Tahun ni merupakan tahun pertama bagi papa dan mama menyambut hari raya sebagai ibubapa. Syukur kepada Allah kerana dengan kebesaran-Nya, kami dapat menyambut hari raya dengan status sebagai ibubapa. Alhamdulillah.
Petang tadiiaitu petang sebelum hari raya, papa dan mama telah menziarahi kubur Damia.Terharu papa rasa sebab dah hampir setahun kami telah kehilangan Damia. Papa bersyukur mungkin apa yang telah terjadi ada hikmah dan tujuan agar papa dan mama menginsafi dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.
Papa dan mama bersyukur kerana dapat menumpang kegembiraan sepupu Damia menyambut hari raya. Adik Damia dalam kandungan pun bergerak-gerak aktif. Mungkin tumpang seronok sekali tengok sepupu dia bermain.
Papa tak nak tulis catatan yang sedih-sedih sebab papa tahu Damia tak nak papa dan mama sedih. Papa dan mama sekarang sedang menanti adik Damia dalam kandungan. Cuma tinggal 6 minggu saja lagi mama akan melahirkan Adik Damia. Papa berharap mama dan adik Damia selamat dan sihat sepanjang proses ini.
Buat Damia yang amat dirindui, kami doakan Al-Fatihah dan semoga roh Damia berada antara orang yang beriman. Selamat Hari Raya buat anakku. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment