Pages

Tuesday, June 28, 2011

Tiba-tiba Entah Kenapa

Catatan hari ini...catatan seorang Mama



Tiba-tiba Entah Kenapa....
Mama rindukan Damia
Pagi2 dah Mama teringatkan Damia

Bukan bermaksud Mama nk lawan takdir
Tp bila rasa itu datang, rindu itu betul2 merentap jiwa

Anak Mama bagaimana yer di sana
Dalam kesibukan duniawi...kadang2 Mama lupa menghadiahkan Damia doa2 & ayat2 suci untuk menemani Damia di sana...maafkan Mama

Semakin cepat masa berlalu
Semakin hampir dgn tarikh due
Semakin perut Mama membesar...
Semakin dalam rindu Mama pada Damia...

Anak Mama yg sebijik muka tembam Mama
Anak Mama yg hidung mcm Mama
Anak Mama yg rambut lebat sgt
Anak Mama yg mata tajam melihat Mama...

Semua itu Mama rindu
Berjuta-juta kali entry pun diulang takkan sama dgn rindu ini
Semoga Adik Damia nanti sihat dan membesar dgn sejahtera,dpt temani Mama pergi melawat rumah kecil Damia...aminnnn

Owhh baru Mama terpk kenapa Mama teringatkan Damia sgt2
Esok adalah 29hb...genap 9 bulan pemergian anakanda Mama tercinta
Esok juga Mama ada detailed scan utk lihat Adik Damia...esok juga Mama berdebar2 menanti...esok adalah 29hb, setiap 29hb setiap bulan merentap jantung hati Mama

Setiap 29hb kaki Mama sayu melangkah
TUbuh Mama berat berjalan....namun ttp Mama senyum jua utk kuatkan hati


* Damia, Mama sunyi.....Mama sunyi dan sunyi



Read more...

Saturday, June 25, 2011

Mereka Yg Mengagumkan

Suatu perkara yg kecil ttp Mama rasa kagum & bersyukur



Semalam petang ada kawan baik Mak Tuk dtg ke rumah, Mama pun kenal dan rapat jugak
Sahabat semasa Mak Tuk bersekolah muda2 dahulu
Auntie ni baru pencen dan setiap ptg dia selalu berjoging dgn anaknya
Anak Auntie ni ada 2 orang sahaja..semua lelaki
Yg Abg sdh bekerja..adiknya masih sekolah.Jarak usia mereka jauh..belas2 tahun
Auntie ini cerita anak bongsu dia ni istimewa krn ada autisme

Tetapi berkat jagaan elok ibu bapa dan keluarganya
Anak Auntie ni Mama rasa cerdik dan tdk nampak kekurangan pun kecuali 1 2 perkara
Selalu dia dtg rmh, nak balik pakai selipar terbalik
Selalu dia cakap direct jer..org kata cakap lepas sbb kanak2 spt ni jujur

Ok lah, petang semalam Mama kagum dgn anak Auntie ni..Abang ni
Kami tgh berborak2...Mak TUk dan Auntie serta Mama
Auntie nasihatkan Mama sabar, jgn lupa jumpa Doctor selalu
Biar mcmanapun cara melahirkan Adik Damia nanti, Mama sabar dan yg ptg biarlah semua selamat dan Adik sihat2, sejahtera semua

Dengan tidak semena2...Abang pun mencelah :-
" Biar elok semua dan tidak mati lagi".

Semua terdiam. Mama senyum sahaja
Auntie tu tegur anak dia sbb laser sgt...hehehe
Mama tak terasa sbb dia kanak2 dan ucapan itu jujur dan adalah DOA utk Adik Damia

Sebelum balik setelah salam2...
Abang tu bercakap lagi :-

"Yang sebelum ni baby perempuan. Kali ni baby apa yer?".

Mak dia pun saja test Abang :- "Baby siapa yg Abg ckpkan?'

Dia pun jawab :- " Ala Mak, baby kakak ni lah (sambil senyum & tjuk prt Mama)"

Semua orang ketawa. Mama pun terkejut, tak sangka dia masih ingat ttg Damia. Dan tk sngka dia excited dan perasan dgn prt Mama ni...hehehe

Kami tanya dia apa yg dia expect dan dia jawab nak BOY...hehehe

Insyaallah dgn doa tulus Abang..seorang kanak2 yg kita tak jangka kebolehan dia mampu ingat dan bg SETULUS DOA DLM UCAPAN kata2 dia. Sedangkan utk mengira dan mengenal huruf pun dia masih blm mahir wpun sdh usia 11 thn..siapa sangka? Kuasa ILAHI

Dan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Kanak-kanak istimewa yang kita tak tahu apa di minda mereka, yg sering tidak dpt fokus apa kita ajar sbb mereka cpt bosan..ttp dlm hati mereka, sgt suci dan jujur.

Terima kasih ABang kerana masih ingat ttg Damia dan tlg doakan Adik Damia. Semoga Abang rajin2 belajar dan mengira sptmana ptgsemalam Abang minta plastik dgn Mama utk kutip batu buat latihan mengira Abang..teruskan usaha menjadi yg terbaik & buktikan kejayaan Abang...Aminnnnnn



Read more...

Menghadapi Dunia Baru 2

Sambungan catatan Mama drpd yg sebelum ini



Sekarang Mama nk catat ttg hari-hari Mama berpantang pula
Maybe ada yg dah Mama catat dlm entry2 sebelum ini tp takpe nk repeat jugak sbb tak salah mengingati saat kita lemah jika skrg kita blm ckup kuat nk hadapi segalanya
Maybe kita akan dpt sedikit kekuatan bekalan menghadapi dunia akan dtg

1) Makan or minum semua kena catat dan alert...biarlah apa yg ditelan dan diminum itu 'tawar' krn kita keseorangan tanpa permata hati.Penting utk kita dpt tenaga utk berfikir dgn tenang

2) Jangan fikir JIKA...JIKA dan JIKA...jika si dia masih ada...jika dpt undur masa seminggu sebelum kehilangan. Segalanya realiti,lihatlah sebelah anda..katil yg kosong tanpa anak yg dikandung 9 bulan. Lihat dan lihat serta terima realiti ini

3) Bagi Mama, Mama tdk suka mendengar kata simpati..cukuplah cerita duka jgn di ajak Mama berbual ttg kehilangan itu. So elakkanlah drpd bertanya kpd mereka terdekat or ahli keluarga :- Baby sy comel ker? Muka mcm siapa?...KEnanglah DIA dlm hati kita,dkt dgn jiwa kita, bersama DOA kita sbg seorg IBU

4) Selalunya kehilangan ini adalah diatas anugerah PERTAMA kita, pahitnya ttp dikenang selamanya. Maybe kita kurang alert kurang pengalaman, so cubalah berusaha utk lengkapkan diri secukupnya spy KEHILANGAN ini tidak berulang

Mama hari2 google, Mama cari info..berapa persen kes spt ini terjadi dan kenapa baby lemas? Apa peranan IBU? Apa chances bersalin normal slps caesar?

5) Berhentilah menyalahkan sesiapa...maybe kita rasa hospital tak memberi terbaik, doktor tak berusaha selamatkan sehabis daya anak kita..nurse tak simpati dgn keperitan kita. Tetapi jika benar mereka cuai or silap...fikirkan kenapa? Ini takdirnya.Pahit mcmanapun, geram or marah pun, KITA YG TELAN PAHIT KEHILANGAN itu. Sekurang2nya kita berterima kasih & bersyukur nyawa kita masih panjang utk kita baiki & siapkan diri menemani anak kita di SYURGA kelak. Insyaallah

6) Samada bersalin normal or pembedahan, kena jaga betul2.Jgn main hentam sahaja guna sebarangan ubat esp ubat sapu..jika luka pembedahan bernanah or terbuka...itu lg memeritkan penderitaan kita.Tumpukan kpd kuatkan JIWA kita bkn hbskan masa utk berulang2 ke klinik or hospital lagi, tempat yg akan MEMBUAT LUKA HATI kita berdarah kembali

Mama rasa kali ini shj apa yg Mama terfikir utk coretkan di sini. Semoga Mama ttp kuat dan kuat utk hadapi hari2 mendatang. SIapa yg kita harapkan utk memberi kekuatan kpd kita melainkan diri kita sendiri...kita yg blh rawat dan bangkit kembali...bkn beerti kita melupakan hari2 lalu ttp kita kuat utk memandang ke hadapan dimana CAHAYANYA pasti bersinar kembali.



Read more...

Thursday, June 23, 2011

Sebuah Kisah , Realiti Hidup

Sebuah kisah yang Mama tahu terjadi minggu lepas...yg menginsafkan



Ceritanya bermula ttg kisah kpd seorang rakan Mama
Dia menceritakan sejak dahulu lagi seronoknya dia dpt sepupu kahwin org seberang..oversea
Mama seronok mendengarnya..budaya berbeza, meriahnya ttp sama bila dua hati bersatu
Sang isteri org luar, suami org Malaysia
Pekerjaan mereka pun org yg hbt2...gembira Mama dengar

Tp kini kisah itu sudah berlainan sekali
Isteri kpd sepupu kawan Mama itu dikhabarkan telah meninggal dunia
Innalillahiwainnailaihirajiunnn
Sebak mendengarnya apabila Si Ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak kedua

Ditakdirkan Si Ibu teringin sgt pulang ke kampung halaman
Dia merasakan bahawa tarikh due bersalin lambat lagi sbb masih 7 bulan kandungan
Namun takdir mengatasi segalanya..ditakdirkan sdh tiba masa dia bersalin
Maka lahirlah anak kecil itu...ayah tiada disisi kerana tidak ikut sama pulang ke sana...
Kasihan mendengarkan kisah itu, melahirkan anak tanpa suami di sisi sudah ckp mencabar dan mendebarkan...perlukan segunung kekuatan
Kemudian ibu tewas jua kpd Panggilan Ilahi
Anak kecil itu...setelah beberapa jam berjuang turut sama mengikut jejak Si Ibu
Ayahnya sempat bergegas naik flight dan tgk buat kali terakhir SI Isteri & anaknya
Redha sahaja yg mampu Si Ayah gambarkan...dengan tenang meneruskan hidup bersama anak sulung yang masih belum mengerti kehilangan dan erti kekosongan...

Mama rasa sedih dgr cerita ini...maybe pada sesetgh orang ini adalah REALITI HIDUP
Tp sedarkan kita maut itu amat hampir?
Tegakah kita dan tergamakkah kita menyatakan bahawa kalo nak mati tu mati juga..tak kira bagaimana dan di mana?...Subhanallah
Septtnya kita sentiasa beringat...jgnlah kita menyakiti sesama kita
Jika tidak diampunkan or dimaafkan...bagaimana perhitungan kita nanti?

Kita juga kadang2 hairan kenapa kita dibenci?
Kenapa kita dibohongi dan dikelilingi mereka yg berpura2?
Sebab kita suka BUAT sesuatu yg org benci kpd kita ker...
Sebab kita GAGAL melayan manusia spt manusia ker
Sebab hati kita KERAS spt batu...penuh dgn BONGKAK dan RIAK ker
Sebab kita suka mendengar PEMBOHONGAN drpd kenyataan benar yg memahitkan ker

ATAU memamg kita ni dilahirkan BERHATI BATU???

Belajarlah menghormati untuk kita di HORMATI
Belajarlah memahami untuk kita di FAHAMI
Belajarlah mendengar dr hati untuk kita lebih MENGERTI
Belajarlah menjadi MANUSIA



Read more...

Wednesday, June 22, 2011

Menghadapi Dunia Baru 1

Catatan ttg beberapa siri cara Mama menghadapi dunia baru setelah 'kehilangan'



Mama nak mencoret ttg apa Mama rasa ketika mula2 kehilangan Damia sehingga kini ttg cara menghadapi dan mengharunginya ...maybe boleh dijadikan sedikit ruang utk Mama kembali tenang & jumpa 'semangat' Mama kembali

Sebaik sahaja disahkan akan keluar hospital & saat2 nak discharge :-

1) Mama elakkan diri drpd melihat/berbicara dgn ibu2 lain , bkn sbb sombong ttp kita perlu masa utk bertenang. Jangan bersembang jika hati tgh rapuh & celaru

2) Saat diperiksa kali terakhir dgn Doktor or Nurse...apabila sesuatu menimpa lumrah kita akan terfikir siapa silap? Siapa salah? Kenapa DOc tak selamatkan anak saya?...So jgn terus provok or tanya soalan2 nonsense yg tdk mungkin seorang manusia dpt jawab..nanti kita akan hlg sabar/mengamuk

3) Ketika berjalan / keluar wad utk ke kereta, elakkan drpd sebarang eye contact sbb kita akan rasa orang akan memandang kpd kita & tahu bahawa :--- Ohh Ibu itu kehilangan anaknya. Dia balik ke rumah seorang diri. Fokus kpd diri kita sahaja,sbb kita pandang 'masa depan' bukan pandang mata / mulut orang

4) Sebelum balik, pesan kpd ahli2 family simpankan elok2 or sorok semua barang berkaitan baby..yg tgal barang penjagaan diri kita sahaja

5) Bermula hari2 perit berpantang tanpa baby..suatu yg amat perit.Lagi perit drpd sakit bersalin / caesar...tp yg Mama sematkan dlm hati --- AKu nak cepat sembuh, aku nak kembali bersedia utk berjuang lagi. Walau mcmanapun aku mesti sembuh dgn sebetul2nya dan apa shj ubat/petua atau apa shj akan di telan, mesti SEMBUH

Sesekali mmg akan ada juga saat tertewas bilamana airmata mengalir laju menderu2...namun kalo selalu dicoretkan ttg sedih shj, Mama akan selalu sedih. Coretan ini utk Mama rasa bersemangat dan kembali menelusuri time2 waktu dahulu bagaimana Mama bangkit..Insyaallah Mama lebih kuat lagi...

Nanti Mama sambung lagi....To Be Continue



Read more...

Ke Arah Satu Perjalanan

Catatan harian seorang Mama...seorang pekerja



Hari ini sebetulnya skrg dh masuk hr Rabu, 22 Jun 2011...jam dh 12.41 pg
Mama masih blm tidur sbb tk mengantuk lagi...lgpun seharian hari ini perut Mama skt
Perut Mama 'tidak gembira'...huhu, maybe silap makan

Sebagai seorg Ibu...wlaupun masih byk kekurangan & tdk sesempurna mana krn Ibu yg kehilangan...namun Mama tetap berusaha memberi yg terbaik
Mama akan protect Adik sehabis daya Mama...malah lebih dr itu
Mama lebih alert..even kpd sesiapa shj Mama akan cerita sbb Mama taknk berhadapan dgn apa2 situasi yg membahayakan Mama & kandungan
Biarlah orang kata 'manja' ker apa ker..sbb perjuangan Mam tidak sama dgn mereka
Hanya yg kehilangan akan memahami

Namun Mama juga rasa tersimpang siur, terkilan juga sesekali sbb maybe akan ada bbrp tuntutan kerja/tugas yg perlu dibatasi bermula skrg krn keadaan Mama yg mula2 dh menampakkan tanda2 sarat...
Mama sgt risau dan takut jika disalah erti Mama lemah, tk produktif skrg
Tp at the same time...Mama risaukan kandungan Mama

Rasanya mana2 Ibu or Mama bekerjaya menghadapi dilema spt ini juga
Sekarang rasanya tiada konflik sgt, keadaan di ofis dan kerja2 skrg tdk memaksa Mama bergerak byk sgt ...semua memahami cuma maybe perasaan Mama shj yg risau

Kadangkala kita mencuba memberi yg terrbaik dgn sepenuh daya usaha
Namun keadaan agak mencemaskan, merisaukan dan menjadikan kita terfikir2 apabila ada sedikit kekurangan bila menjalani pemeriksaan antenatal
Lumrah maybe ada ketika tekanan darah turun sedikit, ada ketika HB darah rendah
Kebarangkalian itu ttp ada, normal...ttp benda2 spt itu menghantui & merisaukan Mama

Cuma tak terluahkan dgn kata2...tk dpt dikongsi dgn sesiapa
Mama hanya dpt gambarkan dan coretkan di blog ini shj
DOnt know why but I can't stop myself being worried

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

* Petikan Lagu HAMBA MU - Lagu tema Imam Muda Musim Ke-2



Read more...

Monday, June 20, 2011

Degupan Jantung

Catatan harian pada hari ini 20 Jun 2011, Isnin



Hari ini spt Mama cerita seblm ini yg Mama ada appointment pakar O & G (sakit puan)
Mama assume hari ini terus wat detail scan yg 4D tu..nampak semua
Tp silap, rupanya baru plan to arrange date..today checkup biasa shj
Takpe lah,Mama suka jumpa Doktor kerap2 ni..hobi Mama...haha...spy tk stress

Kemudian sampai lah turn Mama
Doktor tu Mama kenal, sbb Doktor yg sama uruskan Mama sepjg Mama warded masa time nk lahirkan Damia dulu...so Mama sebut nama Doktor
Terkejut Doktor sbb Mama still ingat,..Mama senyum jer

When something you really2 want ,somthg meaningful to you but you lost it...u will remember everysingle thing related to that although after 30 years...Mama takkan lupa

After discuss2 skit dgn Doc...tanya ttg a few things
Then Doc ask Mama nk deliver normal ke caesar???
Sepertimana Mama dh bincang dgn Doc personal Mama...dah discuss dgn Papa
Dgn keadaan Mama mcm ni..the best option is caesar

So Mama bgtau caesar
Doktor jawab..ok good,kita decide tarikh & book tarikh sekarang yer
(Jantung Mama dh berdegup kencang dh, terasa debarannya wpun Mama tahu baru 21 weeks skrg Adik dlm rahim Mama)

Then sementara tu Doc minta Mama baring,nk check perut...ok semua
Nurse nk check heart beat pula...so Mama stay dlu jap
Lebih 5 minit still tk jumpa lagi bunyi degupan jantung Adik
Mama dah nk pitam sbb Mama fobia dgn bunyi alat2 itu semua..but I manage to make myself stay & strong..utk Adik

Then akhirnya jumpa bnyi degupan jantung Adik....
Bunyi yg pertama kali Mama dgr dr Adik
Dupppp DUpppp DUppppp.....sgt aktif

Subhanallah...tiada apa yg dpt ku gambarkan rasa kagum ini
Alhamdulillah....tiada apa yg dpt ku gambarkan rasa syukur ini
Disaat2 hambaMU tidak terduga akan masih punya ruang mendengar semua ini,kau berikan ku nikmat ini...
Syukur Alhamdulillah

Hanya dgn mendengar degupan itu,Mama gembira Mama tenang...hilang segala ketakutan
Bila Doc inform tarikh caesar adalah time 38 weeks, iaitu pada 18 Oktober 2011
Mama tenang sahaja...Mama yakin Mama kuat...semuanya demi utk mendengar lagi degupan jantung itu didlm dakapan Mama,demi utk melihat si kecil ini bernafas dan menatap matanya wajahnya & membesarkannya..Insyaallah

Utk Anakanda Kedua ku...Semoga ttp kuat dan kuat
Bernafaslah dengan tenang
Berdeguplah dengan sihat
Membesarlah dgn sejahtera...utk Mama & Papa..utk keluarga kita...Aminnnnnn

P/S; Semalam Mama sedih sbb Kaka Ayra yg msh baby berusia 40 hr - masuk ward krn skt, berak berdarah.Kesian dia..Mama harap Kakak Ayra cpt sembuh yer...Aminnnnn



Read more...

Sunday, June 19, 2011

Kisah Sebuah Besen

Tentang kisah sebuah besen...



Petang semalam ujan lebat bersama ribut ..habis semua berterbangan
Mama lihat besen-besen yg Mak Tuk letak utk tadah air utk elak tempias dpn rumah pun hbs terlingkup..dlm besen2 itu ada sebuah besen yg Mama suka tgk & ada kisahnya

Besen itu adalah besen mandi baby...besen utk PokChu yg Mama beli dlu ..dh bertahun2
Mama dari dulu suka tgk besen baby..sbb masa zaman Mama kecik manalah ingat mandi dlm besen ker..jenis apa cap apa kaler apa..bila dh besar bru tahu mcm2 corak
Masa nak beli besen tu dulu,semua kedai Mama pergi redah..padahal besen semua sama
Yg membezakan adalah kaler,corak,hiasan kartun-kartun tu jer
Tp sbb takpenah beli, jd excited sgt
So Mama pilih yg kaler biru..sbb PokChu kan baby boy..again baby boy semua adik2 Mama adalah boy...

Maka bermulalah kisah besen itu..digunakan sehari2 oleh PokChu hatta walaupun badannya sudah membesar dan spt baby tua..ttp dtg angin nk main air,dia duduk gak dlmtu...isy isy tk malu betul...hahaha
Kemudian turut berjasa kpd Kakak Ceceh, digunakan semasa dlm Mak Long pantang
Mak Tuk mandikan Kakak Ceceh dlm besen itu...
Juga berjasa apabila time ujan dan musim2 tengkujuh,ujan lebat sgt..kena tadah air

Kemudian bila time Damia dkt2 dah Mama nak due haritu...
Mama dan Papa decide nak beli besen baru...sbb Mama nak yg baru,selalu mmg ibu yg lbh excited..padahal besen Cap Ah Kiong yg bulat beli di pasar malam pun sama gak
Tp nak jugak beli...maka bermulalah pencarian kami berdua
Part nak cari besen jer dah makan masa berminggu...

Semua Mama rasa tak berkenan
Tgk yg tu mcm besar sgt
Tgk yg ini mcm kaler buruk sgt
Tgk yg sinun perghhhhh saiz org dewasa ni,better beli bath tub
Akhirnya mmg tak beli sampailah Mama admit hospital

Masa di hospital sempat lagi suruh Papa plak survey cari besen mandian tu
Papa pun pergilah cari....semua kedai yg agak2nya ada jual Papa pergi
Tetapi alangkah peliknya besen itu SOLD OUT..perghhh laku gilerrr
Adakah besen2 itu limited stocks or Orang di Daerah KT ni time tgh nk bersalin semua time tu..so semua besen sdh dibeli
Takpe lah nk buat mcmana, terpaksalah Mama dgn rela hati merelakan takde besen tu utk Damia...

Then semalam baru Mama teringat kembali kisah ini
Rupanya mmg ditakdirkan serajin2 manapun Mama survey semua kedai
Sepenat2 manapun Papa g mencari besen...mmg takkan ada besen di dunia ni utk Damia
Sebab pertama kali dan terakhir Damia mandi adalah di ribaan Papa
Begitulah takdirnya..kita tak pernah terfikir dan terduga
Walaupun sekejap cuma di ribaan Papa sbb slps tu Papa tak terthn sdh, Pok Yie yg tlg pegang Damia...tetapi mandian itu adalah yg terbaik utk mu...mandian ke syurga

Entry ini sempena Hari Bapa pada hari ini
Mama maybe takde apa2 hadiah utk Papa...sbb hadiah itu sdh jauh dr kita
Hadiah itu ada di syurga
Namun Mama hargai setiap usaha Papa...kekuatan Papa saat2 temankan Damia

Bapa terbaik bukan shj di ukur melalui penat lelahnya membesarkan anak ttp juga dinilai melalui KUATNYA hatinya menahan setitis airmata drpd tumpah utk melampiaskan kesedihannya krn jika dia lemah,jika dia sedih..si isteri pasti sehingga saat dan ketika ini tidak mampu mencoret di blog ini lagi...

No matter what u will get , buat who with you when ur nothing is the most important thing..now we had something for our future,lets do the best for our second precious gift from ALLAH SWT...kita adalah IBU BAPA hebat & kita boleh jd TERBAIK....aminnnn

SELAMAT HARI BAPA... I LOVE YOU


Read more...

Thursday, June 16, 2011

Catatan Harian..21 Weeks

Catatan 21 weeks utk tatapan Mama & nanti supaya tak lupa apa aktiviti seharian Mama Papa



Minggu ini dah masuk 21 minggu Adik Damia dlm perut Mama
Alhamdulillah segalanya dilalui dan lebih 5 bulan
Minggu ni Mama banyak idea dan rajin nk berblogging..hari2 Mama update
Lagipun ada benda yg Mama duk pk2..Mama takut nanti takde catatan coretan ttg perjalanan hidup Mama..cheewaah mcm tokoh2 penting jer nk catat semua
Takpelah, nanti atleast tulisan cakar helang di diari diganti dgn catatan Arial Font 11 yg cantik dan kemas ini

Semlm hari Rabu..sptbiasa hr Rabu adalah hari Rabu lah..nk hari apa lg kan?
Hari Rabu adalah hari Pasar Minggu..yeahh...
Selalu pergi pasar minggu,tk boring2..sekadar mencelah2 celah manusia ramai2
Dengan bau mcm2 makanan...mmg sajer je Mama menempah skt kepala..tp still nk pergi jugak...Papa pun mcmtu,hehehe

Sebelum tu singgah bandar jap, g cucuk2 mesin yg kuarkan duit tu
Then beli kurma skit..sbb Mama rasa nk mkn kurma utk kesihatan..(azam yg bgs)
Then on the way balik sempat call Mak Atuk..tanya nk kirim apa
Mak kirim kurma...hehe,Mama dh beli kan..bijak2 Mama ni..instinct kot
Kemudian inilah senarai list yg di kirim :-

1) Murtabak utk Abah Tuk/Abah
2) Mee Hoon Sup Daging utk PokChu
3) Yong Tau Fuu utk Cik Apis
4) Sayap Ayam Panggang utk Cik Dil

Oleh kerana makanan2 ni ada default mmg akan kirim stiap minggu,so Mama dh hafal
Ramainyerrrr orang time tuh sbb bru pukul 6 ptg, time org lps balik kerja
Dah beli semua tu, last sekali murtabak...tgk2 orang beratur dah 2 line
Nak mencelah pun tak dpt...Mama pergi jugak lah,sbb situ jer jual & spesifiknya Abah hanya makan murtabak itu..jgn tipu sbb rasanya lain nanti...hehe
Mama tunggu dgn bertenang tnpa bertendang2 kaki...rilek jer
Then turn Mama dpt cpt sbb maybe penjual tu kesian kot,tgk perut Mama sampai dlu ke depan kaunter dia bungkus murtabak..orgnyer kat blkng...hehehe
Rezeki Mama..dpt turn cpt.Takkan nk refuse kot?...

Then kami pun berjalan2 lah membawa segala bagai makanan itu spt memborong 1 pasar
Kemudian kami bertanya sesama sendiri---Kita nk makan apa yer?
Mama & Papa tak beli apaper pun lg....
Jalan2 lagi, kaki stop kat tpt jual ayam percik
Beli lah ayam percik itu 2 cucuk..tak plan, just nk try mkn,1st time beli
Kemudian time nak byr Penjual tu bg extra free tengkuk ayam secucuk...
Macam dia tahu2 jer Mama duk menjeling tengkuk ayam tu...feberet Mama
Rezeki kami....alhamdulillah

Lega hari ni tak kena langgar2 dgn org di Pasar Minggu
Selalu orang main redah2 jer...langgar jer semua
Tp agaknyer sbb keadaan Mama ni...mereka tk berani nk langgar2 perut Mama...haha
Cubalah langgar, nanti jd Mama Monster kang?....Mama sondol semua

Ehhh kata tajuk entry catatan 21 weeks..jd dimanakah ceritanya ttg baby?
Dimanakah ada kisah ttg Adik Damia ni?...
Sbb Adik msh dlm perut Mama..jd catatan pun ttg Mama jer :)
Takpe lah kan semua yg Mama buat tu mewakili Adik...
Atleast nanti selepas ni sesapa yg g Pasar Minggu/Malam tahu apa nak beli utk Mak TUk, Abah TUk dll...

Teringat cerita pagi tadi....
Mama selalu payah nk bangun dari katil sbb perut dh sendat menekan2
Jd kena bangun perlahan2..Doc dh pesan jgn tetba zupppp mcm biasa,nant pening & skt prt...lagipun terkejut baby nanti
So Mama nk mengiring skt, sengal badan..nak angkat badan ke dpn,skt pgang
Kemudian Mama lambai2 Papa,minta tlg tarikka tangan Mama utk bg daya tujahan skitt

Tp Mama tgk...Papa ta ta Mama pulak..lambai2 mcm nk g berjalan2
Apsal pulak ni pg2 Subuh hari ada lambai2an ni...
Mama lambai lagi, Papa balas lagi..
Then baru Mama dpt bersuara..bru bgn suara ala2 Ella skit
Mama bgtau mtk tlg angkatkan , hulur tgn....
Laaa Papa ingatkan Mama lambai nk ucap selamat jalan pergi kerja...
Huhuhuhu...lainkali kena wat code khas..lambaian kasihsyg,lambaian mtk tlg mcmana, lambaian minta duit,lambaian mtk belanja....hehe
Hahaha....kisah lawak Papa di pagi hari....

Sememangnya wanita mengandung kalo nk makan apa2 orang kata yg nak makan tu adalah baby, tetapi jikalau dia melambai2 di pagi hari..bukan baby yg nk melambai2 tu...
Itu tanda sakit belakang, nak bgn tk boleh,lambaian emergency tu.....
Sekian itu shj info hari ini...Adik Damia pun gelak kot dlm perut,bergegar prt Mama lepas tu



Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Saat Diri Lemah

Saat-saat diri berasa sgt lemah,jiwa rapuh..hati terusik



Mama sudah tidak lena tidur, risau dan asyik terfikir2 skrg
Semuanya ttg appointment Mama dengan Pakar o&G pada Isnin depan, 19 Jun 2011
Mama dijadualkan akan di scan..detailed sacn--4D
Insyallah akan nampak semua...sbb Doc nk check paru2,jantung,buah pinggang dll

Banyak benda Mama fikir dan risau
Siapa yg tidak risau bila hati kita meronta2 mengenangkan jalan silam yg berliku
Bila jiwa kita merentap2 utk menghadapi masa depan yg tdk ketahuan mcmana
Apa reaksi Mama nanti? Apa yg bakal Mama lihat?

Mungkin kerana harapan yg terlalu menggunung
Mungkin kerana rasa keibuan ini yg terlalu tinggi
Mungkin kerana rasa kasih syg ini terlalu banyak
Maka Mama mengandaikan hanya ingin melihat yg terbaik shj
Mama harap Adik sht,sejahtera, sempurna...Aminnnnn

Apa yg Mama rasa skrg Mama rasa Mama belum memberi yg terbaik semasa time Damia
Jd Mama try hard hard buat terbaik utk Adik..sometimes otak Mama dh tak tahu nk pk apa yg terbaik itu....seumpama berlari sehabis2 tenaga Mama
Dah tak mampu Mama fikir dan bendung rasa ini
Rasa mcm Mama 'useless'.....


Mama rasa mcm nak hari2 checkup supaya Mama tahu badan Mama dh bagi nutrien dan zat terbaik utk Adik Damia
Mama rasa nak telan segala makanan yg ada supaya semua Zat tu bdn Mama serap & bg Adik
Mama rasa tak nak ke mana-mana,hanya nak duduk dan rasai pergerakan Adik

Perasaan ini spt rasa mengambil Peperiksaan SPM--antara hdp mati masa depan
Perasaan ini spt mengambil ujian memandu --- perlu berani
Perasaan ini spt menghadapi temuduga kerja --- perlu bersguh2
Perasaan ini dpt memasuki pertandingan hadiah RM 1 juta --- peluang sekali seumur hdp
Perasaan ini spt tidak tergambarkan lagi....kerana semua itu adalah rasa yg kita boleh repeat balik..rasa yg kalo kita GAGAL adalah krn silap kita....

Harus bagaimana lagi utk Mama tenang? kerana Mama adalah Ibu yg lemah....
Maafkan Mama jika Mama tidak dpt menjaga Damia...
Biarlah diberi kesempatan Mama menjaga Adik....


Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Secebis Doa

Mama nk mencoret tentang doa2 yg Mama amalkan..supaya Mama tkpernah lupa berharap PADA NYA



Saat2 Mama kerinduan kpd permata hati yg telah pergi :---

Ya ALLAH setinggi2 kasih sygku kpd anakku,
Tinggi lagi kasih sygmu kpdnya,
Aku redha Ya ALLAH jika ini takdirnya,
Berikanlah kami kekuatan,rahmat & keberkatanMU kpd rumahtangga kami
Semoga diberi kesempatan utk kami kembali gembira...aminnnn


Saat2 Mama rasa betapa pilunya dunia tanpa 'si kecil' dlm rahim Mama :-

Ya ALLAH kurniakanlah kami lagi anak-anak yg soleh & solehah
Kurniakanlah YA ALLAH cahayamata kpd ku bila tiba saat dan ketikanya
Bila ketikanya waktu yg sesuai dgn kekuatanku, kesihatanku
Makbulkanlah Ya ALLAH jika ini yg terbaik utk kami
Semoga Engaku mendengar doa hamba MU yg lemah ini


Saat2 ketika Mama menatap baby orang lain :-

Ya ALLAH berikanlah juga kesempatan utk kami merasai nikmat spt ini
Ya ALLAH jika kami ditakdirkan menjadi ibu bapa lagi
Jadikanlah kami ibu bapa terbaik spt ibu bapa kami tlh mendidik & mengasihi kami
Jgnlah kau selitkan sikap dengki & hasad dlm hatiku
Kerana ini takdirku ...Semoga ada hikmahNYA...aminnnn


Saat2 Mama lihat muka Papa...dan Mama tak tahu apa yg telah & dpt Mama buat utk Papa gembira...gembirakah Papa?

YA ALLAH, kehilangan kami itu adalah ujian dr MU
Jgnlah kau hilangkan kasih syg kami
Kuatkanlah hati2 kami Ya ALLAH
Eratkan kasihsyg kami
Berikanlah kami kekuatan utk saling menguatkan
Kami bersatu krn janji MU, kami bersama krn takdirMu...Maka jgnlah kau selitkan barang sedikit pun kekesalan kekecewaan dlm hati kami
Tingkatkanlah iman kami...kepercayaan kami...semoga kasihsyg kami ini mampu kami berikan kpd anak2 kami kelak...aminnnn


Saat2 Mama sudah merasai denyutan 'goncangan' si kecil Adik Damia :-

Ya ALLAH aku bersyukur kpdMU
Disaat hambaMU kecewa, Engkau mengurnikan lagi kami RAHMATMU
Disaat hambaMU lemah dgn dugaan dunia, Engkau memberikanku sebab utkku KUAT kembali
Disaat hambaMU ragu-ragu ttg masa depan, Engkau tunjukkan kami jalan
Biar apapun caranya, biar bagaimanapun sakitnya indahnya suka dukanya sepjg anakku di dalam rahimku, peliharakanlah dia YA ALLAH
Hamba MU berserah kpd Qada' & Qadar Mu...Semoga Engkau memberkati & merahmati kami semua...
Ya ALLAH, hambaMU merasai kehilangan....merasai kesakitan, keperitan utk mendptkan zuriat ...maka kurniakanlah juga nikmat ini kpd semua sahabat2 kami,mereka2 yg sedang berusaha...semoga diberi juga RAHMAT MU....aminnnn






Read more...

Monday, June 13, 2011

Sebuah Perjalanan...20 Weeks

Catatan Mama untuk si kecil yg berusia 20 minggu



Setiap hari tiada pun tanpa Mama tinggalkan tanpa mengingati Damia
Tetapi tidak juga bermakna Mama lupa dan tidak gembira dgn Adik Damia
Insyaallah Adik bakal lahir mengikut due date Doc bagi pada 2 Jun 2011
Sekarang Adik sudah 20 minggu dlm prt Mama
Sekarang Mama makin tenang, gembira dan tidak stress
Mama yakin kpd KASIH SAYANG Ilahi kepada kita semua

Mama kira-kira sudah 8 bulan Damia pergi
Bagaimana rupanya yer bayi 8 bulan?..agaknyer sudah pandai senyum ketika disapa
Sudah kenal Mama & Papa
Setiap kali berbicara dgn Adik sambil mengusap perut,Mama akan cerita ttg Kakak

Sekarang Adik sudah boleh mengeraskan diri...prt Mama rasa keras
Tp Mama tdk boleh tidur mengiring mcm time pregnant Damia dahulu
Mesti perut Mama sakit sgt...Mama tido menelentang,ttp Mama sesak nafas pula
Takpe sekejap mengiring ke kanan, ke kiri...menelentang..ini pengalaman

Ttg makanan pula,Mama rasa Adik mmg tak suka western food...hehe
Tanggapan Mama jer,sbb setiap kali Mama rasa nk mkn western..uweeekkk dh loya
Belum menjamah lagi dah loya,mcmana nk makan
Adik lebih suka Mama mkn makanan tempe goreng kicap...hehe...selera orang Jowo

Tetapi spt Damia dahulu, prt Mama akan bergerak2 kalo time masuk kereta
TIme berjalan2....mmg sgt suka bersiar2 agaknyer..untung si Ibu...hehe

Minggu lepas tanpa di rancang, Mama Papa ke Rantau Panjang
Plan pergi htr Pakcik yg bertugas kat sana...Adik Papa
Tetapi ntah mcmana tertiba tiba jer kami round kesemua kdai disitu
Banyak kali,sampai time ujan pun redah jerrr

Apa yg Mama memborong?...perghhh toto,tuala,jersi,baju2...semua
Setiap orang anak sedara Mama belikan sesuatu...semua ada
Siap pusing 2 3 kali sampai pening selagi setiap seorang Mama tk belikan
Otak Mama ligat jer pk nk bli apa,hadiah apa cml utk siapa

Lunch kat situ, mkn nasi ayam & Papa order sup perut..sedap jugak rupanya sup prt tu

Then dh ptg kami beransur balik..ttp Mama minta Papa stop keta tepi jalan
Ada lg rupa-rupanya kedai yg Mama tak 'tawaf' td...tkblh jadi ni..kena pergi
Then Mama pun trn keta lah..beli beli lagi

Akhirnya selesai jua aktiviti exercise kaki Mama ni
Tp tak pnt pun, excited ada..sbb Mama belikan baju Superman utk Poksu, baju Otromen utk Abg Yeman...gaun princess utk Kakak Cha & Kakak Ceceh...Baju Upin Ipin utk Abg Adam...semua ada...hehehe..comel sgt..kalolah ada size Mama...hahaha

Papa pula beli jersi MU..spt biasa...hehe
Untuk Mama? Alamakkk takde apapun Mama beli utk diri sendiri
Sebab Mama dh beli semua kegembiraan utk diberi kpd orang2 yg Mama syg...hehe
(ayat coverline sbb takde baju size Mama & segan nk g test baju..ramai org woo...haha)

On the way balik, nk singgah Sate Jabi di Besut...tp tkleh sbb ramai sgt org,huhu
Kempunan Mama tgk asap sate tu berkepul2 jer
Then mkn malam di bandar Setiu..kedai kelip kelap lampu lawa
Tp apapun takder...yg ada sup perut shj..again sup perut..mee sup, nasi ayam ada..tp tkder sup ayam...dr manakah dtgnyer ayam nasi ayam itu? heran Mama...
Pelik sungguh...Mama mkn jer sup perut+telur dadar+ nasi pth...kenyang jgak
Maka bermulalah haritu Mama suka mkn sup perut...hehehe

Sampai rmh dlm kul 10 mlm lbh...masing2 tktido lagi
Kakak Cha melompat2 dpt baju princess...suka sgt,sampai cium2 pipi Mama...nice
Abg Yeman dan PokChu terus menjd penyelamat dunia...Otromen dan Superman
Tp ada seorang mengamuk dan merajuk...Kakak Ceceh
Rupanya dia nk baju otromen gak siap bertopeng mcm Abg Yeman
Ayoyoyo...sian Ceceh...nanak jd princess nk jd Otromen...hehehe
Setelah dipujuk2 akhirnya Kakak Ceceh test baju princess dia tu...dan kembang idung bila dipuji...Lawanyerrrr Qaseh...

Itulah sahaja...sometimes kita tk kisah ttg berapa nilai yg kita hbs atau kongsi sbb sebuah senyuman kegembiraan drpd dunia kanak-kanak itu lbh bernilai drpd segala2nya...

(semasa membeli belah,Mama harap Mama ada anak berbelas2 orang sbb boleh borong semua baju,mainan dll...hehe...Aminnnnn)

Read more...

Monday, June 6, 2011

Hari Yang Penuh

Macam sgt best jer bunyi entry...agak2nyer apalah yg penuh sgt bg Mama ni



Minggu ni Mama start cuti selama seminggu..direct Mama cuti,terkejut Bos Mama masa Mama bagi borang apply cuti..itupun setelah 3 4 kali ulang alik nk bg ker tak,nak ker tak...teragak2..hehehe..

Bermula pada Sabtu, Mama dh mmg bz...pergi 2 tpt beli belah..barang itu barang ini..nk bli ubat nyamuk lah,shower foam lah..padahal ada jer kat rmh,cuma nk beli baru.Kemas rumah lagi..simpan sana sini...kemas sgtlah Mama ni,baru pegang dua tiga barang dah aachummmm bersin2 jer...kesudahannya Papa lah penyelamat dunia,tlg kemaskan...hehe

SUami Mithali SUami Sejati,
Tolong Isteri Sepnuh Hati...

(Pantun 2 kerat utk Papa ..hehe)

Malam tu Mama tido mmg awal..rasanyalah awal sbb selalu mata Mama terpejam tk sempat nk tgk jam pun..trs pejam.Then kul 4pg Mama terjaga..yeahhh yg ditunggu2 sudah tiba,yeeehaaaa...

Akhirnya telah sampai sepupu2 Damia...Kaka Vsya, Abg Rayyan Iman, Kakak Qaseh aka Ceceh Menceceh dan yg plg kecil...Baby Ayra Mysara...baru usia 26 hari.Comel sgt..time tu dia buka mata,asyik tgk Mama jer..pergh kembang idung Mama dipg2 hari itu..Mama rasa sbb dlm hati dia rasa,lawa gilerrr Mokde aka Mak Uda Ayra ni,firstime jumpa...hahahaha

Mak Tuk pun ckp..Ayra asyik tgk Mama jer...Mama layan kan jer,tepuk2 tayang...goyang2kan kerusi baby dia tu...then lps tu Mama masuk bilik tgk cermin jap...lupa td nk check muka sbb bgn tido jer trs terpa pintu rumah,sambut sepupu2 Damia dtg dr KL.Perghhh patutlah Ayra asyiktgk Mama je.....ada ala2 Maya Karin muka Mama rupanya tp yg dah 'past tense' ...Maya Karan..rambut Mama menggerbang...adoiii nampak sgt 'kejelitaannnya'...hehehe....takper lah,yg ptg dpt cium baby pagi2 hari

Terus direct Mama tak tidur...sampai lepas Subuh...kul 6.30 tido kejap.Then kul 7lbh bgn semula..tlg Mak Tuk kat dapur.Pagi tu kitorang nk masak Soto Ayam..part Mama adalah membentuk begedil menjadi booolat2 dan menyiat daging ayam kecik2....sampai kejang2 kaki...rajin kan? hahahaha...bab makan mmg Mama rajin sbb Mama tukang rasmi soto tu....

Sepanjang hari tu, asyik tgk Ayra jer keja Mama...macam tk pnh tgk baby pulak..tgk Ayra tido...tgk Mak Tuk mandikan dia...tgk Mama dia dodoikan dia...hehe..so sweeetttt

Apa lagi yer Mama wat hari tu...macam2 lah tp yg ptg kesibukkan Mama hari itu melayan sepupu2 Damia amatlah bz spt perut Mama yg penuh dgn soto jer...yerlah Mama kena rasa setiap kali orglain nk makan...konon....logik btul alasan itu.

Malam itu mulalah Mama rasa kenapa tgn Mama , kaki Mama skt..aduhhh bisa sguh...rupanya keja membuat begedil siang td...berkilo2 kentang tu.Then spt biasa, tukang urut profesional terpaksa memulakan tugas...iaitu Papa...hehe.Takpe lah bz pun..skt tgn pun...lenguh pun yg ptg hari Mama mmg pack sgt hrtu

Jiwa Mama penuh dgn excited, dgn teruja dgn rasa sekejap ke dapur ke depan ke bilik tgk Ayra...ke luar rumah kejar sepupu2 Damia main beskal...atleast aura gembira ni dpt mengalir kpd Adik ...semoga Adik Damia gembira juga...dan semoga Damia pun gembira di sana kerana Mama tgk Mama gembira dpt tumpang kasih sepupu2 Damia sekejap...semoga Papa pun bertambah skill kemahiran motor baru utk tgn dan kuatkan otot tgn Papa dengan membantu mengurut kaki tgn isteri yg skt ni....hehehe.....ada byk kelebihannya....sekian berita hari ini.Nant Mama sambung lagi



Read more...

Friday, June 3, 2011

Bicara Pagi Jumaat

Suatu pagi di hari Jumaat...



Hari ini hari minggu...cuti...dan hari ini hari Jumaat
Pagi selepas solat Subuh...Mama rasa penat & skt kaki bdn semua
Mama pinta Papa tlg sapukan minyak...

Tiba2 sesuatu yg jarang kami bicarakan...
Kami bicarakan ttg Damia

Mama cerita bahawa Doctor hanya dpt predict shj punca Damia pergi
Yg selebihnya adalah Kuasa ILAHI
Kerana bg DOc, semua normal..graf pernafasan sblm & slps lahir
Kesihatan Mama...kesihatan Damia...jd kesimpulannya , wallahualam

Papa ckp Papa takdpt menatap wajah mana2 bayi lama2...sbb Papa teringat Damia
Papa tak sgup nk dukung mana2 bayi krn Papa yg terakhir mendukung Damia
Papa tak sgup nk menatap mata mana2 bayi krn Papa menatap mata Damia yg celik terakhir kalinya dan selepas itu ditidurkan dgn ubat bius utk kurangkan skt Damia

Mama diam sahaja.............tiada kata2 Mama boleh ucapkan
Papa kata...takpelah kita redha,sbb kalau kita terlalu memaksa kita tak tahu maybe kalau survive pun akan dtg lebih menyeksakan krn skt dalaman kita tdk tahu.
Apa yg tersurat tersirat telah ditentukan

Dan Mama pun masih juga diam....Mama redha
Aku ibunya...tdk pernah sesaat dlm hdpku melupakan anak yg ku kandung itu
Tidak sedetikpun ku lupa bagaimana rasanya prtku bergegar krn dia bergerak
Tidak sesaatpun dilupa tatapan mata kami saling melihat & terdiam....

Dan hari ini, Mama tidak tahu krn terlalu rindu atau berfikir ttg Damia
Mama bermimpi Mama dikurniakan 6 orang anak....Subhanallah
Jika sesuatu itu terbaik utkku , kurniakanlah kpdku & kekalkan lah ia
Jika sebaliknya, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui

Mama masih lagi boleh menatap memegang melihat mencium bayi2 rakan2 Mama,saudara mara
Kerana Mama punya rasa dalam hati....Mama tahan di jiwa
Kerana Mama tdk pernah pun lupa berdoa suatu masa Mama dpt menatap melihat mencium anak-anak Mama & Papa sendiri....aminnnn

Kami telah dijodohkan bersama....kami dipermudahkan segala urusan
Kami dimurahkan segala ruang rezeki dan kasih sayang
Kami saling memahami dan melengkapi
Kami saling menguatkan satu sama lain
Insyaallah diberikan peluang kpd kami saling mengecap nikmat menjadi Ibu Bapa lagi
Aminnn.....

* Hari ini Mama lihat prt Mama semakin membesar, Adik telah membesar dgn sht..sudah kelihatan tulang belakang, tulang peha...kaki,tgn...degupan jantung.Subhanallah, Mama terkesiam terdiam melihat Adik sgt aktif, Adik tunjukkan kpd Mama bhw Adik kuat..sbb Adik nanti akan jd pengubat luka Mama & Papa..Adik yg akan suatu hari nanti jika Mama Papa tiada lagi....masih ada orang yg akan mendoakan kami & menyedekahkan kami bacaan & doa2 kelak....Insyaallah...Makbulkanlah segala doa & harapan kami


Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Jadi suami dan papa yang terbaek

Sekarang semuanya berpusing-pusing dalam kepala. Idea nak buat tu tetiba datang idea nak buat ni. fuhh pening.Time macam ni semua ada je idea nak buat tapi last-last semuanya tak jadi. harapan tinggal harapan.Pastu bukak blog trus tulis ni...

Sekarang tengah belajar menjadi ayah semula. selepas peristiwa lalu, buku semua dah tutup tapi sekarang dengan penuh kesyukuran semua buku tu dibuka kembali. Macam-macam baca dan surf pasal tajuk ni.

How to become the best father in the world ?


Ada satu movie yang memang best tonton : Father of the bride 1. yang nombor 2 macam tak berapa best sangat. ni pendapat je. Bila tengok cite tue, rasanya macam sedih jugak sebab baru kita tahu macamana berat dan besar tanggungjawab yang dipikul oleh seorang yang bernama papa. Betullah bila orang cakap bila dah berkeluarga semuanya tanggungjawab menjadi besar dan berat. Time anak dah besar, semuanya mula berubah. Tanggungjawab sebagai ayah mula berubah.

Menjadi ayah yang paling baik dan terbaik adalah dengan jadi dirinya sendiri. Bila dia jadi diri dia sendiri, dia akan tahu tahap kemampuan yang mampu dia pikul. Begitulah dengan papa sendiri. Kepada anak yang bakal melihat dunia, papa akan laksanakan tanggungjawab papa sebagai papa dengan sebaik mungkin. Dengan kemampuan papa, tak mungkin papa dapat bagi kereta harga RM300..400 ribu untuk anak papa ke sekolah tapi cukup dengan meghantar anak papa ke sekolah dan balik dengan selamat. Itu yang papa akan pastikan. Kemampuan papa sekarang ini cukup untuk menceriakan dan membahagiakan mama dan keluarga. Mungkin lepas ni papa dapat naik pangkat, sape tahu kan. Mungkin boleh lah papa belikan kereta RM300 ribu untuk papa pakai.hahah
saje je tulis..

Papa akan pastikan anak papa akan dapat didikan agama yang cukup. Sekarang papa sedar papa pun tak berapa lengkap dan penuh ilmu agama di dada, tetapi dengan ilmu yang papa ada, papa akan bagi untuk anak papa dan mama sekali. Kita akan sama-sama belajar dan mempelajari antara kita. Kalo papa tak tahu, mama akan bagitau sebab papa tahu mama confirm tahu sebab mama memang banyak belajar dan rajin belajar melalui internet dan pengalaman. Cayalah mama, mama memang terbaik.

Lepas tu papa akan pastikan anak papa dan mama dapat kelengkapan yang cukup. Papa dan mama akan pastikan anak papa dan mama akan sentiasa gembira dan hanya menitiskan air mata gembira. Biarlah air mata sedih tu anak papa dan mama simpan untuk hari tua kami berdua.

Papa dan mama akan pastikan yang anak papa dan mama ni tahu dan hormat atok dan nenek, mak long, pak long, pak ngah, mak ngah, pak cik dan makcik, pak su dan mak su dan semua sekali. Biarlah kita belajar merendah diri dari hidup tinggi tapi lupa semua asal usul.

Ada banyak lagi harapan papa agar papa akan jadi ayah yang terbaik untuk anak papa yang akan lahir ini tetapi semua ni hanyalah harapan papa. Mungkin kita tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni, tapi biarlah harapan dan peringatan ini sentiasa terpahat dalam ingatan papa agar papa dapat lihat dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anak papa nanti, nama papa menjadi tajuk utama bagi tajuk karangan : Siapakah bapa yang terbaik dalam dunia ? dan Who is the best father in the world ?

Seorang ayah dapat menjadi yang terbaik untuk anak-anak dengan menyayangi isterinya

Read more...