Pages

Saturday, July 31, 2010

Menjadi ayah dan bakal ayah yang terbaik ?

Semua ingin menjadi ayah yang terbaik untuk anak dan isteri masing-masing. kecualilah bagi ayah yang x bersyukur dengan anugerah yang Tuhan bagi dengan mendera dan men.. apa-apa lagi pada anak kecik tuh.

Bagaimana nak jadi yang terbaik ? memang susah dan sukar untuk dijawab. tapi kita sebagai ayah pasti akan tahu dan akan merasa sendiri perasaan itu bila tiba masanya. kita mungkin tak menyedarinya dan orang lain mungkin jugak tak nampak dan tak perasan, tapi hati kita terdetik untuk mengatakan yang apa yang kita telah buat adalah yang terbaik sebab hanya kita tahu tahap dan batasan diri kita sendiri.

Bantu isteri dan anak. jika kita dah buat ni mesti kita pikir kita dah buat tanggungjawab tapi ada tak kita pikir yang kita buat tu atas sebab apa ? saya bukan nak condemed or kutuk sebab saya pun bakal jadi ayah jugak tapi inilah perasaan yang terdetik da terbit dlam fikiran bila tengok isteri tidur kat sebelah. saya tengok muka dia, nampak wajah penat sebab duk kandung anak sulong dah 7 bulan setakat hari ni. thanks sayangku.

macamana saya nak jadi yang terbaik untuk balas 9 bulan yang isteri saya kena tanggung sakit dan perit jadi ibu dan isteri ? memang tak terbalas da tak mampu untuk jadi yang terbaik. saya rasa setakat yang baik jea mampu. hadiah pun xder untuk nak di balas dengan apa yang isteri telah buat.

tapi hanya dengan senyuman dan perlakuan yang ikhlas saya rasa dapat membalas walaupun tak banyak dan dengan berada sentiasa disamping. itu dah cukup untuk buat dia rasa tenang dan gembira dan yang penting dia senyum gembira.

terima kasih isteriku kerana telah berusaha dan berjaya menghadapi cabaran dan dugaan selama 7 bulan ini dan semoga 2 bulan yang akan datang ini akan ditempuhi dengan gembira dan penuh senyuman.

0 comments:

Post a Comment