Pages

Friday, October 22, 2010

Takdir & Ketentuan

Kadangkala apa yg kita rasa tk sama apa yg orglain rasa
walau serapat mana pun kita dgn seseorg itu
hanya diri kita sendiri yg faham apa kita rasa



Takdir menentukan segalanya,sekuat mana aku bertahan namun segalanya tlh ditentukan bhw hanya seketika cuma mampu kurasa indah dan nikmat bergelar seorg IBU
hanya selama 24 jam...KEKUASAANNYA mengatasi segalanya..aku hamba yg lemah ini hanya mampu pasrah dan redha...sedih, hiba , pilu krn selama 9 bulan lbh berada dlm rahimku,tlh ku cuba segalanya menjaganya dgn sebaik2nya...
namun aku hrus terima dgn hati yg tabah..kalo aku sedih,hiba meratap sayu dlm kesakitan melihat luka jahitan pmbedahan ini..adakah akan kembalikan apa yg hlg? hanya aku sendiri yg rasa...hanya aku yg mampu pujuk diri sndiri...

dlm keterbatasan fizikal krn menanti masa utk pulih, aku hrus kuatkan mental dan fikiran...jika skt,tkdpt tido,menangis sendirian kala terjaga di mlm hari...aku hrs kuat...semua dipendam sendiri...tkperlu dikongsi krn siapa yg dpt mengubat luka selain diri kita sendiri....

Masa akandtg msh jauh utk diharungi..aku hrs memandang kedpn dgn ht yg kuat dan bangkit drpd rasa ksdhn ini..
adakah PENGORBANAN, KASIH SYG, CINTA hanya diukur dan dihargai andai 'kehilangan' ini tdk terjadi?...tidakkah sedikit pun bernilai setiap titisan drh yg tumpah dlm mempertahankan dan memastikan zuriat itu lahir?...aku redha dan terima segalanya dgn sabar jika semua ini tdk brnilai...

Al-Fatihah utk Alllahyarhamah Anakanda Tercinta--- Hannah Damia
(Semoga roh anakku sentiasa dirahmatiNYA,mama sentiasa mengingatimu sygku...)
Mama tiada apa yg nak dimaafkan krn anakku sesuci kain pth,tdk ada dosa apapun
Mama tiada apa yg nk dihalalkan krn anakku tdksmpt merasa setitik pun air susu mama
Yg mampu mama beri hanyalah segunung DOA dan sentiasa MENDOAKAN kesejahteraan anakku dialam sana..YA ALLAH, tmptkanlah dia dikalangan hamba2MU yg beriman...aminnnnn

3 comments:

Mamanurin said...

Al-Fatihah buat Damia..

Sama dengan nama arwah anak akak..Mia ada kawan baru lagi nampaknya..mama jgn sedih, Damia bahagia di sana..

NrlAidaHml said...

Al Fatihah buat Hannah Damia..

Tabahlah wahai ibu sesungguhnya anak itu lebih aman di sisi PenciptaNya..Mommy sentiasa mendoakan kekuatan dan ketabahan akan sentiasa bersama ibu damia..

zuliana abd rahman said...

salam mama damia,

saya juga ibu yang melahirkan 'bidadari syurga' seperti anda. saat komen ini ditulis baru 12hari berpantang. terus terang saya katakan, pada mulanya saya tidak kuat untuk menghadapi ujian berat ini.
tapi alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya dipertemukan dgn beberapa blogger yg senasib dgn saya.ketika membaca entry ibu2 tabah nie, saya jadi bersemangat semula.
moga hari2 mendatang kita akan dimurahkan lagi rezeki untuk memiliki zuriat lagi oleh ALLAH.bukan sebagai ganti kepada puteri2 kita yg telah pergi, tapi sebagai pengubat rindu kita pada mereka.kerana 'bidadari syurga' kita sentiasa punya tempat yg istimewa dihati kita.

Post a Comment