Catatan sempena Maal Hijrah 1432H yang jth pd 7 Disember 2010
Hari ini cuti umum krn Tahun Baru Maal Hijrah 1432H.Mama rasa dr mlm td lg nk mencoret disini tp tkdpt,otak mama tkdpt fikir apa ayat yg sesuai,tgn mama kaku nk taip,mata mama berpinar utk melihat.Sbb mama tgh merindui Damia.
Tahun lepas sempena nk sambut Maal Hijarah 1431H,mama dan papa sempat berdoa bersama membaca doa awal dan akhir tahun.Masa tu papa baru hbs study dan tgu posting.Kami begitu risau papa dpt posting jauh sbb mama tkblh tkr kerja,mama syg keje mama.Lagipun tgjwb mama dan papa masih disini,bersama mak abah,mak dan bak.abah tuk dan mak tu serta nenek dan atuk Damia.Kami suka tinggal ditpt asal kami krn disini kami dibesarkan.Kami bersyukur dipertemukan disini dan berada disini.
Alhamdulillah,doa kami dimakbulkan.Papa dpt posting dlm negeri ini juga,msh boleh berulang alik.Dan kami juga berdoa sguh2,spy dikurniakan cahayamata krn tlh lama kami menunggu.Mula2 mama rasa tekanan juga krn mama nak rasa indahnya membawa 1 nyawa dlm prt mama,berkongsi semua rasa dan makanan dgn anak dlm prt,merasai apa itu naluri keibuan.Papa pula nk rasa mcmana perasaan seorg ayah saat mengazankan anaknya,bangun tgh mlm buatkan susu,tlg dodoikan anak...Papa sgt excited nk buat itu semua.Malahan kami berdoa spy nant mama bersalin time papa cuti,so semua papa dpt jaga dan tlg.Dan doa itu dimakbulkan,Damia lahir masa papa tgh cuti,tp papa hanya dapat menjga Mama,yg kaku dan membisu kesedihan...
Setahun kami menunggu sblm Damia hadir dlm prt mama.Masa mama sedih dlm penantian tu mama terfikir segala yg ditentukan mesti ada sebab2nya.Semasa seminggu selepas mama dan papa kawin,papa dpt smbng belajar ,dpt kerja baru.Kena berjauhan.Selepas itu mak tuk skt trk,sampai tkblh bgn dan berjln.Mama sedih,mama rasa down mama rasa beratnya dugaan.Tanpa papa disisi,tanpa org utk mengadu.Mama trskan juga,pg2 sblm keje mama siapkan dlu makanan mak tuk,mama selesaikan dlu urusan mak tuk.Kesana kemari mama uruskan sendiri.Sedar tk sedar ,hari makin berlalu dan mak tuk dh sihat,dpt berjln smula.Papa pun dh hbs belajar...alhamdulillah.
Kemudian setelah itu bru mama dan papa dpt Damia.Rupa2nya semua yg sukar dan pahit itu hanya seketika.Mama sdh krn lambat dpt cahayamata tp mama lupa bhw tlh ditakdirkan utk mama dan papa dpt rezeki lain dlu iaitu papa kerja kerajaan,dan mama kena jlnkan tgjwb sbg anak dlu iaitu jaga mak tuk.Semua ini adalah takdir dan ketentuannya.Bila mama dan papa dikurniakan Damia,kami ada bersama utk harungi setiap detik setiap saat Damia membesar dlm prt mama.
Kami sama2 tgk perkembangan Damia stiap bulan,drpd sebesar hanya 1 cm sampailah seberat 3kg.Drpd hanya terbentuk seketul sampailah nampak tulang2 Damia.Drpd hanya nmpk byg2 sampailah nmpak pipi,muka,hidung,mulut dan kaki yg berpusing2...comel sgt anak mama dan papa,dan setiap kali lepas keluar klinik utk check dan scan..kami akan sama2 senyum riang..senyuman bangga seorang bakal ibu dan ayah.
Sekarang yg ada hanyalah kenangan...yg kekdg mama rasa pilu bila pk mcmana Damia skrg..apa yg jd pd wajah tulus pth bersih itu?Apa yg jd pada tulang temulang yg kecil itu?...yg ada hanya kisah semalam yg mama ttp akan kenang selamanya
Tahun hijrah 1430H mama rasa sdh krn papa jauh,tahun 1431H tahun mama dan papa gembira krn dikurniakan Damia..apa yg bakal tiba pd thn 1432H ini wallahualam.Mama hrp ia akan memberi kami sinar utk kembali tersnyum.
Damia,mama merinduimu...pilu rasa ht mama,sgt2 rindu.YA ALLAH jika ini ketentuanMU,aku redha.Kurangkanlah rasa sedih ku ini,gantikanlah dgn rasa BERSYUKUR.aminnn
0 comments:
Post a Comment