Pages

Tuesday, May 3, 2011

Bila Papa Menconteng Wall

Salam to mama dan sahabat online yang sudi membaca entry dalam blog kami nie. Semua nie kami tulis( banyak mama yang tulis ) just untuk kongsi apa yang kami berdua rasa dan alami dalam kehidupan.

Bersyukur pada Allah sebab beri kami berdua peluang untuk merasai nikmat menjadi ibubapa walaupun detik bersama insan tersayang terlalu singkat. Bila pengalaman ini melanda kami, barulah kami merasai nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Allah Maha Berkuasa. Kami menerimanya sebagai satu ujian yang besar dan berat untuk kami pikul dan kami berdua berharap agar kami dapat menerima ujian ini dengan penuh reda. Jika kita baca sejarah Nabi Muhammad SAW, Baginda turut kehilangan anakanda ketika masih kecil. Semangat dan keimanan yang ditunjukkan oleh Baginda harap dapat kami ikuti dan contohi. Allah Maha Besar.

Detik 6.50 am merupakan detik yang paling sukar papa lupakan sebab pada masa tu, Damia telah meninggalkan kami. Papa bersyukur sebab pada masa tue, papa berada ditepi Damia, papa diberi peluang oleh Allah untuk menemani Damia di saat terakhir. Syukur kepada Mu Ya Allah.

Kini telah hampir 8 bulan semua berlalu, kami bersyukur kerana Allah telah anugerahkan kepada kami seorang lagi insan yang kini menanti untuk bersama mengecapi keindahan alam ciptaan Allah. Kami berharap agar baby ini sihat dan kuat dan papa berharap agar mama dapat tempuhi detik-detik ini dengan sabar.

Terima kasih mama kerana sanggup menanggung sakit. Walaupun papa tidak merasai, namun papa tahu, daripada raut wajah dan keluhan yang keluar daripada mulut mama, kesakitan dan keperitan itu terlalu besar dan hanya ibu-ibu yang mengandung merasainya. Sungguh indah ciptaan Tuhan Yang Maha Besar.

Walaupun orang lain bercakap:
baru 4 bulan dah mengandung balik ke?
sekejap sungguh...
tak makan pil ke?
Namun hanya kami tahu apa yang kami rasa dan lalui. 4 bulan seperti satu tempoh masa yang terlalu lama. Melihat kepada baby kawan-kawan, tersentuh hati mengenang insan yang tiada. Namun kami tahu, setiap apa yang berlaku ada hkmah.

Kami menerima satu bungkusan pos laju daripada sahabat online mama,thanks kepada Lady Mira.Walaupun hanya berkenalan melalui online, namun kesungguhan dan hati budi Lady Mira kami ucapkan jutaan terima kasih. Papa terkejut jugak bila mama tunjukkan satu bungkusan daripada Lady Mira. Tapi bila melihatnya, papa rasa sejuk hati dan tersentuh, begitu besar dan ikhlas tali persahabatan walaupun belum mengenali dan menatap wajah. Thanks so much.

Kepada semua yang singgah di blog ni, papa ucapkan thanks so much sebab beri semangat kepada mama boxz untuk menghilangkan rasa sedih dan kepada mama, papa always love u.

SELAMAT HARI IBU

2 comments:

Lady Mira said...

terima kasih mr boxz :)

Mamanurin said...

insyallah..wahhh papa damia menconteng wall gitu..a'ahh arini mama pun terima bungkusan dari lady mira..sangat touching..so sweet..siapcbawak balik rumah nak tunjuk yg real punyer kat papa mia..

Post a Comment