Pages

Wednesday, November 23, 2011

Catatan Perjalanan Seorg Cahayamata..Part 2

Sambungan catatan sebelum ini...




16 Okt 2011


Selepas Mama dh siap sedia di atas katil utk disorong ke bilik pembedahan...Mama pun ditolak oleh dua org nurse.Syukur bila salah seorg adalah jiran sekampung yg pnh kenal Mama ketika Mama kecil dahulu, tidaklah Mama rasa takut sgt.Bila kuar je dr wad dan menuju ke lif..Mak ABah, Papa...Atuk Nenek semua ada.

Wad pembedahan di Tingkat 1 sebelah wad kelas satu...Mama rasa tenang jer, entah mengapa hilang semua rasa bimbang dan takut.Sebaliknya rasa tk sbr2 pula.

Kemudian dh smpai di dewan bedah.Mama lihat Doktor pakar yg akan bedah Mama dh sampai,Doc tegur Mama dgn senyum dan ceria.Semua nurse dkt situ hairan kenapa DOc pakar yg buat pembedahan, then kes pertama pula.Kemudian bila tgk rekod Mama baru mereka tahu. Tp bgs jugak sbb semua nurse yg membantu termasuk Doc bius adalah mereka yg berpengalaman sbb DOc Pakar ada, so kena prepare pasukan bedah yg senior2lah...rezeki Mama dan Adik, legaaaa...dan syukur

Seperti biasa, Mama kena pindah ke katil khas, semua pakaian dah dibuka, tinggal baju khas utk pembedahan shj. Kemudian Mama kena bgn sekejap, duduk. Then Doc bius kenalkan diri dan bgtahu nk mulakan proses bius. Mama angguk tanda faham, jam ketika itu menginjak ke pkul 7.45 pg

Then Mama tundukkan badan sikit, kena bongkokkan bdn spy sng Doc bius nk cari tmpt utk injectkan ubat epidural. Dalam hati Mama dh berdebar2 sbb kalo tk brjaya bius, Mama kena bius penuh. SO hrp2 bius separa ni berjaya. THen zuppppp rsa menyusup dlm tulang belakang Mama...nk kata sakit, tdk jugak, tp tk jugak rasa biasa...sengal skit.Then injection kedua, lpstu Mama disuruh baring semula

THen kaki Mama start dh rasa kebas, so bius trsebut berjaya.Beg kencing dipasang dan kedengaran suara DOc Rozi yg akan membedah Mama. Legaaa Mama, sbb Mama kan tiap2 bulan jupe DOc ROzi, so atleast dgr suara dia , tenangkan sikit debaran.Tp mulut dan hati tk henti2 Mama baca segala doa or surah2 yg Mama ingat.

Setelah itu, tepat jam 8.00 pg...dgn lafas Bismillah drpd DOc, pembedahan pun bermula. Kali ini Mama tk rsa apa2 spt tahun lps...sblm ni Mama rasa mcm pisau or laser menhiris perut, tp kali ni tk rsa apa2. Sedar2 jer Mama dh bau hangit , maybe time tu tgh hiris perut Mama selapis demi selapis.

Selepas itu Mama tunggu dan tertanya2 apa Doc tgh buat, sesekali bergegar jugak perut.Maybe Doc tgh usaha nk cari jalan utk kuarkan Adik. Kedudukan Adik adalah posisi kepala dibwh, so agak sukar utk DOc ambil bila lahir secara pembedahan, kena hati2 skit. Doc kata kalo kaki Adik dibwh, sng skit...Doc grab jer kaki Adik.

Mama dpt rasakan kedudukan Adik adalah diatas, iaitu hampir dgn rusuk kiri Mama...atsnya Adik duduk. Then 2x Doc yg membantu Doc Rozi cuba kuarkan Adik tp tk berjaya...Mama tahu sbb Mama dgr Doc Rozi ckp nanti dlu, kejap2...kemudian Mama rasa ringan ...maybe Adik dh berjaya dikeluarkan.

Tak lama lps tu...kedengaranlah suara tangisan yg sgt nyaring dan kuat.Subhanallah, syukur.Kemudian nurse bwa Adik utk tjukkan kpd Mama dan Mama cium Adik dgn rsa gembira, terharu dan syukur.

Ya ALLAH syukur padaMU, inilah anak yg kukandungkan dan anugerah ini sgt berharga dan bermakna bgku.

Namun airmata Mama ttp bergenang jua mengenangkan kenangan lalu dgn Arwah Kakak Damia, yg pasti seorg IBU tkkan pnh lupakan anaknya walau dimanapun dan apa keadaanpun

Waktu kelahiran Adik adalah jam 8.30 pg. Kemudian Mama disiapkan utk diletakkan dibilik recovery, sejuknya badan Mama ketika itu, smpai ketulang dan bergegar seluruh badan. Agak lama Mama di blk recovery sbb heartbeat Mama tkdpt dikesan sedangkan mata Mama terjaga, nurse dh panik.Tapi rupa2nya nurse pelatih silap pasang alat monitor, wayar biru dan merah bertukar....huhuhu. Mmg mendebarkan sbb nurse tanya nape Mama tk bgtahu,,hbstu mulut Mama ada oksigen nk bgtau mcmana then Mama pun panik sbb Mama sht segar jer mata, tp heartbeat sendiri tkde kat monitor, lawak2

Selepas tu Mama dibawa ke wad semula utk berehat dan tidur. Semuanya ok sehinggalah apabila menjelang petang apabila Mama tiba2 mula muntah2...banyak kali muntah smpai Mama rsa tkthn sgt sakit di prt sbb urat perut akan tertarik stiap kali Mama termuntah. Mama tahan drpd muntah tp ttp juga keluar..semuanya segala isi prt wpun prt kosong, so yg kuar hanyalah air shj..payau perit pahit ditmbh skt di prt..saat itu air mata mengalir bkn krn Mama cengeng nk nangis, tp otomatik kuar stiap kali Mama uweeek uweeek. Nk mengiring utk lapkan mlt pun Mama skt sgt apatah lg nk muntah....huhuhuh...tkdpt Mama bygkan utk ingat kembali detik itu

Sehinggalah ke malam, Mama masih muntah2 lagi. Habis sekotak tisu ditmbh tisu hospital lg, then 2 beg bertukar utk ltk muntah..still muntah jugak. Ahli keluarga tk dibenarkan tgu pesakit, so Mama sorang2 jer atas katil. Mama pgil nurse utk bgtau Mama dhtk tahan skt dan lemah krn muntah2 ni...nurse kata itu normal sbb kesan ubat bius.

Mama msg Papa dan minta Papa belikan air ribena kotak sbb Mama nk ilangkan rsa payau dan perit tekak, maybe nant dpt stopkan muntah. Papa kata ok, wpun jam dh hmpir kul 11 mlm. Then lpstu guard wad dtg bwakan air kotak, Papa pass kpd guard sbb tkdpt masuk. Mama tawakal shj, dan minum air tu wpun sdr Mama dlm pantang and tkt juga jd apa2 plak...lpstu lega, muntah dh stop.Syukur dptlah Mama rhtkan bdn

17 Okt 2011

Hari kedua slps pembedahan, Mama gagahkan diri utk bgn dan ke toilet bg membersihkan badan. Dgn beg kencing masih tk dicabut wpun Mama request, nurse kata DOc nk tgk.So dlm slow2 Mama gghkan diri sbb kalo Mama rht jer, nant tkdpt jumpa Adik coz selagi Mama tk bgn nurse tkbg jumpa anak.Sisa sakit dan letih akibat muntah semalaman masih terasa namun perasaan naluri seorg ibu dan keinginan bersama cahayamata Mama lg ptg dr segala kesakitan.

Then Mama dpt jumpa Adik, nurse minta Mama susukan Adik. RUpanya mlmtd yg kuat sgt menangis dan nyaring suara adalah Adik. Kesian Adik semalaman lapar dan trpaksa minum susu yg nurse bg....maafkan Mama sygku,,,Mama tk berdaya semlm

Namun cabaran baru brmula apabila Adik dlm kepayahan nk mnum direct dr susu bdn Mama sbb susu tk byk...huhu,kerap kali Adik menangis dan menolak utk disusukan.Sedihnya hati Mama.....namun Mama cuba juga dan cuba lg

Malam tu, Mama dpt pindah wad ke kelas satu...nurse suruh pindah sbb rugi kalo tk pindah.So Mama ikutkan shj.Mama disorong dgn kerusi roda dan pangku Adik di riba. Mama tahu nurse bimbang Doc akan trnampak kami sbb mana logik sorg IBU yg bru caesar kena pangku anak naik kerusi roda then disorong ke lif dgn bergegar2 lg...mesti haru biru kalo bleeding. Tp nurse tu wat jugak mcmtu. Again peristiwa hampir2 pintu lif terkatup sendiri dan menyepit Mama terjd sbb nurse cuai, tp sbb Mama naik kerusi roda so kerusi tu tersekat di pintu...huhuhu

Tujuan Mama taip ni bkn nk kondem nurse tp sekadar bercerita. Ada juga yg baikht dan prihatin tp selalunya yg ada hanyalah yg lps tgn kecuali time DOc ada, biasalah resam manusia sebegitu

18 Okt 2011

Hari pertama di wad dan bilik baru..selesa sedikit wad ni dan sgt sejuk. Dan ibu dpt berehat spnhnya coz baby di jga oleh nurse , bila time baby dh sepnhnya tidur shj baru dibwa kpd ibu. Pg2 lagi Adik dh bgn, dlm pkul 8 lbh then nangis nk susu. So Mama angkat Adik dan susukan smbil duduk atas katil then beralih ke atas kerusi..drpd pkul 9 pg sampailah ke 1 ptg Adik menyusu...lama sgt sbb Adik tk puas susu. Usah ceritalah bdn , bahu dan perut Mama rasa mcmana...kejang berdenyut2 semua ada tp sbb nk juga Adik menyusu, Mama tahan jer.

Ptg itu Adik dan Mama sdh dibenarkan keluar wad...Mama trs rsa lega dan bersemangat sbb dpt berehat di rumah. Begitulah ceritanya sebuah perjalanan kelahiran seorg cahayamata ke dunia...

Hannah Farhana

Kasih Sayang Kegembiraan



1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....

t.care & slmt bpantang ye. Peluk cium utk Hannah Farhana.

Post a Comment