Catatan terakhir Mama sebelum masuk ward ptgni
Sekarang tibalah harinya...Mama akan kena admit ward hrni utk persediaan pembedahan pd 16 hb , Ahad ni
Jika tiada aral,Insyaallah pkul 7.30pg turn Mama
Mama tiada apa nk dicoretkan selain drpd titipan kata2 utk sesiapa jua yg membaca blog dan entry ini
Mama mohon dikirimkan doa utk kesejahteraan Mama & Adik Damia, agar selamat semuanya
Mama mohon agar didoakan spy segala harapan, impian dan cita2 Mama Papa utk melihat Adik membesar dgn sht, sempurna dan mendidik Adik akan tercapai
Mama mohon ampun maaf jika ada silap salah Mama dlm mencoret di blog selama ini
Itu sahaja harapan dan permintaan Mama
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kekuatan dan kegembiraan utk seterusnya Mama mencoret lagi dan berkongsi kegembiraan..Insyaallah, aminnnnnn
(Saya sangat2 memerlukan dan menghargai segala doa drpd rakan2 semua, aminnnnn)
4 comments:
maz,semoga ko dan baby selamat
Ya Allah kau permudahkanlah urusan hambaMU ini.Moga mama dan baby selamat.Amin..
Ya Allah, Kau lindungilah sahabatku ini...Walau aku tak pernah mengenalinya secara nyata, namun aku mohon dengan sifatMu yang Maha Mengasihani, kasihanilah sahabatku ini..Rahmatilah dia & bayi nya, permudahkan lah segala urusan mereka...Semoga kedua2nya selamat dalam peliharaanMu Ya Rahman Ya Rahim..Aamiinn...
Amin Ya Rabal Alamin
Post a Comment