Satu coretan ttg ungkapan Papa & Mama
Damia, Mama ada sst utk diceritakan dr hati Mama
Dulu perkataan Papa & Mama sgt2 indah bg Papa dan Mama
Kami selalu tersenyum lebar menyebut perkataan ini
Seringkali diungkapkan sepanjang2 Damia berada dlm perut Mama
Setiap kali menyebut Papa, Mama dpt rasakan Damia bergerak2
Sungguh indah waktu itu
Namun 6 bulan yg lalu...perkataan ini bg Mama & Papa sudah lenyap sama sekali
Kami seakan-akan mengelak utk menyebut, mendengar dan saling memanggil dgn nama itu
Bukan bermakna menidakkan takdir tp kami mengelakkan utk menyiat2 hati masing2 sekirannya disebut2 Papa & Mama
Kerana yg MENDENGAR sdh tiada....
Sememangnya hari ini setelah 6 bulan ...brulah perkataan itu muncul kembali
Kali ini bkn utk Damia...ttp utk Adik Damia...
Semoga adik dpt mendengar dan sentiasa mendengar sehinggalah selama2nya
Semoga adik kuat, adik berjuang utk menjadi peneman hidup Mama & Papa
Semoga nanti diberi kesempatan utk Mama & Papa pula mendengar perkataan itu dituturkan oleh......ANAK kami sendiri
Perkataan itu ttp merentap hati kami
Namun juga menggetarkan jiwa kami dgn suatu rasa gembira
Status kami sekarang adalah pernah menjadi ibu bapa dan BAKAL bergelar ibu bapa lagi
diharapkan segala impian , harapan dan doa ini menjadi kenyataan
Damia, Mama tahu senyum Mama, ketawa Mama sdh tdk sama
Walau apapun yg Mama dpt, mcmanapun keadaan yg Mama alami
Kerana KEHILANGAN itu sememangnya suatu yg ABADI
Namun Mama akan juga tetap tersenyum dan meniti hari2 utk sebuah harapan
MEMBINA KELUARGA KITA
0 comments:
Post a Comment