Pages

Friday, March 4, 2011

Warna-Warni

Coretan warna-warni yg msh ada utk Mama



Pgni Mama melawat rumah kecil Damia
Setelah lama tdk ke sana krn kekangan masa dan ada urusan
Mama lihat pokok2 telah subur merimbun....dr jauh tlh nmpak
Mama tgk ada bunga2 kecil di pokok itu
Mama nmpak ada byk semut-semut disitu
Mama biarkan...Mama tdk buang krn disebalik kehilangan kehidupan,tpt Damia bersemadi rupanya turut dikongsi kehidupan makhluk2 lain

Mama sgt teruja dan tk sbr ke rmh kecil Damia hrni
Umpama sang ibu kerinduan menatap si anak setelah seharian bekerja
Mama rasa lega sekurang2nya melihat pokok itu wujud,membesar sedangkan dahulu disitu kering tiada apa2 tumbuhan...malah tdk berbenih pun,tetapi pokok itu wujud jua
Mama rasa hdp Mama spt itu...semoga Mama akan bangun bangkit dan tumbuh segarr spt pokok itu...yg memberi sang semut kehidupan di dahan2nya yg wlaupun hanya sekecil2 dahan...

Nant disuatu masa Mama dan Papa akan datang lagi melawat Damia
Semoga tenang2 disana yer...Mlm td Mama ke pejbt ...pkl 12 bru balik,setelah pnt tertidur...Mama mimpi melihat wajah kanak-kanak perempuan lagi...entah wajah siapa
Yg kelihatan wajah tanpa suara...hanya senyuman

Semoga warna-warni kehidupan ini msh dpt kami tatapi keindahannya
Masih dpt kami selami kecantikannya
Seiring dgn sembuhnya luka sebuah kehilangan

Pokok-pokok yg warna-warni itu menyambut kedtgn kami ketika ke rumah kecil mu..seakan2 memujuk rawan hati kami yg sentiasa diam membisu selepas melwt rumah kecil itu...cuba menyelami hari-hari kami tanpa mu...secebis kenangan lalu disandarkan buat menyembuh luka dan melarikkan sebuah senyuman..utk hari2 esok yg pnh warna-warni lagi....

Kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?.....


0 comments:

Post a Comment