Pages

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran 2010

Satu hari anak kucing berwarna putih bertompok hitam berjalan dibelakang dapur rumah sambil mengiau-ngiau. Mungkin lapar kot. Manusia hanya boleh tafsir sebab tidak memahami apa yang diberitahu oleh anak kucing tadi. Emak kucing tak ade, mungkin pergi cari makanan untuk anak kucing tadi kot.

Rasa kesian dan terharu tengok anak kucing ni datang mencari rezeki, mungkin inilah ujian dari Tuhan untuk menguji umatNya samada di bulan puasa ni, sanggupkah mereka membantu meringankan beban makhluk ciptaan Allah yang lain. Dengan segumpal nasi dengan digaul bersama isi ikan, sudah cukup menyelerakan anak kucing tersebut makan untuk kali yang ke berapa dalam tempoh hidupnya itu. Begitulah sifat manusia, time bulan puasa inilah adalah bulan yang amat dituntut untuk melipatkan pahala walaupun bukan hanya kepada mannusia, tetapi kepada semua makhluk yang ada di muka bumi Allah ini. Betapa besar pahala hanya Allah yang tahu. Syukur kita masih diberi peluang untuk meraih keuntungan jangka panjang dalam pelaburan yang tidak ternilai ini.
Setelah sebulan berpuasa, maka genaplah 30 hari umat Islam berpuasa dan tiba hari yang ditunggu untuk disambut dan dirayakan bersama keluarga dan insan tersayang. Tahun ni merupakan tahun kedua kita beraya sebagai suami isteri dan tahun pertama kita beraya bersama insan baru dalam hidup kita.
Walaumacamana pun kita merayakan hari raya, kita bersyukur tiddak perlu memikirkan terlalu banyak persoalan mengenai bila nak balik kampung kerana macam iklan Petronas tahun ni, bertolak ansur pasti mudah.
Terima kasih sayang kerana memahami dan banyak membantu dalam perjalanan hidup kita sebagai suami isteri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin buat isteriku tercinta ddan buat baby yang dalam perut, kami berdua menunggu kehadiranmu, Hannah Damia Bt Mohd Faisal.

0 comments:

Post a Comment