lah g check bulanan dekat klinik. Tiba-tiba tel papa bunyi, mama call bgtau hb rendah, dan nurse suh mama g follow up dekat doktor.

Pastu mama call dan msg papa lagi tapi papa x dapat nk jawab sbb ada msyrt. bila papa baca je msg mama, terkejut papa, doktor suh mama masuk wad sebab nk masuk air dlm badan. trus papa mtk izin blk awal sbb nk atar sendiri mama kt hospital.tapi kesian mama sebab terpaksa tunggu lama kat klinik td. sory yea mama, papa dah bwk laju kete td, dh masuk short cut, cilok2. hehe.

Apa yg buat papa dan mama geram dan leceh dengan pengurusan hospital ialah mama kena tunggu selama 5 jam lebih baru dapat masuk dalam wad. bukan main lama lagi doktor nk check dkt bilik pendaftaran. at least bgtau lah dlu suh makan dlu ke, smyg dlu ke, ni sampai ada ibu-ibu yang menunggu sama2 dengan mama tertido atas kerusi. pastu doktor g makan plak, perghhhh menyirap darah dengar.tak kesian ke tengok ibu2 mengandung yang sarat bwk perut tertunggu, makan pn x, padahal sepatutnya ibu mengandung kna makan ikut time. apalah doktor dan nurse. tapi xblh nk salahkan mereka jugak sbb time tu memang ramai ibu2 mengandung yg tunggu nk bersalin sampai penuh wad. yg dekat koridor pn penuh dengan waris dan family diaorg tunggu.sampai tido kat tepi2 tangga pn ada. tapi xpe, menanti sesuatu yang tidak ternilai harganya memang memerlukan pengorbanan yg tinggi.

dah habis bab daftar wad, mama pn masuklah dalam wad dan dapat katil tepi tingkap. yg jadi masalahnya buat papa geram ialah sampai pkl 9 malam, xder doktor datang check lagi. nak tunggu sampai bila x thu. bila papa tanya nurse, dia jawab mungkin lepas magrib doktor datang, tapi skang dah pkl 9 mlm kak nurse, mana doktor nyer?bukan nak salahkan doktor tapi bila mama g check dkt klinik pg tadi, doktor cakap mama kna trus masuk wad, bunyi macam penting sgt sampai doktor offer naik ambulans, tapi bila sampai hospital, sampai skang xder apa2 lagi. buang masa dan tenaga terkejar-kejar g hospital. tapi papa sedar inilah hospital gomen, hospital utk rakyat.thanks sbb xperlu papa bayar mcm private hospital tapi kalo mcm ni, susah.

pkl 9mlm, papa kena halau dari wad oleh nurse sbb kate dia, papa ganggu ibu2 menyusu anak.okehlah papa blh terima alasan tuh. papa tinggalkan mama dengan salam sayang dari seorang suami.

Papa harap esk mama dh blh kuar, sbb daripada duk berehat kt hospital, baik duk umah, xderlah tertekan dan baby pn dapat rehat dgn ckp. Utk mama, thanks 4 everything, mama memang hebat. mama adalah SUPERMAK.

p/s:sbb tu papa suka tgk citer supermak.hehehe.

Read more...

Wednesday, August 31, 2011

Raya Ke-2

Catatan Mama utk Hari Raya Ke-2 Tahun 1432h = 31 Ogos 2011



Hari ini hari raya kedua..Mama dan Papa tak jenjalan ke mana pun hrni, berehat di rumah shj..sbb Mama tak larat...
Semlm sempat beraya 2 3buah rumah, kemudian balik rmh MakTuk ABahTUk beraya sebelah sana pulak
Tahun ni turn giliran raya kat rmh Bonda AYahanda Papa iaitu nenek & Atuk Damia & Adik Damia...tahun ke-3 kami beraya sebagai suami isteri
Ttp tahun ni baru 1st time raya sini....hehehe

Tahun pertama raya, raya rmh Mak Tuk ABahTuk sbb semua adik beradik Mama ada berkumpul sana
Tahun kedua sekali lagi raya sana sbb thn lps adik beradik Papa ramai tkbalik, so ktrg plan raya sana dlu
Then tahun ni semua ada...so turn Papa...hehehe, terima kasih Papa sbb memahami
Lagipun jarak kedua2 rumah tk sampai sejam pun..zupppp sini pagi zuppppp sana tghr, malam baliksini lagi...

Tahun ni juga raya ke-2 Mama beraya dgn berbadan dua
Tahun ni juga Mama beraya tahun ke-2 dgn berjubah
Thn lps wpun sarat hampir 8 bulan nk msuk 9, Mama larat lagi ke sana sini
Thn ni agak letih dan tk larat skittt....padahal baru 30 minggu, takpelah yg ptg Mama ckup rehat dan tido apalah sgt makna raya jika penat2 sgt

Spt dijangka ramai terkejut tgk perut Mama sbb tk sangka Mama dh pregnant lagi sekali
Mama senyum jer dan semua wish Mama all the best dan jaga diri
Insyallah , aminnnnn

Namun petang sblm raya, Mama dihimpit pilu slps melawat rumah kecil Kakak Damia
Sedih sebak hiba dan sgt2 sayu...dan Papa pun rasa yg sama sbb Papa trs mencoret di blog ttg apa Papa rasa, iaitu entry sblm entry ini..kami masing2 terdiam dlm kepiluan

Ramadhan Menghilang Syawal Tiba,
Dalam Riang ada Duka,
Bukan Niat Bermuram Durja,
Namun yg pergi ttp meruntunkan air mata......

Tahun ni juga Mama berjaya pujuk Papa beli baju bayu utk raya
Papa jarang tau nk membeli belah,suka pakai apa yg ada jer
Sekali beli thn ni Mama suh bli 3 sekaligus...hehe....

Tahun dpn Papa ckp nant kita shoping awal2 yer.... 3 4 bulan before raya

Malam tadi Mama terkejut dr tido pkul 4 or 4.30 pg, Adik mengeras dan bergerak2 tekan perut Mama sampai Mama rasa sendat sgt
Last2 Mama bangun..ke toilet jap dan jalan skit...Adik dh diam dan prt Mama tk sakit
Maybe Adik dh terbiasa yg Mama akan bgn sahur time2 tu, maybe Adik lapar kot
Mama tk makan apapun sbb Mama tk larat, cuma lps usap2 prt dah lega & hlg rasa skit

Mood Mama pun agak moody dan suddenly cpt berubah skrg...hehe, maybe sbb cpt penat kot dan tak larat..kaki pun semakin sembab dan muka dh boooolat2 tembam sgt
Dan skrg Mama rasa spt nk membasuh baju jer..nk kemas bilik nk g shoping mall nk tgk katil baby, baju baby barang2 baby...hehe...padahal lastweek dh beli semua serba sedikit...tp instinct nk tgk2tu ttp ada
Bila lalu2 jer kedai, tgk ada sale dkt butik Anakku, ibu2 bapa2 sibuk pilih baju anak2..Mama rasa nk menyelit2 jugak sekali, tp pk2 nk beli apa lagi dh lbh dr ckup...sabar2 nanti tgu Adik keluar yer, kita pegi beli sama2 yer...Insyaallah

Ok lah, itu shj catatan Mama utk hr ini, ptgni Mama dan Papa plan nk g jalan2 raya ke rmh 2 3 org kawan Mama
Mama kena elakkan asyik jenjalan jer sbb semua org tua dh tegur yg prt Mama dh jatuh kebwh dh, dh mcm nk bersalin sgt...Mama kena jaga & hati2

Salam sayang dan salam Aidilfitri utk anakanda Mama Papa yg jauhhhhhhhhh
Juga utk Bakal Anakanda Mama Papa yg kuat dan tabah...insyaallah & aminnnn



Read more...

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Tahun ni merupakan tahun pertama bagi papa dan mama menyambut hari raya sebagai ibubapa. Syukur kepada Allah kerana dengan kebesaran-Nya, kami dapat menyambut hari raya dengan status sebagai ibubapa. Alhamdulillah.
Petang tadiiaitu petang sebelum hari raya, papa dan mama telah menziarahi kubur Damia.Terharu papa rasa sebab dah hampir setahun kami telah kehilangan Damia. Papa bersyukur mungkin apa yang telah terjadi ada hikmah dan tujuan agar papa dan mama menginsafi dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
Papa dan mama bersyukur kerana dapat menumpang kegembiraan sepupu Damia menyambut hari raya. Adik Damia dalam kandungan pun bergerak-gerak aktif. Mungkin tumpang seronok sekali tengok sepupu dia bermain.
Papa tak nak tulis catatan yang sedih-sedih sebab papa tahu Damia tak nak papa dan mama sedih. Papa dan mama sekarang sedang menanti adik Damia dalam kandungan. Cuma tinggal 6 minggu saja lagi mama akan melahirkan Adik Damia. Papa berharap mama dan adik Damia selamat dan sihat sepanjang proses ini.
Buat Damia yang amat dirindui, kami doakan Al-Fatihah dan semoga roh Damia berada antara orang yang beriman. Selamat Hari Raya buat anakku. Al-Fatihah.

Read more...

Sunday, August 28, 2011

30 Weeks

Perjalanan 30 minggu Mama bersama si kecil didlm rahim Mama



Diam tk diam dh msuk 30 minggu Mama mengandungkan Adik Damia
Lama Mama tk mencoret dlm blog, sbb keadaan Mama agak bz lagipun ada lg kekangan lain
Mgu lepas Mama lg sekali dpt MC 2 hari, gara2 sakit perut = diarhea
Setelah discuss dan soal jwb dgn Doc, akhirnya Doc kata Mama tkblh minum susu...kena stop sekejap...Mama jd alahan dgn laktosa pulak
Mama cari maklumat dlm Google, mmg sometimes akan alami keadaan prt tkdpt nk proses susu esp bila nk msuk trimester terakhir
Takpelah, Doc dah bg pil kalsium sbg ganti sumber kalsium utk Mama dan Mama digalakkan minum byk air soya
Maybe nanti lepas bulan posa, perut Mama kurang sensitif dan Mama dpt minum susu lagi

Keadaan Adik pula, mcm bisa masih sgt aktif
Tetapi nurse kata kepala Adik dh berada pd posisi dibawah...syukur
So skrg dh hlg skt sesak nafas dan skt dada Mama sbb dada tk terasa ditekan2 dah
Cuma skrg Mama rasa comel pulak Adik menguit2 spt rasa ada kupu2 dlm perut

Mengikut perkembangan bayi drpd minggu ke minggu, mmg situasi ini akan dialami setelah memasuki minggu ke 30 dimana bayi sedang mempersiapkan diri utk keluar dan lapisan2 lemak yg meliputi tubuhnya juga tlh mula tanggal sedikit demi sedikit dan jadi bersih ..kulit tulus mulus..Insyaallah , aminnnn

Tp Mama tkblh jalan byk2 sgt or lama2 berdiri, sbb nant akan sakit
Bila bgn tido pulak, bkn skt belakang yg Mama alami ttp skt pgang dah skrg
Semua org tegur perut Mama dh mcm ke bawah, mcm dh sarat sgt...
Berdebar jugak Mama rasa...harap2 Adik bertahan dan sempat tgu due nanti, Aminnnnn

Sengal2 tulang dan kejang urat pun dh hilang ttp skt dlm peha..dlm bdn sampai Papa pening tk tahu nk tlg Mama mcmana sbb tk blh urut sembarangan or ltk myk angin
Terpaksalah Mama tahan dan tahan sambil urut2 perut, Adik jarang menendang2 kalo Mama tgh sakit, Adik faham..pandai anak Mama Papa

Kekdg ada jugak rasa spt mcm dh hampir Adik nk kuar, risau Mama
Tp bila Mama rehat2 Mama akan OK

Ohhh yaaa kekadang Mama hairan juga dgn sesetangah org, bila nmpak perempuan pregnant mereka buat muka dekkkk dan tak tahu jer
Bukan Mama nk mtk keistimewaan tp agak2lah sbb kekdg kita ni penat dan mengah nk duduk...tp tgk2 tpt duduk penuh...padahal 2 org jer duduk di kerusi panjang tu, blh muat lg 2 3 org...sengaja duduk luas2 lpstu buat2 dekkkk
Mama mls lah nk mtk lalu or mtk ruang skit..Mama masih mampu berdiri dan menikmati saat Adik bergerak2 temankan Mama drpd Mama duduk bersama org yg tk memahami...hehe
Sensitif betul org pregnant ni...takpelah itu hak mereka

Ok lah, nanti Mama coret lagi catatan perjalanan Mama yer..skrg Mama nk rht. Mengah pulak menaip2 ni..sehingga berjumpa lagi, sayanggggg anak2 Mama Papa





Read more...

Saturday, August 20, 2011

Pertemuan-Pertemuan Itu

Erti ttg sebuah pertemuan yang tidak disengajakan..ttp ditakdirkan



Dua hr lps semasa Mama ke bazar Ramadhan , Mama jumpa kawan Mama
Mama tgk baby dia dh semakin montel dan sihat, suka Mama cuit2 baby yg tgh lena tido dlm dukungan Ayah dia tu
Kawan Mama...ibu dia tegur Mama sbb dia terkejut tgk Mama dh sarat..hehe...
Mama senyum dan kami berbual2 sekejap, sempatlah kawan Mama doakan Mama dan wish all the best, mtk Mama rht2 dan jga diri...husband dia pun sama, terima kasih

Kawan Mama ni dlu pnh Mama jumpa di mall tgh bli2 barang
Dia tegur Mama...masa tu kami masing2 baru sahaja 'berisi'
Mama terkejut dan dia terkejut..hehe
Tp masing2 excited dan saling bercerita..dia pun share cite yg tgu bertahun juga utk dikurniakan permata hati....kisah kami sama dan kami saling wish masing2 yg terbaik

Mama jarang jumpa kawan Mama ni sbb tpt kerja lain, cuma dlu pnh di bawah satu bumbung dan kami kenal di family day...mmg best kawan dgn dia sbb dia peramah dan Mama pun sng, sbb dia selalu tegur..Mama kalo jalan jarang nmpak org sbb nmpak makanan jer..hehe

Then agak lama tk jumpa...setelah berbulan2...masa tu seingat Mama , juga di mall...Mama ternampak dia tgh mendukung baby...yer kawan Mama dh bersalin
Mama pergi dekat dan tegur..wpun ragu2 nk tegur ke tak, tkt nanti Mama sedih

Tp bila berbual2, kawan Mama ni sgt bgs..dia bg kata2 semangat
Wpun sekadar berborak tgh jalan selama 5 mnt, atleast buat Mama legaa
Sempat Mama mencuit2 pipi baby dia yg msh kecil itu...Mama agak dia baru lps hbs pantang kot..dan kawan Mama ni pun bersalin secara pembedahan juga

Then lama tk jumpa....2hr lepas tu lah terserempak di bazar Ramadhan...hehehe
Itulah erti pertemuan2 yg tidak kita duga...kadangkala kita rasa remeh ttp setiap yg terjd ada hikmah...syukurrr & its make me happy

Telah ditentukan sblm ini Mama terserempak dgn sahabat Mama itu semasa kami sama2 sedang gembira melalui fasa baru menjd ibu utk pertama kali

Then pertemua kemudiannya setelah kami menjd ibu...cuma dlm keadaaan dan situasi berbeza...tp rezeki masing2 dan takdir, Mama redha

Sekarang di saat2 Mama melalui semula detik2 mengandung, mmg Mama harap dpt jumpa lagi kawan Mama tu...Alhamdulillah ditakdirkn terjumpa...syukurrr

Insyallah nanti akan terserempak lg dgn keadaan yg lg gembira dan bersama Adik...Insyaallah dan Aminnnnn



Read more...

Friday, August 19, 2011

Tiada Tajuk...Hanya Coretan

Entry yang tidak bertajuk...sbb Mama tgh blur nk ltk tajuk apa



Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

(Lagu : Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin)

Mama skrg tgh suka layannn lagu ni...besar sguh makna lagu ni...entah kenapa bila tiba bait2 ayat di atas jer...kenangan menatap mata Damia kembali di ruang mata Mama

Orang kata doa seorang ibu dimakbulkan...ibu adalah segala2nya
Mama tak penah lupa doakan anak-anak Mama

Dalam kerinduan kpd Damia...
Dalam penantian utk bertemu Adik....

Sometimes Mama rasa bersalag juga krn Mama bknlah org yg baik...yg sesempurna..Mama takut doa Mama tk dimakbulkan..Insyaallah Mama akan perbaiki segala kekurangan diri

Mama rsa hairan juga sbb Mama hrtu ingat2 lupa mcmana suasan bbrp minit bertemu Damia kali pertama & terakhir, ttp kuasa Yang Maha Esa..Mama dpt ingat skrg dan hrni Mama dpt tahu mata Damia mcm mata Papa...sbbtu Mama rasa dlm hati Mama di sentiasa Mama ingatkan bhw Mama taknak tgk lg redupan mata kesedihan drpd mata Papa

Mama doa sgt2 agar nanti mata Papa akan kembali bersinar ceria...org kata yg selalu sedih adalah si ibu ttp bg Mama,semua sama2 sedih..cuma cara meluahkan or menyatakan kesedihan itu berbeza

Tujuan entry ini Mama coretkan sbb Mama merindui Damia...Mama rasa sgt2 rinduuu sampai Mama rasa tak tertahan, nk tgk jer gambar2 Damia..tp takblh pulak selalu sbb nanti menganggu kekuatan diri Mama...Mama akan jd lemah nanti...huhuhu..

Dalam pd kerinduan itu...Mama juga tk sabar nk jumpa Adik...bkn krn Mama nk Adik cpt2 keluar tp Mama nak melalui semula detik2 keindahan melahirkan...Mama nk merasa pertama kali memangku Anak sendiri..yg dikandung dgn pnh ksh syg

Sekarang stiap masa Mama rsa Adik bergrk...or maybe perasaan Mama jer, sbb terlalu alert sgt, ntah prt Mama bergegar sbb lapar tgh puasa...hehehe

Mama dh ada pengalaman mengandungkan Damia tp kali ni segala2nya lain..tak sama dan Mama pulak jd mcm org tk tahu apa, semua Mama risau dan takut, sampaikan nk minum susu pun Mama tgk segala label...nk mkn semua ubat pun Mama check positif dan negatif effect padahal yg bg ubat tu adalah Doktor Pakar...paranoid agaknya Mama ni..seorg Mama yg suka men'google'..hehe, takpelah utk kebaikan bersama

Damia....Mama ptgni Mama hampir menangis tau sbb kesakitan sgt belakang badan, kaki dan badan2 Mama...bkn mengeluh tp Mama risau mcmanalah Adik

Damia syg...suatu masa nanti bagaimana yer Mama di perhitungan terakhir Mama?
Layak tak Mama nk jumpa Damia lagi?....Mama doa semoga Mama layak...Mama nk berdoa spy jd bidadari syurga mcm Damia...Mama berdoa semoga Mama didik adik2 Damia spy dpt doakan Mama Papa & Damia..spy kita semua menjd bersatu di syurga...Aminnnnn

Utk Damia..anak pertama Mama yg mengajar Mama sejuta kekuatan, kesyukuran dan erti hidup....tenanglah anakanda di sana, perjuangan Mama masih blm berakhir dan Insyaallah suatu masa nanti kita akan bertemu...doakan Mama dr sana yer...

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati



Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Trimester Ketiga..Sebuah Coretan

Catatan Mama pada 17 Ramadhan 1432H yang mulia dan berkat ini



Hari ini cuti umum sempena Nuzul Quran...mmg Mama dan Papa dh plan nk shoping moping..sgt2 excited sbb Papa dpt bonus..Alhamdulillah, Mama tumpang dua kaki..hehe

Tp bila dh sampai bandar, jalan punyalah sesak..jammed teruk, mcm semut keta bergrk
Mama trs tk jd nk shoping, Papa pun sbb nk parking ssh dan jauh..mana larat Mama nk jalan...semput nanti
So kesudahannya kami plan nk pegi nextime di waktu malam pula, maybe mlm tk pnt

Mama dh risau dah blm beli apapun lagi ni..barang2 Mama dan Baby..juga barang2 Papa..baju raya Papa...nanti kalo Mama tk ajak pegi, Papa tk bli baju raya pulak kesiann Papa...

Sekarang trimester ketiga mmg Mama rasa cpt penat, semput dan rasa mengah jer
Lg skt bila time skt pinggang,semakin menjd2 pulak sktnya...ngilu2
Thn lps tk mcmni tp thn lps lain..masa tu tenaga byk.,.hehehe
Semlm pil kalsium Mama hbs, lupa nk bli...so mkn 1biji jer..yg last
Terus pg td kaki Mama kejang..aduhhh cpt btul yer kesannaya, tkpe hrni Mama dh beli sekotak pil kalsium...Insyallah ckup utk bekalan Adik dan Mama

Dan utk jga perut Mama pulak spy tk cpt kena diarhea lg, stiap hr Mama minum Yakult sebotol sehari...wpun ssh nk dpt, sbb tk semua kedai or pasaraya ada jual...
Mama lbh suka Yakult sbb ada kalsium jugak dlm tu dan botol dia cml..kecik kiut miut
Dan Mama dah google, mmg byk khasiatnya utk jga kesihatan perut

Lately Mama dh blh tido dgn lena...nyenyak Mama tido...Adik pun diam dan tk tendang2 time Mama tido...Mama dh dpt posisi yg selesa utk tido..mengiring sikit jer ke kiri...bkn sepenuhnya...then sendal blkng badan dgn bantal..so smpai pg tido mcmtu
Tp part nk bgn tu mmg skt..sbb skrg Adik dh pandai mengeras2 kalo Mama bgn tido, tk ckup tido yer sayang....hehe...terpaksa mtk tlg Papa tlg tolakkan blkng badan Mama utk Mama bgn...sengal2 pgang tu perkara biasa, everymorning Mama alami

Then utk elakkan pg2 rasa nk termuntah sbb tekak loya or rasa nk meludah jer, sblm tido 2 3 jam tu Mama tk minum manis...minum air msak 2 liter, siap sukat lg..hehe
Sbb Mama malas minum air msk..tp paksa diri juga spy esoknya nk posa tekak tk rasa kering..bdn rasa ok dan segar jer

Tghr pulak rasanya mcm timing tepat2 jer, mesti Mama akan terlelap di kerusi dlm 20-30 mnt..then lpstu segar semula..time2 lelap tu mmg Adik tk bergrk, tido sama kot dgn Mama...mmg tkdpt ditahan2...wpun ada sekali bos dtg dpn mata mtk file kerja...hehe..nasib baik bos faham dan sporting...haha..syukurrr

Sekarang ni tujuan Mama mencoret blog ni sbb nkdptkan mood nk pi shoping raya..sbb Mama tk bli apapun lagi...tahun ni tema pakai jubah jer, Mama & Papa...
Dalam keadaan mengantuk...pnt,cpt letih Mama kena gagahkan jugak utk beraya,hehe
Insyaallah...Aminnnnn



Read more...

Rasa Yang Dikongsi Bersama

Tentang sharing is caring...perasaan yg dikongsi bersama



Minggu ini or sebetulnya Ramadhan yg berkat dan mulia ini sememangnya penuh dgn rahmat dan kasih syg ILAHI utk hamba2NYA

Ada beberapa benda dan perkara berlaku yg buatkan Mama sgt2 bersyukur dan terharu
PErtama ttg kejayaan syarikat Mama kerja dpt peluang utk menjayakan projek besar dan pertama kalinya buat kami

Rasa gembira, teruja ,terharu dan kagum
Insyaallah dgn kepakaran semua yg ada, usaha dan ketekunan ..projek ini akan berjaya
Kadangkala org kata gembira bila dpt projek besar krn income besar
Namun Mama gembira bkn krn memikirkan amaun or jumlah besar itu
Sebab bg Mama setiap rezeki itu adlah penting dan penanda aras bahawa orang mempercayai usaha kita dan percaya dgn kemampuan kita
Big Power comes with big responsibility
Lgpun hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah..sharing is caring,usahasama

Gembira krn utk yg bekerja di bidang swasta..setiap projek itulah adalah umpama satu survival..satu perjalanan yg manisnya nanti adalah bila dpt siapkan dan deliver kpd customer..itu kepuasannya

Ohh yaa, Mama turut gumbira dan senyummm sampai telinga bila dpr hadiah besday
Kakak ksygn Mama bg..satu2 Kakak Mama didunia ini...Mak Long Damia & Adik
Sukanya hati Mama..dpt handbrake baru.,.ehh silap :-- handbag baru
Yeahhh...suka bkn krn dpt material tp suka krn Mak Long msh ingat nk bg hadiah utk Mama..dlu mmg selalu dpt hadiah sbb Mama juga satu2nya Adik perempuan Mak Long
Dah besar pun rasa nk tido bwh ketiak Kakak..rasa ada apa2 jer nk mengadu dgn Kakak....hehehe....I Lovee you soooooooo much Akak


Kemudian Mama turut gembira bila dpt berita terima payment drpd job yg dh berbulan2 tunggu....wpun takde kaitan dgn akaun Mama tp ini adalah hasil usaha kerja...setiap sen itu amat berharga
Mama rasa company multinasional pun kalo dh siapkan keje mereka akan nantikan paymnet..penting semua ini...so apabila dh dpt payment tu setelah push sana sini, followup sinun sana...Alhamdulillah berjaya...dan Mama sgt2 gembira

Then Mama dpt tahu sahabat alam maya Mama juga tlh diberi rezeki utk turut sama merasai kemanisan dan keindahan menjd seorang ibu..setelah dia berusaha bertahun2
Terharu Mama baca blog dia ttg ini...smpai Mama rasa nk nangis sbb seolah2 mcm Mama plak berada ditpt dia...hehe
Kami maybe tdk pernah bersua muka...waima maybe tdk berkesempatan bertemu krn jarak dan waktu, ttp kami saling mendoakan dan menguatkan satu sama lain....ada perkataan yg kami kongsi bersama, ada matlamat yg kami tujui bersama ....iaitu ..ANAK

Utk sahabat Mama itu..LadyMira, Mama doakan yg terbaik utk dia, suami & bakal anak serta bakal anak2 kelak....aminnnnnnnnnnn

Ini ayat2 Mama tls di status FB Mama utk nyatakan betapa Mama bersyukur dan sgt2 menghargai setiap anugerah ILAHI :--

Alhamdulillah & Subhanallah diatas keberkatan bulan mulia ini..mendengar berita menggembirakan, mendapat berita gembira ataupun sekadar melihat kegembiraan diwajah2 sahabat sudah cukup menerbitkan sejuta kesyukuran...Alhamdulillah




Read more...

Tuesday, August 16, 2011

Menempuh Hari...Meniti Waktu

Catatan tentang sebuah perjalanan dan perjuangan



Hari ini 16 Ogos 2011...tarikh yg membuatkan Mama teringatkan sesuatu
Dalam masa 2 bulan akan dtg, pd tarikh inilah dijangka Mama akan menjalani pembedahan utk melahirkan Adik Damia
Dua kali tukar tarikh sbb Mama nk Doktor yg selalu checkup Mama yg lakukan prosedur tersebut dan Alhamdulillah , Doktor berjaya arrange..terima kasih Doc

Mama harap segala2nya berjalan sptmana yg direncanakan
Insyaallah jika tiada aral melintang..dipanjangkan umur dan kesihatan
Segala penantian akan berakhir..segala debaran juga akan hilang

Mama kena persiapkan diri...mental dan fizikal
Supaya nanti keadaan kesihatan Mama adalah yg terbaik

Namun dalam pada menghitung waktu dan menempuhi hari-hari ini
Mama terasa juga kesempitan memenuhi ruang dada, ruang nafas dan fikiran Mama

Siapakah kita yg kerdil dpt meramalkan apa yg bakal terjadi?
Bahkan utk hari esok waima sesaat selepas ini pun kita tdk tahu

Namun itulah kekuasaan YANG MAHA KUASA..Hanya KepadaNYA Mama panjatkan segala doa
Mama titipkan segala harapan dan keluh kesah

Mama pernah alami suatu ketika sgt2 gembira namun tibanya hr esok..HIBA yg sgt pedih sehingga tdk mampu digambarkan dgn airmata ....itulah saat ketika melahirkan dan menerima kehilangan Damia...Subhanallah
Sememangnya ini adalah ujian buat Mama..ujian buat Papa

Insyaallah dgn keyakinan dan berbaik sangka serta percaya kpd takdirNYA
Maka diberi kesempatan utk mengharungi 2 bulan terakhir ini dgn jayanya

Mama pun dh semakin kerap bercakap2 dgn Adik..mmg sentiasa bercakap
Mama hrp Adik dengar betapa tingginya harapan Mama dan Papa
Mama hrp segala doa Mama dan Papa dimakbulkan.....Aminnnnnn

Pernahkah ketika kita sedang tidur, kita terjaga dan terpandang wajah insan yg kita sayangi...dan kita terfikir:--

Apa yg kita telah berikan utk kegembiraan dia?
Apakah yg kita lakukan telah membuat dia sedih?
Apa lg yg blh kita lakukakan spy setiap saat setiap masa kita akan menggembirakan hatinya....apa sumbangan, pengorbanan kita kpdnya? disebalik segala yg terbaik yg telah diberi kpd kita....

Itulah yg Mama rasa skrg stiap kali memandang wajah Papa sedang lena
Mama harap nanti sptmana selalu Papa ucap...Adik akan bersama2 tido di sebelah Papa
Adik akan sama2 nanti senyum dgn Papa
Adik akan turut sama2 nanti aminkan doa usai stiap solat Papa dan Mama
Adik akan nanti menyambut Papa pulang dr kerja
Adik yg nanti akan ketawa dgn kelucuan yg Papa ucapkan
Adik yg nanti akan mengangguk2 faham apabila Papa ajarkan sesuatu
Adik yg nanti mewarisi kepandaian Papa melukis dan berbakat seni
Adik yg nanti menjadi seorg penyabar seperti Papa
Adik yg nanti dpt temankan Papa menziarahi rumah kecil Kakak

Insyaallah semoga semua ini terlaksana
Mama berdoa semoga Mama dpt berjuang dgn kuat dan tabah utk melahirkan Adik ke dunia ini...Mama berdoa segala2nya dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH SWT

Semoga hari2 yg akan dtg ditempuhi dgn sabar dan tenang
Semoga waktu-waktu yang meniti setiap hari bisa menguatkan semangat dan hati kita
Semoga segalanya akan berjaya dunia & akhirat

Aminnnnnnn


Read more...

Sunday, August 14, 2011

Bermacam-macam Rasa

Tentang perasaan yang bercampur2 dan bermacam2...semua ada



Mama nk coretkan ttg beberapa rasa yg Mama rasa dlm ht Mama :)

1) Rasa masa semakin suntuk

- Sekarang dh masuk ke 7 bulan, selalunya org dh membeli byk brg utk persiapan menyambut kelahiran orang baru. Tp Mama tk beli apapun lagi, bkn Mama tknk beli...tp Mama jd blurrr, Mama rasa tkder feel lg nk msuk kedai brgn baby..huhu, Sorry yer Adik...Mama pun rasa bersalah

2) Rasa nak makan/minum sesuatu tp takdpt2

- Ehh tetiba masuk part makanan plak..hehe.Biasalah selalunya ada benda kita rasa nk makan..bkn nk mkn setong or berguni2..just rasa nak mkn. Setakat ni Mama nk mkn murtabak..tkdelah ssh sgt benda ni nk cari esp. skrg mana2 Bazar Ramadhan berlambak2 jual murtabak..tp dh byk kali beli,semua tak berkenan di tekak Mama, semua tk sdp :(

Rasa nk mkn Roti John yg sedap, pun tkde yg btul2 kaw2 yg kena di jiwa

Rasa nk minum air tebu...huhu, tk blh minum.Never, sbb org kata bisa bg org tgh pregnant..meleleh air liur tgk org jual air tebu kiri kanan jalan ---tersentuh hati. Blh msuk tajuk muka dpn PAPER --- MENANGIS MELIHAT ORG MENJUAL AIR TEBU...hahaha

Rasa nk minum air katira ---- Papa kata Mama terpengaruh tgk berita ttg air ni kat TV..huhu....rasa mcm sedappp jer ejaan air ni....sedappppnyer kalo dpt rasa

3) Rasa nak berjalan2 tp tak larat

- ni mmg rasa yg sgt dilema, nk ke sana sini..bli itu ini utk persiapan raya & Adik tp bila jalan jer rasa tk larat, sakit...cpt pnt dan tak selesa...rasa nk kosongkan semua tpt biar Mama dan Papa jer jalan2..haha, mcm anak raja lah pulak

4) Rasa mengantuk yg teramat

- Dah kalo mengantuk pergilah tidur..masalahnya, Mama tkblh tidur.Mengiring kanan sakit, mengiring kiri tk selesa..Adik akan bergerak2 jer,tanpa henti. Menelentang pun skt, sbb sesak nafas...stiap kali nk tidur mesti rasa sedih, rasa sgt2 sedih sbb tkdpt nk tidur..nikmatnya mereka yg dpt tidur nyenyak


5) Rasa nk bekerja 24 jam

- Sekarang Mama rasa nk pegi keje hari2...wpun hari cuti sbb Mama rasa byknyer benda tk siap nk kemaskan nk tgalkan keje utk orglain takeover kejap bila Mama cuti bersalin...nk wat itu ini, nk makesure itu ini...perghhh kalo bos tahu, agaknyer kagum kot...hahahaha....

Mama takut tk sempat nk kemas2kan semua kerja Mama, nk watkan duplicate drpd otak Mama ke bentuk orglain blh tlg siapkan or sambung sementara Mama cuti nanti...nk pastikan semua siap ikut timeline...projection project, income outcome..semua benda Mama risau....Semoga semua ini dipermudahkan...(padahal Mama pantang nant kat rmh yg 10 mnt jer dr opis, blh hello2 jer..haha)...tetapi ttp nk risau gak


6) Rasa rindu dan takut

- Mama sgt2 rindu kpd Damia...skrg stiap hari Mama terbyg saat2 Mama cium Damia kali terakhir, saat2 Mama tgk gmbr Damia bertarung...Mama terbyg rambut Damia yg lebat, pipi Damia, hidung Damia...dan plg membuatkan Mama rasa takut sbb Mama tk tahu dr mana dtg ayat2 ni terngiang2 didlm telinga Mama...maybe dlm mimpi kot ..ayat :

"Biarlah Damia, Mama yg jaga, dan nanti Adik pula Papa yg jaga...Mama tkdpt jga Adik"....

Huhuhuhu, sgt2 menakutkan ayat2 ini..bkn takut krn Mama tkterima takdir tp tkt krn fikir mcm2 kebarangkalian...Subhanallah, jgnlah diduga dgn khayalan2 yg bukan2...

Ya ALLAH, panjangkan umurku & anakku dgn kesihatan tbh badan yg baik...Kuatkanlah ImanKU, jgnlah didetikkan hatiku perkara2 yg diluar kemampuan batas manusia utk memikirkannya...jika diambil nyawaku ambillah dlm keadaan aku beriman kpdMU dan dgn Ketaatan dan Redha SUAMIKU...aminnnnnn



Read more...

Friday, August 12, 2011

Suatu Rasa Sejuta Makna

Tentang catatan perjalanan Mama pada hari ke -11 Ramadhan 1432H



Semalam Mama ada monthly checkup dgn O&G Pakar...awal Mama pergi, nasib baik Cik Apis temankan so takdelah Mama boring dan tensen sgt

As usual checkup spt biasa, check prt...nadi tekanan drh dll
ALhamdulillah semua ok, smua lancar

Tp Doc ada bgtahu ttg plan nk wat satu ujian utk ambil sampel drpd rahim Mama
Utk check samada ada kuman or tidak..kalo ada nk kena ambil antibiotik
Sbb nant masa nk push takut kuman menjangkiti baby...ini prediction Doc shj kata DOc
Mama diam sekejap...sbb setahu Mama test tu tak perlu sbb Mama dh diplan utk caesar

So Mama tanya Doc...kenapa perlu wat test tu?
Bukan nk lawan Doc tp hak sbg patient, Mama perlu tahu rasional ujian tu, risikonya..prosedurnya dll

Doc pun jwb..btul jugak ckp Mama why perlu wat test sdgkan mmh dh plan caesar...so Doc kata tkperlu
Legaaaa Mama dgr sbb Mama kalo blh seblh mungkin nk elak sbrang ujian2 yg akan sbbkan risiko infection or ujian yg tk penting...yg ptg plan yg terbaik, setakat ini semua Doc kata the best choice is caesar...Insyallah semoga ini yg terbaik & dipermudahkan....aminnnn

Tp Mama rasa lucu jugak semlm masa checkup tu, sbb sblm tu Adik bkn main aktif grk2 tendang2 prt Mama..setiap 15 mnt bergerak..smpai Mama konpius nk kira mcmana
Tp bila turn Doc nk check, diam jer...smpai lbh 5mnt Doc tekan2 prt Mama nk tahu katmana posisi Adik...smpai senak prt Mama....then nurse plak check..tp tk sure katmana...sbb Adik diam jer...hehehe, agaknya Adik tksuka org tekan2 prt Mama sbb Mama dh ckp tk skt...lg ditekan2 then tnya sakit tak sakit tk? dkt parut lps skt tk?
No...smua tk skt, syukurrr

Tengahari bru selesai checkup...dan Mama gembira seharian tu Mama segar jer,takde rasa haus...tkde rasa tk lrt mahupun perut msuk angin..wpun Mama still kena mkn ubat gastik mlm tu...legaa, Adik pun ok jer..tkde mengeras2

Ptg tu Papa tnya nk ke mana, bazar Ramadhan mana..Mama rasa nk mkn apa2 tak
Mama tk tahu kenapa jwpn Mama mcmni :--
Tak tahulah sbb skrg tk rsa nk apa2,cuma rasa excited nk tgu Baby keluar...

Papa senyummm jer dgr jwpn Mama yg sgt jujur itu....hahaha

Itulah yg Mama rsa seharian, gembira dan senyum jer
Hilang segala skt2 Mama...segala sengal2 bdn...segala risau

Adik, Mama semakin hari semakin rasa sgt2 indah saat bersama Adik
WPun semakin hari semakin brt bdn Mama bertambah
Wpun semakin hari semakin Mama jalan terkedek2
Wpun semakin hari badan Mama membulat
Wpun semakin hari pinggang Mama sakit
Wpun semakin hari Mama takdpt tidur

Namun SEMUA PERASAAN INI INDAH...SEINDAH SETIAP SAAT MENGANDUNGKAN ADIK
PERASAAN KEIBUPAAN DAN KASIH SYG INI SEMAKIN MENEBAL
YG MEMUNGKINKAN SETIAP SSH PYH DAN SKT ITU DIJWB DGN SENYUMAN PNH GEMBIRA

INILAH PERASAAAN SEORG IBU..UTK ANAK YG TERCINTA...SEHINGGA DIBERI KESEMPATAN KITA MENATAP MATA SATU SAMA LAIN,SEHINGGA KE AKHIR HAYAT DAN SEHINGGA KE SYURGA KASIH SYG INI....AMINNNNNNNN

P/S ; Terima kasih utk Papa yg semakin byk tgs utk jaga Mama skrg..nk bgn pun Mama perlu bantuan utk bg daya tujahan...nak baring pun mcmtu...semoga Adik menghargai juga pengorbanan dan kshsyg Papa..sptmana setiap saat Adik bergrk bila dipgil oleh Papa...membesar dgn kuat dan sht yer...sptmana hrpn Mama & Papa spy Mama dan Papa blh tersenyum lagi....mengharungi hidup ini dgn pnh rasa tabah dan syukur....spy nant dpt Mama dan Papa ajarkan membaca AL-Fatihah utk Kakak...mendoakan Kakak dan Mama Papa bila kami tiada, menjd penyambung ksh syg kami...menjd bekalan akhirat kami....Insyaallah & ALhamdulillah


Read more...