Pages

Thursday, April 7, 2011

Be Realistic

Entry yg tertunda setelah berhari-hari ...



Mama skrg makin jarang pula tulis blog...sbb Mama tk lrt,mkn jer loya...lps mkn jer loya,so kena rht & rilek2 jap. Otak tkleh berfikir dah sbb sblm ni byk sgt pikir benda bukan2

Hari ni setelah kenyang lunch nasi lauk ikan bilis grg bersambal+ayam grg berempah+ikan bersumbat lada (amboii Mama ni makan ker apa ni )....tp Mama mkn tk hbs pun...semua tekak rasa nk merasa

Suddenly this word keep on dlm otak,telinga Mama minggu ni since slps jumpa Doc Mama pada Isnin bru ni.

Macambiasa discuss itu ini dgn Doc,tanya itu ini..yg plg Mama tanya apakah chances dan risiko utk Mama caesar lg?

Doc ketawa dan jwb--- Bukan time nya utk bimbang ttg itu,Enjoy shj masa pregnant ni. Awak terlalu bimbang & byk fikir...Be REALISTIC....

Hehe,Mama senyum jer..betul jugak tu.Mama asyik risau risau dan berfikir jer sampai terlalu over protective sedangkan Mama lupa kepada Qada' & Qadar. Seharusnya Mama bertenang sahaja, just follow the flow...be cool.

Doc pesan Mama jgn terlalu bimbang ttg risiko itu ini or percentage itu ini...yg ptg biarlah Adik Damia lahir sihat, ada seorang anak sudah lebih memadai drpd terlalu berimpian utk inginkan lebih drpd seorang..biarlah dpt dulu seorg,selamat & sht ..then baru blh nk risau ttg akan dtg.

DOc juga pesan Mama jgn sembarangan ikut petua ni petua itu, ikut apa orglain mkn or take any medicine dgn harapan sng bersalin or mudahkan proses bersalin sbb lain org lain penerimaan badan dan lain pengalaman....yg penting tanya hati & badan Mama...

Apa yg Mama mahu...mampukah Mama hadapi? Bersediakah Mama?

Mama jugak terharu bila tgk gmbar scan Adik dh nmpak bentuk dan jelas...Mama rasa fikiran Mama jer nmpak mcm tangan, kaki...muka..tp Papa pun nampak. Hope Papa akan sentiasa senyum gembira sptmana setiapkali Papa tgk scan baby....Mama harap Papa akan sentiasa gembira & Mama akan gembirakan Papa...

Adik,kuatkan diri yer
Mama & Papa nak jaga Adik
Mama & Papa nk dengar ucapan Mama Papa drmulut Adik
Mama & Papa nak dengar Adik mengaji
Mama & Papa nk ajar Adik doakan Kakak Damia
Mama & Papa nk ketawa melihat telatah Adik
Mama & Papa nk sama2 didik & besarkan Adik
Mama & Papa nk bg semua kasih syg utk Adik
Mama & Papa nk Adik kuat spy jika kami sdh tiada, Adik doakan kami & Kakak yer
Mama & Papa tak impikan apa2 ttp kami nak tinggalkan anak yg soleh utk bekalan akhirat kami....Aminnnnn

Minggu ini ada 2 3 berita Mama & Papa dgr ttg kelahiran bayi baru drpd rakan-rakan kami..Mama harap Mama juga dpt berkongsi berita gembira & senyuman seorang ibu menatap si anak

Insyaallah Mama akan tenang dan sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran adalah suatu perjalanan yg panjang....untuk mendapatkan zuriat dan penyambung kasih setiap org melalui pengalaman, keperitan dan kesenangan yg berbeza..semoga apapun cara kami, bagaimana pun kami diduga semoga kami tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur....

Janganlah didetikkan sekelumit kuman pun dihati sanubari kami ttg iri & tdk puashati terhadap kesenangan atau mudahnya orglain mendapat zuriat...mereka yg diuji adalah mereka yg SABAR & Insyaallah ada ganjaran atas setiap KESABARAN.

YA ALLAH,Lindungilah kami semua. Aminnnnn



0 comments:

Post a Comment