Takkan ku menyerah kalah,Walau mimpi ku musnah,harapan ku hancur,sayapku patah....
Lirik lagu yg mama suka dgr skrg..yg menyentuh hati,yg bg mama sedikit semangat.Entry ni mama nk tls ttg sst yang mengusik hati mama.
Disuatu pagi yg indah & sunyi,di sebuah kantin sekolah :--
Kelihatan seorang ibu dgn tergesa-gesa masuk ke kantin dan segera membeli sepinggan nasi lemak.Membawanya ke meja makan,disitu ada seorang anak kecil yg menanti.Kulihat anak itu lemah shj,mungkin kerana dia letih.DLm htku berkata,maybe ini murid darjah 1 mcm Haykal.Perlu ditemankan sbb masih bru sekolah.
Lalu ada cikgu yg bertanya,Makcik dtg temankan cucu ker..Jwapan Makcik itu:--
"Ehh bukan cucu,ini anak sy"....owh rupanya anak Makcik ini.Hairan juga kecil jer budak tu.Bertanya lagi Darjah 1 ker?...
"Bukan, dah Darjah 4.Dia sakit ".(dgn perlahan2 si ibu memberitahu),mungkin tkmahu mengganggu tumpuan si anak makan.Ku lihat anak itu makan dgn penuh selera,dgn tangan kecilnya itu dia menyuap nasi lemak 50 sen itu.Ku rasa pd masa itu,cara dia mkn menampakkan nasi lemak itu sesedap nasi lemak di hotel barangkali,sungguh berselera.Sesuap demi sesuap disuapkan dlm mltnya,tanpa henti,penuh hati2 lagaknya tidak mahu sebiji nasi pun tumpah,nant dia rugi dlm menikmati kesedapan nasi lemak itu.
Lalu ibunya memberitahu anak kecil itu sakit jantung.Owh kasihannya kulihat.Dengan tubuh sekecil itu,lbh rendah drpd Haykal yg darjah 1 tu.SUngguh hati mama tersentuk,sgt2 rasa kasihan.Ibunya terpaksa pulang setelah itu.Si kecil itu menghabiskan makanannya,membawa pinggannya ke sinki,dan kemeja makan mengambil buah.KEmudian dgn buah di tangan kanan,botol air masak (yg dibawa dr rumah) di tangan kirinya dia mengelek botol itu dgn sepenuh tenaga melangkah masuk ke kelas.
Erm,aku rasa kasihan krn dgn sebegitu kecil pun dia msh mahu ke sekolah,dgn rasa lemah sebegitu pun dia msh blh melangkah nk trskan hdp dia,yg mungkin dia tahu tkkan segagah rakan2lain.Aku rasa nk peluk2 anak kecil itu...semoga dia akn trs bersemangat utk trskan hdpnya yg padaku mungkin dia blm mengerti apa itu kehidupan ini..yg dia tahu dia semestinya perlu spt rakan2lain yg gembira utk kesekolah.Hati ibunya pastinya sedih&pilu melihat si anak sebegitu lemah msh ttp mahu belajar,demi kemahuan si anak si ibu hantarkan juga ke sekolah.Semoga jd org berguna,wahai si anak kecil yg berjiwa besar....
Si Kecil Itu
Si Kecil Itu semangatnya kuat
Si Kecil Itu masih ada kekuatan
Si Kecil Itu masih ttp melangkah
Si Kecil Itu msh mampu tersenyum
Si Kecil Itu msh tetap riang
Si Kecil Itu punya impian yg tinggi
SI Kecil Itu memberi sejuta keinsafan
Si Kecil Itu Menjentik Hati
Si Kecil Itu memberi sinar....supaya mama jd setabah dan sekuat kaki kecil itu melangkah
0 comments:
Post a Comment