Tentang apa yg mama lakukan utk mengisi ruang waktu
Weekend baru ni mama try buat something yg lain sikit.Buat kek sebanyak 4 biji..wah byk betul.Sekilogram gula dan tepung hbs,16 biji telur.Mmg selalunya sinonimlah buat kek ni dgn kaum2 ibu.Walaupun tanpa Damia,mama ttp wat sbb papa nak makan yg mama wat,hehe.Pertama kali seumur hdp.Lgpun mama dpt hbskan masa dgn sepupu Damia semasa wat kek tu.Kanak-kanak sukakan pujian dan akan lbh rasa bangga kalo mereka rasa lbh pandai drpd org dewasa.So mama akan tanyalah mcm2 kat sepupu2 Damia,kenapa kena letak telur,kenapa kena ltk gula..kenapa sukatan byk ni,byk tu (walaupun dh tahu).Mereka sgt bangga dan suka bgtau jawapan2 itu.So secara tk langsung,mereka suka ke dapur dan kenal brg2 di dapur.So sebiji kek bukan hanya mengajar kita erti KENYANG tetapi mengajar erti BERDIKARI.
Cerita di sebalik kek ini...ada kisah yg buatkan mama terfikir ttg bersyukur.Mama belajar buat kek drpd Bibik Mama Long Damia...kebetulan cuti sekolah,so sepupu2 Damia&Bibik dtg rmh atuk.Mama suka dgr Bibik bercerita.Bibik bgtau di tpt asal dia walaupun dia tahu buat kek,dia tkdpt buatkan kek utk anak2 dia sbb rumah dia tkder mixer...ala yg pukul2 telur tu.Di sana mixer adalah terlalu mahal bg mereka utk membelinya walaupun hanya berharga RM 60 shj.So dia tk berpeluang buat kek dirmh dia.Sbbtu dia suka watkan kek utk sepupu2 Damia.Bibik suka tgk mereka tk sbr2 tgu kek msk,mencuri2 cubit kek yg tgh pns,mkn kek ramai2.
Bibik cerita dia pun dlu kehilangan,sama spt Mama kehilangan Damia.Tp kisah dia lg sdh krn hilang bkn sekali bukan satu,tp tiga (2 perempuan,1 lelaki).Dan dia tk tahu nk nyatakan bagaimana perasaannya saat Mama tanya sbb dia tk smpt pun nk sdh,menangisi or meratapi krn dia ada lima lagi anak2 yg perlu dia perjuangkan utk trs hdp.Mama tanya apa punca kehilangan itu?...Bibik jwb :--"Bibik nggak punya ckp masa dan uang utk bg anak bibik susu,makan yg enak2 atau antarin ke dokter".
Kesian mama dgr kisah dia.Demi utk pastikan anak2 lain ttp sht dan hdp lbh terjamin,Bibik terpaksa dtg sini dan bekerja.Semasa dia tinggalkan anak2nya dan kampung halaman,umur anak yg kecil baru 1thn or 2 thn.Bila dia pulang bercuti,anak itu sdh tidak kenal ibunya.Sedihnya hati seorang ibu kalo anak sendiri tidak kenal.Bkn dia tdk sdh bkn dia tdk pilu kehilangan tetapi dia perlu korbankan perasaannya dan kental utk lbh harungi hdp ini.Hasilnya sekarang,Bibik bangga cerita dan tunjukkan gambar2 anak2nya yg sdh besar dan bekerja kpd Mama.Gembira mama dengar dan mama harap selepas ini Bibik trs gembira dan gembira.
Selama ini Bibik bekerja kuat,jauh tinggalkan anak2,tdk sempat melihat mereka membesar,tdk dpt beraya bersama...pilunya ht seorang ibu...nak tls surat,dia tkboleh membaca atau menulis,even umur sendiri pun dia tk tahu.Mujur sekarang dh ada hp sendiri,dpt ckp sekejap2 dgn anak2,itupun sesekali.
Sekarang masa utk Bibik gembira dan nikmati hdp ini.Sekarang Bibik rasa nak berehat dan pulang terus tp dia kesian dgn sepupu2 Damia yg msh kecil,tiada org nk uruskan.Bibik tunggu mereka besar or sekolah menengah dlu.Beruntungnya mereka kan,dijaga dgn elok dan baik.Mama Long pun lega ada org jgakan spupu2 Damia.Mama Long skrg tgh smbung study sambil kerja,semoga lulus cemerlang spt Atuk selalu ckp--anak sulung mmg sentiasa cemerlang.Aminnn
Kejayaan setiap org adalah berbeza,kesedihan setiap org adalah berbagai,kesusahan setiap org adalah berlainan.Maka Mama harus yakin dgn janji ALLAH SWT.Mama hanya alami secebis kedukaan dan kesusahan berbanding org lain.Perkara yg akan dtg Mama tkblh andaikan PAHIT spt sblm ini krn kelak Mama akan berduka sblm masanya,kesusahan yg tlh Mama alami Mama tkblh ratapi krn tdk semestinya akan dtg tiada sinar..jd Mama harus BERBAIK SANGKA KPD-NYA,JANJI ALLAH ADALAH PASTI utk hamba2NYA yg redha....semoga Mama trskan hdp.
Yang lps adalah SUBHANALLAH,yg sekarang adalah ALHAMDULILLAH dan yang akan dtg adalah INSYAALLAH.
p/s:Bibik,sy doakan Bibik sentiasa gembira yer & dpt penuhi impian anak2 Bibik.Mcm Bibik tanya sy:--dimana yaa mau beliin ninja?Mcm dlm TV ke ninja tu,pakai topeng?
Dimana yaa mau beli kemeja2 cantik? gelang2 tangan utk anak & menantu perempuan?patung Barbie utk cucunya...
Bik,semua tu ada di pasaraya.Tp ninja tu tkdpt tlg lah Bik.Bukan ninja bertopeng tp tu motor---Kawasaki Ninja...nggak bisa naik kapal terbang kalo bawa itu.
1 comments:
Salam
Terubat sedih/keluh kesah hati saya saat ni bila baca entri ni. Insafi atas nikmat dan ujian Allah pada saya.
Yang last tu buat saya tersenyum.
InsyaAllah..Kita akan dapat capai apa yg diimpikan.
Allah bersama2 kita.
Post a Comment