Pages

Saturday, November 20, 2010

Bila Rasaku Ini Rasamu

Entry hari ini mama ambil sempena tajuk lagu.Tiada kena mengena pun,saja jer kerana tajuk tu mmg betul...Bila Rasaku Ini Rasamu



Ermm taktahu kenapa mama nk tulis entry ttg ini.Tapi maybe kerana nak luahkan ttg perasaan yg terbuku di hati...bak kata kawan mama--membengkak dah ni.Supaya yg terbuku ni dpt dilegakan dan dpt membantu mama utk berhadapan dgn semua ini.

Kenapa mama rasa mcmni?...kerana mama dh tak sanggup mengulang2 ayat memberitahu jawapan ttg soalan-soalan yg ditanya iaitu---
Hai apakhabar,jalan berdua jer ke?
Wah2 dah slim sekarang,dah bersalin tk bgtau pun...
Ehh mana baby nyer,bawak lah jalan2 sekali...

Macam tu lah ayat2 yg mama sering dengar sekarang.Dah lenguh mulut mama nk jawab.Kalau ikutkan hati,taknak jawab.Tp mama tknk dikata kurang ajar or sombong.So mama jawablah,cerita lah sikit2.Sampaikan sekarang mama dh tak rasa apa,bkn mama tk sedih tp mama tak suka org simpati or cakap--ala kesiannyer...
Mama tak perlukan simpati kerana seelok2nya simpati itu disimpan utk org yg lg susah spt mereka yg kesusahan mencari sesuap nasi krn dihimpit kemiskinan,mereka yg berjuang fisabilillah di Gaza dll..itu lg elok diberi simpati

Then nanti mesti akan ada ayat sambungan drpd pertanyaan2 itu ---
Alaaa,muda lagi.Nanti bulan2 depan tak lama lg lekatlah lg tu,dpt pengganti
Mama pun senyum sahajalah walaupun dlm ht protes nk ckp--isy,makcik ni takkanlah blh tahu ttg takdir dan ketentuan.Lgpun makcik,perut sy kena operate,takkanlah bulan ni bersalin,bulan dpn pregnant,aduhhh bahaya tu.Lgpun Damia mama mmg tiada pengganti,yg ada nanti adalah penyambung kshsyg Damia utk mama papa iaitu adik2 Damia,Insyaallah.

Ucapan yg lagi berbisa adalah :--Awak bertuah krn ada yg tunggu di syurga,yg akan tlg awak.Kalau makcik,makcik doakan anak makcik meninggal masa kecil mcm awak,tp tak.(ada ker ucap mcm ni?...arghhhh,nasib baik mama masa tu taknak pk negatif dan masih ada kewarasan,kalau tk konpem mama dh mengamuk mrh...mama senyum shj,krn ia memadamkan api kemarahan)

Ayat2 mcmnilah yg melemaskan mama,menserabutkan otak mama nk menjawab,menduga kesabaran mama sampai tahap maksima.Tp mama masih mampu bersabar lagi kerana mereka yg bertanya itu mama anggap mereka tk tahu apa yg mama rasa spt tajuk entry ini..bila rasaku ini rasamu...

bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya

cuba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi


Takpe Damia, mama sekarang dh makin hari makin kuat dan tenang,mama tak rasa takut nk berdepan dgn sesiapa or malu pun bila ditanya2 lagi mcm soalan di atas krn bg mama ialah---mama adalah ibu Damia,seorang bidadari kecil di syurga.
Mama mesti kuat,mama mesti SABAR dan BERSEDIA dgn semua ini.

0 comments:

Post a Comment